Baju menimbun, tapi pusing-pusing pakai baju yang sama. Cuba susun baju tu betul-betul. Bila dah susun dan asingkan betul-betul mesti anda dapat kenalpasti lebih 30% baju yang menimbun tu tak digunakan lagi atau belum digunakan.
Seperti biasa, Impiana kongsikan lagi petua #kemasrumahwithhani bersama Puan Hani Mynis untuk pengurusan pakaian.
Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yg hani paling malas nak buat ialah melipat baju
Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani ckp kat alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”. Memandangkan sebelum ni pun mmg dah sangkut dua penyangkut tu utk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dlm bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.
Nampak mcm tak banyak je kan baju harian nya tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yg hani buang dan dermakan. Sbb kadang2 mmg jenis suka menyimpan pakaian kan tp pakai nya baju yg sama berulang2 haha so simpan yg akan dipakai shj.
Untuk tips pengurusan pakaian hani:
1. Perlu buat spring cleaning baju yang banyak2 (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju2)
Ads
Baju yang dah tak muat boleh diberi orang
Baju yang koyak (yang kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit, boleh lah dibuang . Sebab kalau baju tu “penting” atau kita sayang pasti kita dah jahit tak tunggu berbulan)
Baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannya, bertahi lalat) boleh lah dibuang
Baju free atau baju promosi yang kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.
2.Gunakan rule ni: Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jangan beli. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha
3. Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
4. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
Ads
5. Untuk tuala, khaskan dua helai sahaja untuk setiap seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti.
Ads
5. Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas.
6. Mana-mana pakaian yang lebih dan rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup (untuk elakkan debu) dan pastikan bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu.
Rumah dah cantik di hias, tapi masih rasa tak selesa. Tambahan, Tempoh lama bertapa di rumah ni lagi lah rasa tak tenang hidup. Ada sahaja tak kena. Kenapa perlu ada rasa sifat negatif itu untuk kediaman sendiri. Kan “rumah ku syurga ku”.
Sebeanrnya tanpa kita sedari, ianya disebabkan oleh faktor kewujudannya aura negatif di dalam kediaman. Aura negatif ini bukan sahaja berdasarkan gangguan makhluk yang tak terkesan dengan mata kasar, edaran atau sirkulasi udara dalam kediaman yang tak bersilih ganti pun mengundang aura negatif tersebut.
Koleksi Tazkirah Ustaz turut berkongsi cara menyingkirkan aura negatif di dalam kediaman di dalam Facebooknya.
Hari tu ada terbaca share pasai buang energi negatif & gangguan jin dalam kediaman/ pejabat/kedai. Dah tu try la buat. Letak garam kasar + cuka dalam gelas jernih disertakan baca surah yang di share. Letak dan dibiar terdedah
Letak dekat bahagian yang selalu guna. Saya letak dekat 3 ruang iaitu Bilik tidur utama, ruang menonton dan dapur. Dibiarkan selama 24 jam dan Lepas tu kena basuh & salin baru (buat sampai garam tu tak naik atas dah)
Dalam bilik utama, letak atas almari. Malam yang buat tu, dengar bunyi punya kuat. Nasib baik suami ada. Tidak, mau lari tidur luar. Bunyi macam batu dibaling dalam air. dan berkocak. Lama juga la denga. lepas tu, terlena bergitu sahaja dalam ketakutan.
Bahan-bahan:
Garam, cuka & gelas putih.
Baca :
– Al Fatihah 7x
– Al Ikhlas 1x
– Al Falaq 1x
– Al Kafirun 1x
– An nas 1x
– Ayatul Kursi 3x
– Surah Yasin Ayat 9 6x
kemudian hembus dalam bahan tadi. Niat niat untuk usir benda negatif dan biar 24 jam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kotoran yang paling mudah untuk dilihat adalah kotoran pada dinding. Jika anda malas untuk membersihkannya maka kotoran itu mungkin akan kekal dan sukar untuk ditanggalkan kelak. Antara kotoran yang sering terdapat pada dinding seperti dakwat pen, sisa makanan, debu hama dan lain-lain. Walaupun produk cat kini mempunyai kelebihan untuk bersihkan kotoran hanya menggunakan air sahaja namun prosesnya memerlukan waktu yang cukup lama. Untuk lebih efektif, Kenapa tidak anda menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah berikut untuk membersihkan kotoran dinding anda?
1. Lemon
Buah lemon sering digunakan sebagai bahan pembersih utama dalam apa jua produk. Ini kerana asid yang terkandung dalam lemon sangat kuat tindak balasnya. Oleh itu, salah satu manfaat buah ini adalah mampu menghapuskan kotoran pada dinding. Anda hanya perlu potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon itu pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon itu kekal mengharumkan segenap ruang.
2. Ubat Gigi
Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menaggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.
3. Bedak
Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mengusap bedak pada permukaan dinding menggunakan tangan kemudian lap sahaja menggunakan kain bersih.
4. Baking Powder
Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.
5. Cuka
Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.
6. Losyen Kulit
Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.
7. Alkohol
Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika di bahagian dapur, IMPIANA pernah menyiarkan artikel bahan-bahan masakan yang boleh membuatkan singki anda tersumbat, kali ini kita pergi pula ke bilik air kerana selain daripada singki, lubang mangkuk tandas juga selalu tersumbat dan keluarkan bau yang memang tidak enak. Ini kerana terdapat beberapa bahan yang kita tidak sengaja terbuang dalam lubang tandas.
Tempat najis kucing
Bahan yang diletakkan dalam bekas najis kucing selalunya diperbuat daripada gel silika, mineral dan juga debu tanah. Ia tidak larut dalam air dan boleh menjadi faktor tandas tersumbat secara perlahan kerana seringkali tuan kepada kucing belaan membuang najis kucing sekali dengan pasir tersebut. INGAT, cedok najis sahaja, yang lain buang di tong sampah atau guna alternatif lain untuk pelupusan.
Tisu
Ya, tisu walaupun dipercayai mudah larut, tetapi apabila sudah terkumpul banyak dalam saluran mangkuk tandas, ia akan jadi gumpalan pepejal yang boleh membuatkan mangkuk tandas anda tersumbat. Selain itu, tisu sebegini akan membuatkan anda berbelanja untuk penyelenggaraan tiga bulan sekali, dan sekali ia tersumbat, memang anda akan berbelanja besar.
Lampin bayi
Bahan yang digunakan dalam lampin bayi mempunyai gel yang tidak boleh larut. Apabila terkena cecair, ia akan mengembang dan anda tahu apabila lampin tersebut masuk ke dalam lubang tandas?
Q-Tip / Pengorek Telinga
Pengorek telinga diperbuat daripada plastik untuk bahagian pemegang, sementara bahagian hujungnya pula diselaputi putik kapas. Jika anda buangnya ke dalam mangkuk tandas, kapas pasti akan larut, tetapi bagaimana pula dengan pemegang plastik? Sudahlah tersumbat, ia juga boleh membuatkan benda lain tersangkut dan mengakibatkan tandas anda tersumbat sekali dengan najis.
Minyak dan cecair pelincir
Cecair seperti minyak kenderaan dan minyak memasak jika dilupuskan dalam saliran paip, lama kelamaan akan menjadi kenyal dan menjadi bahan pepejal dan boleh menjadi faktor utama tandas tersumbat. Jadi elakkan membuang sisa minyak ke dalam saluran paip rumah anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.