Bila Kita cakap sumber semula jadi untuk VitamIn C, Sudah pasti oren adalah benda yang pertama akan terlintas di minda. Betul tak? perkongsian di Reader’s Digest, sebenarnya ada 9 lagi sumber semula jadi yang membekalkan Vitamin “C” lebih tinggi berbanding oren
STRAWBERI
BeRbanding 70mg vitamIn C di dalam sebiji oren, si manis merah strawberi mengandungi 10.5mg dalam sebiji kecilnya. Ini bermakna, lebih banyak anda makan strawberi, lebih banyak vitamin yang bakal diperoleh. Di samping itu juga, strawberi menggandungi magnasium dan folate yang boleh membantu menyimbangkan kandungan gula di dalam darah untuk anda lebih sihat
BROKOLI
100gm brokoli segar mengandungi 89mg vitamin C. Kuantiti menghampiri jumlah vitamin C yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Selain itu juga ia terkandung vitamin K yang diperlukan untuk menggalakkan kesihatan tulang.
LADA BANGGALA
lada benggala mengandungi hampir lebih 3 kali ganda vitamin C yang terdapat di dalam oren. Setiap warna mengandunggi jumlah yang berbeza. Bagi yang berwarna hijau, 95.7mg, merah 152gm dan kuning 341mg. Lada banggala juga adalah sumber fiber terbaik dan kandungan kalori paling rendah
KIWI
2 biji buah kiwi dapat membekalkan lebih 168.88 vitamin C untuk kesihatan badan. Selain itu juga, kiwi diperkaya copper, potassium dan serotonin. Ia membantu memperbaiki tidur yang berkualiti
KALE
Sayur yang kelihatan seperti kailan kerinting ini mengandungi 80.4mg vitamin C bagi setiap cawan hidangan. Ia juga mengandungi mineral dan fatty acid yang tinggi
NANAS
Di samping 78.9mg vitamin C di dalam setiap cawan jus nanas, ia diperkaya bromelain yang dapat membantu sistem pencernaan. 185/5000
Nanas juga boleh bertindak sebagai anti-radang semulajadi, mengurangkan bengkak selepas senaman atau kecederaan.
BETIK
Satu cawan betik mengandungi 86.5 mg vitamin C dan ia diperakui untuk membantu menguatkan tulang, mengurangkan keradangan, mencerahkan kulit, dan membersihkan sinus anda.
KOBIS BUNGA
Kobis bunga bukan sahaja makanan tinggi fiber. Ia juga mengandungi 123mg bagi setiap bahagian kecil.