Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kucing adalah jangkitan hama debu atau lebih dikenali sebagai ‘dust mite’.
Jangkitan ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kucing, tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan dan kebersihan ruang rumah.
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial TikTok milik Rosix Omar yang mendapat perhatian ramai. Video tersebut kini telah meraih sebanyak 345 ribu tontonan, 11 ribu tanda suka, dan 92 komen.
Dalam video tersebut, Rosix Omar menunjukkan Noor Nabila sedang membersihkan rumahnya menggunakan vakum yang dikatakan berharga RM15,000 selepas mengetahui kucing kesayangannya mempunyai hama debu yang boleh membahayakan diri.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga menyatakan bahawa vakum yang digunakan oleh Nabila itu sangat bagus kerana ia boleh meletakkan ubat cecair untuk membersihkan daripada kuman.
Ads
Apa Itu Dust Mite?
Dust mite atau hama debu adalah mikroorganisma kecil yang hidup dalam habuk rumah. Mereka memakan serpihan kulit mati manusia dan haiwan peliharaan. Walaupun saiz mereka terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar, kehadiran mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Kesan Jangkitan Dust Mite kepada Ruang Rumah
Peningkatan Habuk: Kehadiran dust mite akan meningkatkan jumlah habuk dalam rumah. Ini boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang mempunyai masalah alahan atau asma.
Pencemaran Udara: Hama debu yang tersebar melalui udara boleh mencemari kualiti udara dalam rumah. Ini boleh menyebabkan masalah pernapasan kepada ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak dan orang tua.
Kesukaran Membersihkan Rumah: Rumah yang dijangkiti dust mite memerlukan pembersihan yang lebih kerap dan teliti. Ini termasuk membersihkan tempat tidur kucing, permaidani, dan perabot yang sering menjadi tempat berkumpulnya habuk.
IMPIANA : Untungnya Nabila pakai vakum ‘kayangan’, tapi memang bahaya pun dust mite ni lagi-lagi pada kanak-kanak.
Sebersih mana pun kediaman anda, pasti wujud serangga-serangga perosak dan pemusanah seperti semut, lipas, nyamuk, kutu dan sebagainya. Walaupun kecil, jika di biarkan bukan sahaja mengancam keselamatan malah nyawa.
Kebiasanya, habitat untuk lipas adaalh di bahagian lembap seperti tong sampah, kabinet dapur, almari baju dan bawah katil. Tempat atau ruang-ruang ini lah yang kerap digunakan. Kebiasaanya, untuk memusnahkan serangga perosak ini, racun serangga yang mempunyai bahan kimia cepat berkesan.
Tapi, takkan anda nak musnahkan serangga perosak malah mendedahkan diri pada bahan kimia berbahaya pula. Apa kata kita buat sendiri racun serrangga untuk musnahkan lipas, semut, lalat dan sebagainya secara total.
Cara-cara:
Campurkan semua bahan di dalam botol penyembur dan semburkan pada permukaan meja atau di dalam almari untuk mencegah atau semburkan terus pada serrangga terus
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seperti yang dikongsikan Impiana pagi tadi, Bunga Raya mempunyai kandungan Vitamin K yang tinggi. Menurut beberapa kajian, Bunga Raya juga digunakan sebagai salah satu ramuan untuk Merendahkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol serta meningkat imun badan. Sebab itu, petua orang dulu-dulu kalau demam basahkan kepala dengan air rendaman bunga raya.
Tambahan, populariti bunga raya sebagai salah satu bahan dalam dunia kulinari meningkat secara mendadak beberapa tahun ini di luar negara. Bunga ini kebiasaanya ditemui dalam ramuan teh, koktel dan kek.
Hari ini, Impiana nak kongsikan respi kegemaran ramai iaitu kari. Namun, berbeza kali ini salah satu ramuan untuk menghasilkan kari adalah kelopak bunga raya. Untuk bahan-bahan dan cara masakkan, boleh tonton video perkongsian dari Claypot Kitchen
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Oleh kerana kita semua menghabiskan lebih banyak masa di rumah sambil menjalankan rutin harian kita, tempat tinggal kita telah menjadi nadi kehidupan kita. Untuk membiasakan diri dengan cara hidup baru, penting untuk memastikan persekitaran rumah kita terus memenuhi keperluan masa depan yang pelbagai fungsi. Dengan menyuntik rasa segar dengan penyelesaian yang tepat, kita akan dapat memanfaatkan ruang di rumah kita secara kreatif sambil mencari fungsi yang lebih besar di dalamnya.
Untuk memberikan penjimatan yang lebih besar kepada rakyat Malaysia, IKEA kembali dengan potongan 50% untuk pembelian di atas talian. Semasa penghantaran trak hanya RM10 untuk penghantaran bungkusan. Menawarkan barang keperluan yang berpatutan untuk setiap bahagian kediaman, berikut adalah beberapa inspirasi dan penyelesaian pantas untuk menghidupkan semula ruang di dalam kediaman anda.
Tunggu apa lagi jom shopping!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.