Memang sedap makan makanan ketika hangat. Mak-mak dulu pun selalu pesan, kalau makanan dah sejuk, panaskan dulu sebelum makan. Tapi, ada satu makanan yang lebih sesuai dimakan ketika sejuk. Sejuk di sini tidak lah bermaksud sejuk beku. Tapi sejuk pada suhu bilik.
Sekali lagi, Fatimah Salim berkongsi tip makanan di dalam group Makmal Makanan (MaMa). Kali ini, mengenai kebaikkan makan nasi sejuk
Ads
Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Ads
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Ads
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang tamu adalah ruang paling utama dalam sesebuah kediaman. Bosan bukan kalau sudah bertahun konsep yang sama dan aura yang sama diruang tamu anda. Ini lah salah satu punca yang membuatkan kita semua bosan untuk berada di rumah dengan lebih lama. Hari ini IMPIANA nak kongsikan sedikit ilmu macam mana anda boleh ubah ruang tamu anda dengan sekelip mata tanpa belanja yang banyak. Kalau bijak memilih tak sampai RM100 pun.
Kita mungkin sudah melupakan gaya hias ala feature wall yang pernah satu ketika dahulu bagaikan benda wajib jika melaram dekorasi. Apa kata kita semarakkan kembali gaya seumpama itu. Cuma kita pelbagaikan lagi material untuk mewujudkan sebuah feature wall yang berkesan. Tahukah anda feature wall bertindak sebagai pencerita apakah mood yang hendak anda sampaikan dalam sebuah ruang. Jom kita usha apakah idea simple yang cantik untuk ruang kediaman kita.
WARNA DAN CERITA MEMBERI SERIBU ERTI SERTA MOOD DALAM SEBUAH RUANG…BAGAIMANA PEMILIKNYA…? TIDAK SALAH MEMILIH ELEMEN WARNA JIKA PERABOTNYA SEMUA KAKU DENGAN RONA KELABU.
SERIUS NAMUN BERGAYA. CITA RASA MASKULIN DENGAN SENTUHAN MODEN KLASIK.ANDA BERANI? PILIHAN CAT MATTE SUDAH MEMADAI MENJADIKAN RUANG NAMPAK EKSKLUSIF
SENI DAN ALAM BERSATU. ANDA YANG MENDAMBARKAN KEDAMAIAN DAN MENIKMATI SENI DALAM SANUBARI, JELAS BOLEH MENGABDIKAN DINDING RUMAHNYA KEPADA LUKISAN -LUKISAN YANG BERUNSURKAN ALAM DAN PELBAGAI LAGI SEBAGAI PEMUSATAN MATA. GANTUNG KE PELBAGAI JENIS BINGKAI BESAR UNTUK MENARIK PERHATIAN.
ANDA RASA KALAU BEGINI FEATURE WALL , ORANGNYA BAGAIMANA? ADA YANG MAHU TEKA?
INI FANTASY FOREST ATAU FASHION FIESTA? PALITAN RONA DINGIN YANG MENYENANGKAN DAN CORAK BUNGA MENDOMINASI RUANG DINDING. JELAS MENYERLAHKAN NILAI FEMININ YANG MENGGODA.
SATU LAGI PILIHAN WARNA DAN SENI LUKIS YANG MEWAH DENGAN BIASAN WARNA. ANDA SEORANG CERIA DAN BERFIKIRAN POSITIF APA SALAHNYA KITA BERMAIN WARNA CERIA DI RUANG TAMU. PERHATIKAN PERABOTNYA RINGKAS, MODEN DAN AGAK KAKU REKAANNYA.
MEGAH DAN ELEGAN. PILIHAN RONA MISTERI DAN MEWAH MENJADIKAN RUANG KEDIAMAN INI SANGAT ELEGAN DAN MEWAH. BIAR SIMPLE TETAPI AURANYA CUKUP LUAR BIASA. BERBEZA DARI WARNA LAZIM DAN PILIHAN RONA TABOO UMPAMA SATU BERONTAK DALAM GAYA.
PENGARUHI SUASANA. ALAM SEMULA JADI. KAMAR TAMPIL DAMAI DAN REDUP SUASANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok ros amat mudah di biakkan melalui keratan batanag. Melalui proses pembiakakn ini juga, ia dapat menjamin tanaman pokok ros yang di hasilkan adalah dari baka yang terbaik. Baru-baru ini, salah seorang ahli dari group Rose Club For Home Garden berkongsi salah satu cara mudah pembiakkan ros melalui keratan batang.
1. Pilih keratan dari batang yang sihat dan bunganya telah layu. Buangkan bunganya dan tinggalkan 2-3 helai daun pada batang. Pastikan keratan batang yang telah dipilih dipotong secara serong.
Tip: Kebiasaanya, ada orang akan rendam keratan batang ke dalam air rendaman kulit bawang ataupun baja AB untuk memastikan pertumbuhan akar yang cepat
2. Sediakan satu biji botol plastik terpakai yang telah dipotong bahagian kepalanya sebagai perlindung atau rumah hijau untuk semaian. Kalau tak ada botol, pakai plastik lutsinar pun sudah memadai.
3. Untuk medium tanaman, boleh gunakan apa juga jenis. Namun, yang paling sesuai adalah dari jenis 6 dalam 1 yang banyak terdapat di pasaran
4. Basahkan medium tanaman yang telah diisi di dalam bekas semaian. Buatkan lubang sekurang-kurangnya 2 inci dalam dengan menggunkan jadi pada medium yan telah basah dan tanam keratan.
5. Tutup semaian keratan dengan botol yang telah di sediakan tadi dan tidak perlu disiram lagi.
6. Letakkan semaian di bawah teduhan dan elakkan ia dari terkena hujan dan tak perlu di alih-alihkan lagi. Dalam tempoh 2 minggu, keratan batang akan mula mengeluarkan pucuk baru. Ini bermakna semaian anda berjaya
7. Biarkan tanaman dalam rumah hijau mini tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.