Laman

Orang Thailand Guna Susu Untuk Pastikan Buah Labu Lekat dan Menjadi

Share

Memang labu adalah antara tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Tapi untuk pekebun bandar atau mereka yang pertama kali tanam labu, kerap mengalami masalah buah tak lekat walaupun bunganya menimbun. Sedangkan pelbagai baja telah diberikan.

Sebenarnya, labu seperti tanaman jenis tembikai yang lain. Ia perlu menjalani proses pendebungaan. Kebiasaannya, proses ini dilakukan oleh serangga seperti semut , lebah dan pelbagai lagi. Jika serangga ini gagal melakukan pendebungaan, maka anda sendiri perlu usahakan dengan mencucur bunga jantan yang sedang kembang mekar ke bunga betina. Ataupun gunakan berus halus untuk memindahkan debunga jantan ke betina.

Proses pendebnungaan perlu dilakukan di awal pagi kerana bunga akan layu menjelang tengah hari. Kita bukan lah pekebun tegar memang nak usahakan ladang labu. Jadi adakalanya terlepas pandang dan tak sempat nak lakukan pendebungaan.

Tambahan pula,  bunganya labu mekar tidak sekata. Hal ini menyebabkan ada antara bunga yang telah mekar tidak sempat kita lakukan sendiri pendebungaan. Bagi mengatasi masalah ini, anda tetap perlu mendapatkan bantuan secara semulajadi dari agen-agen pendebungaan.

Untuk pastikan agen ini datang, elakkan penggunaan sebarang racun serangga buat sementra waktu. Disamping itu juga, anda perlu menarik perhatian agen-agen ini untuk datang ke pokok labu anda.

Bagai mana nak tarik serangga yang akan melakukan pendebungaan? cuba resepi semburan ini.

Bahan-bahan:

2 sudu makan susu tepung
20 liter air

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam botol semburan

2. Sembur pada keseluruhan pokok terutamanya pada kudup-kudup bunga labu di awal pagi.

 

Published by
Impiana