Bagi anda yang berkebun berhampiran dengan kawasan hutan dan belukar. Selain monyet, antara ancaman utama yang merosak tanaman adalah babi hutan. Sekali diserang, kesan kemusnahan memang boleh buat patah semangat. Kebiasaannya, langkah yang paling mudah adalah dengan membina pagar di sekeliling kebun. Namun, ia melibatkan kos yang agak tinggi.
Siapa tak marah kalau tanaman atau ternakan kita mati dimakan babi. Macam – macam petua dah buat, tapi tetap tak selesaikan masalah.
Perasan tak kalau lalu di kawasan kebun sawit, mesti penuh pokok bunga warna putih kuning. Inilah POKOK BUNGA PUKUL 10 PAGI ( warna putih) atau nama lainnya BUNGA TURNERA.
Sesuai ditanam di kawasan kebun atau reban. Jadikan seperti pagar. Aroma bau bunga ini tak disukai babi hutan, kumbang atau haiwan perosak. Bau aromanya bertambah kuat pada waktu malam.
Ads
Pernah dilakukan kajian di Taman Botani Negara Shah Alam, terbukti berkesan mengawal serangan babi.
Ads
Semoga bermanfaat.
Ads
Sumber : Hafiz Felda Rentam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cili kering, memang pijar mulut di buatnya jika tersalah pilih. Patutlah terdapat pelbagai bentuk cili kering di pasaran. Rupanya setiap satu diperbuat dari jenis cili yang berbeza. Setiap satunya tahap kepedasannya pun tak sama.
Pedas tak apa, tapi kalau tersalah pilih masakkan anda boleh rasa pijau. Memang tak enjoylah nam menjamu selera bila hidangan yang berasaskan cili kisar tadi pedas melampau sampai boleh buat orang menangis.
Melalui akaun Tweeter, Sazwani meminta tip dari rakan-rakanya untuk memilih cili kering yang tak pedas. Dan tak disangka, cili kering jenis gemuk sebenarnya tak pedas.
Aku tanya kawan-kawan macam mana nak buat cili kisar tak pedas. Sebab selalu aku buat mesti pedas ya ampun! Tp bila kawan aku buat x pedas.3 kedai cari cili tp pedas. Ada ramai komen dengan pelbagai tips, tp yang ni paling aku suka. So, anak-anak, ni ilmu tentang cili! pic.twitter.com/9vX6I5Yr0Z
Selain itu juga, ada yang berkongsi cara untuk hilangkan rasa pedas ketika menghasilkan cili kisar.
Kalau nak kurang kan pedas cili kering time masak,rebus cili dengan air panas dan tos kan air lada,lepas basahkan dengan air sejuk ,strain biji lada ,kalau xbuang biji lada akn tambah pedas
Rumah teres kos rendah dulu-dulu saiznya sangat kecil antara 800-1300 kaki persegi sahaja. Namun kelebihannya masih terdapat pakir dan belakang lot yang masih luas. Sebab itu, bagi kebanyakkan pemilik rumah teres kos rendah terutamanya lot tengah akan membuat sambungan dari struktur sedia ada bagi mendapatkan ruang tambahan.
Namun kebanyakkan kediaman yang dikunjungi IMPIANA, reka bentuk rumah teres kos rendah yang telah diubah suai kelihatan terlalu sarat dan sarat sehingga mengganggu sirkulasi udara di dalam kediaman.
Terbaca satu post di dalam laman sosial Thailand, IMPIANA kagun melihat ubah suai yang dilakukan terhadap lot teres tengah yang bersaiz kompak ini. Bijak menyusun ataur ruang dan pemilihan perabot yang tepat menjadikan kediaman ini bukan sahaja cantik malah luas dan rapi.
Jadi bagi yang merancang nak beli rumah tapi tak ada bajet yang besar untuk dapatkan jenis landed , boleh cuba beli sub-sale rumah kos rendah dan makeover macam ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai dah buat lantai Vinyl sendiri untuk lebih jimat. Tapi, kebanyakkannya memilih susunan Stretcher Bond. Kononnya ia lebih mudah dan jimat. Rupanya teknik susunanTulang ikan lebih jimat dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Net Azr.
Kenapa patut guna susunan tulang ikan?
– Susunan cara 1 tu rapat ke dinding..
– Akan menjimatkan penggunaan vinyl.
– Mudah untuk potong bahagian vinyl yang tidak diperlukan
– Jimat vinyl, jimat dan duit
Susunan cara 2 tu pun boleh..tapi akan guna banyak vinyl nanti.. Sebab apa? lebihan tepi dinding perlu dipotong serong. Secara tidak langsung ia menyebabkan pembaziran. Hari ni kak pasang lantai guna gam tarik bulan (dunlop, ca blue)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.