Rule of Thumb, untuk dekorasi kediaman kebiasaanya warna tema tidak boleh lebih dari 3. Dan kebiasaanya, kombiansi 3 warna ini tidak terlalu jauh dan hasilnya seimbang. Lebih dari itu, dekorasi kediaman anda akan kelihatan serabut dan sarat. Namun, dengan pemilihan rona-rona pop seperti kuning dan pink, ia akan menghasilkan ambiance yang ceria. Berikut, inspirasi dekor kediaman yang menggunakan rona-rona pop:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jimat RM350, Boleh Baiki Sendiri TV LED Gambar ‘Bergoyang’ Guna Pita Pelekat Je!
Selepas beberapa tahun, mungkin prestasi TV kita tidak sama seperti baru. Lebih parah apabila skrin bermasalah dan gambar ‘bergoyang’ atau keluar garis-garis. Boleh pening kepala kalau cuba nak tengok TV begitu.
Jika ada yang menghadapi masalah seperti ini, jangan panik dulu. Anda masih boleh tengok drama kegemaran tanpa perlu beli TV baru. Hanya dengan menggunakan cellophane tape, permasalahan ini boleh diselesaikan. Ikuti perkongsian bermanfaat dari Hairul Faiszul Sanuri ini.
Percubaan pertama DIY baiki TV ;
Tv yang dibaiki ialah model LED SHARP 50″
TV bermasalah skrin berlaku ‘short’ gambar goyang-goyang..(rujuk gambar). Cuba tanya kedai repair TV kata kalau mahu baiki dalam RM350 dan tak pasti boleh repair atau tidak.
Terbaca post dalam group (di facebook) cara nak baiki. Tadi terus cuba ikut langkah-langkah yang ditunjukkan, alhamdulillah berjaya. Rezeki, selamat duit RM350.
CARANYA :
- Buka casing TV
- Pastikan jalur wayar putih (ribbon) yang attach antara board dan skrin LED.
- Try n error cari jalur berlaku short.. tampal dengan sellotape
- Masukkan balik ribbon dalam clip. Pasang semula casing.
- test.. skrin dah ok.. jimat rm350..
Geng2 yang ada masalah yang sama bolehlah mencuba.
Link rujukan di youtube : https://m.youtube.com/watch?v=7QyZTa8fO-c&feature=youtu.be
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Orkid Malas Berbunga, Buang Daun Macam Ni Tunggu Hasilnya
Ramai alami masalah pokok orkid yang kedekut bunga. Orkid ni memang mudah tanam, tapi bunganya tu agak susah untuk dihasilkan kalau tak kena teknik. Bazniza AB, berkongsi tip dan trik nak bagi orkid berbunga di setiap cabang dengan mudah.
Ada petua kalau orkid tak nak berbunga buang 2 daun yg paling atas. Akhirnya menjadi spike tumbuh serentak dgn pucuk yg dibuang hari tu. Wallahu a’lam petua tu menjadi atau kebetulan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Guna Peranti Pembasmi Virus Ni, Nampak Mudah Tapi Ade Kesan Pada Kesihatan
Pandemik corona memaksa pemilik rumah bergegas mencari apa sahaja yang mungkin boleh mencegah kehadiran virus ini dari menjangkiti atau menjadikan kediaman mereka sebagai habitat. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada peniaga atau pengusaha untuk menghasil dan menjual pelbagai peranti untuk memenuhi permintaan. Sampai ada sesetengah produk “over claim”. Jadi, anda sebagai pengguna harus berhati-hati dan bijak memilih.
ANtara peranti yang sedang meninkat tinggi permintaanya adalah UVC light yang dikatakan berupaya membasmi pelbagai jenis kuman dan virus termasuk covid-19 dengan mudah tanpa pengguanaan sebarang bahan kimia. UVC light menggunakan lampu UV atau ultraviolet yang digunakan secara meluas dalam membasmi kuman dan virus terutamanya di hospital.
Nampak memang mudah membasmi menggunakan UVC light berbanding semburan alkohol macam pistol tu. Namun menurut FDA (U.S. Food & Drug Administration) pendedahan UVC Light menyebabkan anda terdedah kepada radiasi. Pendedahan lampu UV yang tinggi akan menyebabkan radiasi pada kulit dan antara punca kepada beberapa masalah kesihatan yang lain
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI