Berita

Nippon Umumkan Pemenang Anugerah Pereka Muda Asia 2018

Share

Kuala Lumpur, 5 Disember 2018 – Loo Yi dari Universiti Malaya dan Zachary Khaw Lit Siang dari Taylor’s University diumumkan sebagai pemenang untuk Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2018. Kedua-dua pemenang ini akan mewakili Malaysia di Singapura pada Mac 2019 dan akan bersaing dengan pemenang dari 14 rantau Asia untuk gelaran Pereka Muda Asia 2018/19 (Asia Young Designer of the Year 2018/19). Selari dengan tema AYDA

Forward: Challenging Design Boundaries, pereka muda di seluruh Malaysia menyahut cabaran melangkaui sempadan dalam reka bentuk, pemikiran dan inovasi melepasi norma reka bentuk semasa sambil melihat ke masa hadapan dalam meramal rekaan yang mampan serta memberi manfaat kepada komuniti serta kemanusiaan secara keseluruhan.

Panel juri yang menilai penyertaan tahun ini telah memberikan maklumbalas yang positif serta berkongsi pengetahuan dengan peserta AYDA terdiri daripada tokoh yang terkenal dalam industri seni bina dan reka bentuk dalaman, diketuai oleh ketua juri Ar. Sarly Adre Sarkum (Pengetua Sarly Adre Sarkum Architecture) dan Encik Lai Siew Hong (Ketua Pereka Eksekutif Blu Water Studio). Selari dengan matlamat untuk membantu memupuk paradigma yang inovatif di kalangan para finalis, AYDA menawarkan peluang buat semua bakat muda untuk melibatkan diri agar memperoleh pendedahan secara langsung menerusi latihan peribadi, bimbingan, bengkel pembinaan kemahiran dan lawatan sambil belajar ke Bandar Rimbayu oleh IJM Land Berhad.

Selain daripada Nippon Paint dan IJM Land, AYDA juga disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE), Institut Arkitek Malaysia (PAM), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Pemuda REHDA) dan Konfederasi Bangunan Hijau Malaysia (MGBC), serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AYDA, penyertaan dan maklumat lain, sila ke www.asiayoungdesigneraward.com.

 

Published by
Amalina