Profil Projek: Pagaran Kayu
Kos: RM3 (Untuk pagar sepanjang 30cm)
Tempoh: 1 jam
Tahap: ** (Perlu dilakukan oleh orang dewasa namun kemasan boleh diakhiri oleh kanak-kanak)
Taman bersaiz kecil memerlukan pagaran ringkas yang tidak menyebabkan taman mini menjadi janggal. Bagi mengurangkan kos pembinaan pagaran ini, LAMAN menggunakan sumber sedia ada untuk menggalakkan kitar semula. Kayu yang digunakan untuk membuat projek ini merupakan kayu pada cangkul yang telah rosak. Bahagian besi pada cangkul dibuang dan kayunya dijadikan pagaran. Ikuti DIY ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Bahan-bahan:
Batang kayu pada cangkul yang tidak digunakan lagi
Dawai bersalut plastik
Mesin mnggerudi/grill
- Langkah pertama adalah mengukur kayu tersebut dengan beberapa panjang yang berlainan untuk mewujudkan kepelbagaian. Potong menggunakan gergaji kayu. Pastikan permukaan yang dipotong adalah rata.
- Seterusnya, buatkan lubang menggunakan grill pada bahagian bawah dan atas dengan jarak dan kedudukan yang sama bagi setiap kayu untuk tujuan memasukkan dawai mengikat kayu-kayu tersebut.
- Kemudian, masukkan dawai tadi ke dalam lubang yang telah disediakan tadi. Ikat pada bahagian hujung untuk merapatkan pagaran ini.
- Langkah terakhir adalah letakkan pagaran kayu mini ini pada perimeter tanaman ataupun gunakan ia sebagai ornamen taman.
Nota:
- Semasa mengendalikan cangkul yang usang, mungkin terdapat bahagian berkarat dan tajam, anda perlu berhati-hati.
- Mesin grill memerlukan orang dewasa yang berpengalaman menggunakannnya.
- Binaan ini sesuai untuk taman bersaiz kecil kerana sumber kayu yang terhad.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI