Gambar, lukisan atau karya seni lain merupakan hiasan dekorasi yang hampir selalu ada di setiap kediaman . Memasukkan gambar ke dalam bingkai kemudian menggantungkan di dinding sudut sofa. Namun ramai yang keliru bagaimana hendak menyusun bingkai-bingkai itu pada dinding. IMPIANA kongsi kepada anda 9 cara unik dan kreatif bagaimana kedudukan menghias pelbagai bingkai pada ruang sofa.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Makeover Bilik 8 Kaki x 8 Kaki Lengkap Ruang Menonton
Apa yang boleh anda lakukan dengan bilik tidur yang mempunyai saiz lebih kurang 8 kaki x 8 kaki? Letak sebuah katil bersaiz queen, sebuah almari dan meja solek dah penuh. Tapi, bilik tidur ini diubah suai lengkap dengan ruang menonton dan tempat simpanan tambahan seperti yang dikongsikan oleh Aircrag Marikit. Sudah pasti, konsep bilik seperti ini menjadi idaman si bujang yang pentingkan gaya dan keselesaan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Baja Organik Dari Batang Pisang Dan Yakult Untuk Hasikan Buah OVERSIZE
Sebelum ini, Laman impiana pernah siarkan resepi untuk hasilkan baja organik untuk mendapatkan saiz daun untuk tanaman jenis sayur berdaun lebar. Nak rasepi untuk hasilkan baja daun oversize [klik sini]. Macam mana pulak nak hasilkan buah oversize?
Kebiasaanya, ladang buah-buahan akan menggunakan baja kimia untuk menggalakkan tumbesaran dan racun kimia bagi mengelak serangga perosak seperti lalat buah dan kumbang. Tapi untuk anda yang ada dusun atau kebun buah sendiri, takkan lah bahan kimia juga menjadi pilihan anda? Apa kata kita berubah kepada sesuatu yang lebih organik dan semulajadi demi menjamin kesihatan yang baik.
Baja organik ini telah diamalkan oleh pekebun Thailand sejak dahulu lagi untuk mendapatkan hasil buah yang oversize. Lagi pun, untuk hasilkan baja buah oversize ini tidak memerlukan bahan yang rumit dan banyak. Berikut resepi untuk hasilkan baja buah oversize.
Bahan-bahan:
3 Kg batang pisang
1 Kg gula merah/molasses
1 botol kecil Yogurt/yakult
Cara-cara:
1. Pastikan anda pilih batang pisang yang masih belum berbuah dan buangkan 2-3 lapis kulit utama. Hiris empulur batang pisang menjadi saiz kecil
2. Masukkan empulur yang telah di hiris tadi di dalam beaks perapan dan masukkan gula merah berserta yougurt
3. Gaul rata keseluruhan bahan dan tutup rapat sebelum di peram untuk tempoh 7 hari
4. Selepas 7 hari perapan, tyapis dan simpai cecair atau baja yang dihasilkan di dalam botol kedap udara
Cara guna:
Campur 50ml cecair atau pati baja bersama 20 liter air tanpa klorin. Semburkan baja organik batang pisang ini pada keselurhan pokok terutamanya bahagian daun sehari sekali sama ada di waktu pagi atau petang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kediaman Townhouse Dengan Elemen Moden Inggeris
Impak Wow Factor
Elegan dan menakjubkan. Inilah yang boleh penulis simpulkan tatkala melangkah masuk kedalam kediaman yang didiami sebuah keluarga harmoni ini. Puan Mell Amelia dan suami sama-sama bersetuju untuk menghias setiap ruangan dengan konsep moden inggeris yang dilihat amat dekat dengan personalitinya.
Berbeza dengan kediaman teres biasa, rumah jenis townhouse ini merupakan kediaman bertingkat dikawasan perumahan moden yang digabungkan dengan sebuah atau lebih rumah yang lain diatas ruang kawasan yang sama. Walaupun begitu, bukan bermaksud pemilik tidak dapat menikmati privasi dalam keselesaan ruang mereka sendiri. Ia masih lagi menyajikan keselesaan kepada mereka yang bijak menyusun atur dan menata rias seperti Mell Amelia ini.
Rumah yang baru sahaja didiami selama setahun ini mempunyai 3 tingkat termasuk pintu utama yang terletak di aras tanah. Ia dilengkapi tiga bilik tidur serta 4 bilik air yang cukup selesa buat mereka sekeluarga yang sememangnya mementingkan ruang yang memberi kenyamanan.
KOMPAK DAN SELESA
Keselesaan optimum dapat dicapai jika isi rumah dan keluasan keseluruhan seimbang dan ia berupaya memenuhi kehendak setiap individu. Pelbagai aktiviti dan fungsi berlainan bagi setiap ruang juga dapat memberi impak terhadap tahap keselesaan kediaman.
Mell dan suami sudah lama mengimpikan kediaman yang lebih luas berbanding rumah jenis service apartment mereka yang terdahulu. Memandangkan bilangan ahli keluarga juga semakin meningkat, pilihan ini adalah yang paling tepat buat keluarga ini. Keluasan 2.6 kaki persegi, kediaman ini dapat menempatkan kesemua ahli keluarga ini .
ELEGAN SENTUHAN PERIBADI
Mell Amelia, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sebetulnya merupakan juru hias dalaman jadi tidak hairan lah jika kediamannya sendiri terlihat amat gah dan penuh dengan sentuhan eksklusif yang tidak boleh didapati dimana-mana pun.
Ujar Mell, “Kami bersama-sama berusaha mencari idea untuk konsep kediaman dan pilihan bilik masing-masing. Proses ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga telah mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga”.
Komunikasi sesama ahli keluarga juga amatlah penting bagi memastikan tiada yang rasa ketinggalan selain menjamin keselesaan untuk semua isi rumah.
KARAKTER KAMAR BERADU
Warna hitam dilihat sebagai taboo dan amat jarang sekali kita lihat dinding dalam rumah dicat hitam kerana ianya menyerap haba dan boleh membuatkan sesebuah ruang tampak kecil dari saiz sebenarnya. Tetapi berlainan dengan bilik tidur anak perempuan Puan Mell yang di cat hitam dengan lantai kayu. Semakin dilihat, semakin cantik dan elegan sekali.
Pencahayaan dan saiz bilik memainkan peranan agar ruang tidak kelihatan sesak atau sempit. Keluasan bilik tidur ini amat sesuai dimuatkan sebuah katil bersaiz queen, almari baju built-in serta satu sudut solek untuk pemiliknya. Kemasan wainscoting yang simple pada dinding hitam juga telah memberikannya tekstur dan elemen 3D untuk menghidupkan lagi ruang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI