Sekrang ni ramai lebih suka memilih langsir jenis eye let kerana ia lebih kemas dan mudah untuk dipasang. Betul tak? Tapi, kalau setakat pasang langsir je, mana boleh. nak nampak kemas dan rapi keseluruhan dekorasi kediaman, susun atur langsir pun perlu diperahtikan. Ini kerana langsir juga antara elemen utama yang mendominasi sesuatu ruang.
Baca juga: Nak Pendekkan Langsir Tak Payah Potong Dan Jahit, Lekat-Lekat Je
Untuk pastikan langsir aeye let sentiasa terusun keams dan rapi, ada petua yang paling mudah seperti yang dilakukan oleh Yaa Rob Bee Ya.
Tip ni hasil perkongsian dari sahabat-sahabat dalam group Facebook Kelab Deko Sebelum & Selepas juga.
Hanya gunakan cawan plastik untuk nampak langsir teratur dan tersusun. Pasang tak berapa minit pun, dah siap. Ketebalan atau lapisan cawan plastik ni bergantung pada jenis fabrik. Jika anda menggunakan fabrik yang berat dan tebal seperti velvet, sebaiknya pakai 3 lapis cawan. Kalau tak nanti, cawan mudah renyuk. Tapi, jika anda menggunakan fabrik nipis seperti satin, boleh je pakai satu cawan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Makeover Konsep Rona Putih, Dapur Sempit Nampak Luas Dan Mewah
Makeover konsep rona putih, dapur sempit nampak luas dan mewah. Dapur merupakan nadi untuk sesebuah kediaman. Maka sebab itulah ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi mengubahsuai ruangan dapur mengikut cita rasa masing-masing.
Apabila dapur cantik, kemas dan selesa, secara tidak langsung ia akan membangkitkan mood untuk memasak. Pastinya kos renovasi mengikut bajet dan kemampuan. Seperti perkongsian Dinah Rakhim
Makeover dapur untuk mereka yang sukakan rona putih. Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapur rona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
SEBELUM:
SELEPAS:
Kredit owner: Dinah Rakhim
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 ‘Trick’ Bersihkan Tilam Berbau Hancing & Kesan Kotoran Degil
7 CARA BERSIHKAN TILAM YANG BERBAU HANCING & KESAN KOTORAN DEGIL
Berikut merupakan cara untuk bersihkan tilam yang terkena kencing dan menghilangkan baunya sekali agar kembali segar.
- BERTINDAK SEGERA
Sebaik sahaja anda perasan bahawa anak anda terkencing pada tilam, sebaiknya anda perlu bertindak dengan segera! Ini bertujuan untuk menghalang air kencing tersebut daripada terus meresap ke dalam lapisan tilam. Makin banyak ia menyerap, makin sukar untuk baunya hilang. Jadi apa yang harus anda lakukan ialah:-
- Buka cadar dan alihkan segala bantal dan selimut yang terkena kencing.
- Ambil kain kering atau tisu dan serapkan sebanyak mungkin air kencing yang masih tinggal.
- SABUN PENCUCI
Ambil sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena air kencing. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Anda harus menekan dengan kuat untuk menyerap lebih banyak lembapan. Untuk kesan terbaik, gunakan sabun pencuci berasaskan enzim. Ia akan menguraikan asid urik yang menjadi punca kesan kotoran dan juga bau hancing.
- CUKA
Ada masanya sabun pencuci tak cukup kuat untuk menghilangkan bau hancing yang terlalu kuat. Maka, anda boleh cuba menggunakan cuka sebagai alternatif kepada sabun untuk mengembalikan kesegarannya.
Caranya amat mudah, anda hanya perlu mengambil cuka putih yang biasa digunakan dalam masakan. Tekapkan cuka pada kain dan kesatkan pada tompokan air kencing selama 10-15 minit.
Fakta: Cuka mempunyai tahap asid yang sesuai utnuk membunuh kulat, bakteria, dan kuman. Ini semestinya akan membantu menghilangkan bau hancing dengan lebih berkesan.
- SODA PENAIK
Tadi cuka, sekarang soda penaik. Kita bukan dalam rancangan masakan yer tuan puan. Bersambung pada cuka tadi selepas anda mencuci dengan cuka atau sabun, taburkan soda penaik atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut. Lebih banyak lebih bagus kerana ia akan menarik bau dan kotoran air kencing serta cuka yang masih tertinggal.
Biarkan ia kering semalaman kemudian berus atau vakum selepas ia kering.
- CAMPURAN HIDROGEN PEROKSIDA
Hidrogen peroksida adalah sebuah larutan antibakteria dan ia boleh didapati di farmasi biasa seperti Guardian. Iai adalah salah satu formula utama bagi penghilang kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing yang amat berkesan dan telah dicuba ramai. Bahan-bahannya adalah seperti berikut berikut:
8oz hidrogen peroksida
3 sudu besar ‘baking soda’
setitik sabun pencuci pinggan
Campurkan hingga ‘baking soda’ melarut dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ yang kosong. Semburkan ke tompokan air kecing dan biarkan ia mengering. Selepas kering sepenuhnya, gunakan vakum untuk menyedut habuk atau kesan ‘baking soda’ yang tertinggal. Hasilnya mengagumkan!
- JEMUR DI BAWAH MATAHARI
Setelah mencuci dan membersihkan kesan air kencing pada tilam, cuba keringkan tilam tersebut di bawah sinaran matahari. Jika tak mampu berbuat demikian, pastikan anda memasang kipas dan buka tingkap supaya udara dapat mengalir dengan lebih efisyen. Sedikit sebanyak proses ini akan mambantu tilam anda agar betul-betul kering.
Jangan lupa untuk memeriksa bahagian bawah tilam untuk mengesan sama ada tompokan tersebut tembus pada bahagian tersebut. Ramai yang tidak perasan dan terlupa membersihkan bahagian bawah tilam – ia akan menyebabkan tilam kembali berbau hancing selepas beberapa hari.
- SEMBURKAN PENYEGAR
Untuk menambah bauan segar pada tilam anda, bolehlah menambahkan 4-5 titisan pati minyak aromaterapi seperti lavender. Kalau tiada, gunakan penyegar bauan biasa seperti Febreze.
Sebenarnya, anda boleh juga menitiskan minyak ini ke dalam soda penaik yang akan ditaburkan pada tilam tersebut. Caranya, titiskan minyak aromaterapi tersebut ke dalam bekas berisi soda penaik. Goncangkan hingga sebati dan taburkan pada kesan tompokan air kencing. Biarkan selama 10 minit dan vakumkan hingga bersih.
Langkah ini juga boleh dilakukan untuk membuang bau hapak atau menyegarkan tilam anda, walaupun tidak terkena kencing.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Buang Dulu! 4 Kegunaan Kulit Telur Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Biasanya, selepas telur digunakan kita hanya akan membuang saja kulitnya. Tidak pernah terlintas pula nak gunakan lagi kulit telur yang dianggap sebagai bahan buangan.
Tetapi tahukah anda, fakta mengatakan 95 % bahagian kulit telur adalah kalsium karbonat iaitu bahan yang sama terdapat pada cangkerang, batu karang dan batu kapur. Nutrien ini penting dan memberikan manfaat kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman.
Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!
- Suplemen semula jadi
Tanah yang mempunyai kandungan pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telur dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
- Bekas pembenihan
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.
Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
- Lilin
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.
Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.
4. Masker wajah
Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.
Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI