Nak Tidur Lena, Elak 3 Warna Ni Dalam Bilik Tidur

Share

Kamar atau bilik tidur adalah ruang yang perlu direka menjadi ambiance menenangkan dan santai. Bukan sahaja pemilihan kemasan lebut seperti tilam dan cadar memainkan peranan peting, warna juga memberi impak yang besar buat keseluruhan konsep yang cuba dizahirkan.

Menurut artikel dari Readers Digest, terdapat beberapa warna yang perlu dielak untuk diaplikasi di bilik tidur. Antaranya:

HITAM

Warna hitam bukan sahaja menjadikan ilusi sesuatu ruang itu kelihatan lebih sempit. Malah secara psikologi, warna hitam sebenarnya mengurang atau menurunkan energi dan aura di dalam sesuatu ruang.

Sememangnya suasana gelap dapat meamstikan anda mendapat tidur yang berkualiti. Namun, secara tidak langsung ia akan menyebabkan anda susah bangun dari lena

KUNING

Kuning adalah antara ronak aktif dan merangsang imosi secara Psikologinya. Ia dikaitkan dengan rona matahari yang ceri dan mempunyai tenaga yang tinggi. Oleh itu, rona kuning perlu dielakkan untuk bilik tidur. Ianya sesuai diruang kerja dan makan. Warna kuning untuk bilik tidur hanya akan menyebabkan anda sukar untuk lena

MERAH

Walaupun merah melambang waran kecintaan, ia tidak sesuai untuk bilik tidur. Warna merah seperti kuning, mempunyai aura warna yang tinggi dan mempunyai rangsangan indra yang tajam. Sebab itu, rona merah selalu digunakan bagi tujuan pengiklanan dan pasaran.

Walaubagaimanpun, jika anda masih berminat dengan ketiga-tiga warna ini, elakkan ia dari mendominasi keseluruhan konsep bilik tidur. Imbangkan sebagai warna pelengkap atau compliment color untuk menjadikan dekorasi bilik tidur anda lebih indah

Published by
Impiana