“On” Air-cond Tapi Masih Boleh Jimat Lebih 10% Bil Elektrik, Macam Ni Rupanya

Share

Musim panas ni mesti bil elektrik melambung. Al Maklumlah aircond setiap ruang dibuka dalam tempoh yang lama pula tu. Berikut impiana kongsikan 7 tip untuk jimatkan bil elektrik ketika menggunakan aircond

1. Tutup suis utama
Bukan hanya tutup aircond pada alat kawalan jauh sahaja. Suis utama pun perlu di tutup. Dengar kata, jika anda amalkan teknik ini ia dapat menjimatkan bil elektrik sehingga 10%

2. Tetapkan masa penggunaan
Tengah malam, suhu di dalam bilik akan turun. Secara tidak langsung suhu di dalam bilik sedikit sejuk. Jadi, setkan masa penggunaan aircond pada alat kawalan jauh sehingga pukul 1 sahaja atau maksimum 2 jam. Selebihnya, on kan kipas

3. Tetapan Mode dan suhu untuk jimat elektrik
Setkan mode “dry” pada alat kawalan jauh dengan tetapan suhu 24. Jika tetapan suhu lebih rendah dari 24, ia akan mengakibatkan kompresor bekerja lebih. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan penggunaan elektrik tambahan.

4. Gunakan kipas
pasang kipas dan buka pintu serta tingkap terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum on aircond. Cara ini dapat memastikan haba panas di dalam bilik dapat dibebaskan atau keluar. Kemudian baru on aircond

5. Bersihkan penapis penyaman udara setiap bulan
Tiba-tiba angin dari aircond terasa panas atau angin yang dikeluarkan terlalu perlahan. Ini menunjukkan penapis aircond anda tersumbat. Hal ini sekali lagi akan menyebabkan kompresor bekerja lebih. Sebaiknya, cuci penapis aircond setiap bulan

6. Tukar aircond berusia lebih 10 tahun
Sebaiknya, tukar aircond yang telah berusia. Kondisi aircond yang berusia juga antara salah satu penyumbang kepada penggunaan elektrik berlebihan. Ia disebabkan oleh kondisinya yang tidak berfungsi secara baik.

7. Beli aircond 5 bintang
Perasan tak setiap barang elektronik ada pelakat 5 bintang? pelekat tersebut telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Jika produk tersebut mendapat 5 bintang, ini bermakna ia jimat tenaga

Published by
Impiana