Sekrang ni ramai lebih suka memilih langsir jenis eye let kerana ia lebih kemas dan mudah untuk dipasang. Betul tak? Tapi, kalau setakat pasang langsir je, mana boleh. nak nampak kemas dan rapi keseluruhan dekorasi kediaman, susun atur langsir pun perlu diperahtikan. Ini kerana langsir juga antara elemen utama yang mendominasi sesuatu ruang.
Baca juga: Nak Pendekkan Langsir Tak Payah Potong Dan Jahit, Lekat-Lekat Je
Untuk pastikan langsir aeye let sentiasa terusun keams dan rapi, ada petua yang paling mudah seperti yang dilakukan oleh Yaa Rob Bee Ya.
Tip ni hasil perkongsian dari sahabat-sahabat dalam group Facebook Kelab Deko Sebelum & Selepas juga.
Hanya gunakan cawan plastik untuk nampak langsir teratur dan tersusun. Pasang tak berapa minit pun, dah siap. Ketebalan atau lapisan cawan plastik ni bergantung pada jenis fabrik. Jika anda menggunakan fabrik yang berat dan tebal seperti velvet, sebaiknya pakai 3 lapis cawan. Kalau tak nanti, cawan mudah renyuk. Tapi, jika anda menggunakan fabrik nipis seperti satin, boleh je pakai satu cawan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip-Tip Kalau Nak Elak Dari Kegelapan Dalam Rumah
Sekarang ini kalau kita lihat, tengah musim hujan dan ribut. Bila sudah musim-musim hujan ini, kilat dan guruh sering ada. Haa mula lah ada sesetengah rumah blackout atau tiba-tiba tiada ada elektrik. Tetapi adakah anda tahu, rumah kita bila tiba-tiba blackout, bukan sahaja disebabkan guruh atau kilat yang kuat? Ia boleh jadi puncanya datang dari perkara lain. Hari ini, saya akan memberitahu anda, apakah sebab-sebab rumah atau bangunan tiba-tiba terjadinya blackout.
ADA BARANGAN ELEKTRONIK YANG SUDAH ROSAK
Barang-barang elektronik yang rosak itu, boleh jadi ketuhar, cerek elektrik, extension atau benda benda yang lain. Jika kita masih gunakan barangan yang rosak itu walaupun hakikatnya sudah tahu ia rosak, maka sebab itu ia boleh terus trip satu rumah dan menyebabkan blackout.
SERANGGA ATAU BINATANG YANG MENGANGGU PADA WIRING DAN PEPASANGAN ELEKTRIK
Selalunya binatang atau serangga yang dimaksudkan ini adalah semut, tikus atau anai-anai. Paling bahaya apabila ada wayang yang sudah terkeluar dan ia boleh mengakibatkan kebakaran jika ia terkena pada air.
KOTAK SUIS UTAMA(DB) DAH ROSAK
Selalunya kes sebigini berlaku, bila rumah yang kita menetap itu sudah lama dan kotak suis utama tersebut sudah lebih dari 10 tahun. Bila ia sudah lama, ia akan kerap rosak dan menyebabkan rumah jadi blackout. Seperti manusia juga, bila yang sudah berusia, akan selalu sakit.
Jadi, itulah dia sebab-sebab yang lain yang boleh mengakibat rumah tiba-tiba blackout selain daripada kilat dan petir. Cuma saya berharap, anda semua berhati-hati selepas ini berkenaan dengan elektrik dan elektronik ini.
Sumber: Facebook: FAFIQ Electical Service
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Mudah Hasilkan Dapur Konsep Industri, Ini Trik Dan Tip Anda Perlu Tahu
Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR
Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura
Jenis Kediaman: Rumah kampung
Konsep Dapur: Industrial
Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cement render kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Klip Bawah RM 10 Untuk Keselamatan Si Cilik Yang Tengah Lasak
Bagi ibu dan bapa yang mempunyai anak di bawah usia 6 bulan hingga 3 tahun, faktor keselematan di dalam kediaman sangat kritikal. Untuk atasai masalah ini, sudah pasti klip keselamatan merupakan penyelesaiaan terbaik. Namun, ramai beranggapan klip keselamatan ni mahal. Sebenarnya kalau beli di shopee ada je yang murah dan berkualiti. Nah, impiana senaraikan klip keselamatan yang menjadi pilihan ramai
Perabot berbucu antara ancaman utama untuk si kecil yang aktif. Punca kecederaan akibat terkena perabot berbucu tajam merekodkan angka yang sangat tinggi. Silicone getah lutsinar ini adalah peneyelesaian terbaik. Boleh klik link yang disediakan untuk belian terus https://invol.co/cl3qfqf
Jika silikon si atas hanya selamat pada bahagian bucu sahaja, untuk pastikan keseleamtan optimum, boleh guna pelindung ni untuk seluruh perabot. ni link kalau nak beli https://invol.co/cl3qj57
Si cilik rajin sangat berkemas. Khuatir terdadah kepada peralatan yang merbahaya, apa kata kene kan klip keselamatan ini pada laci anda. Ni link untuk belian produk https://invol.co/cl3qfyd
Untuk pintu almari pula, boleh guna safty lock macam ni. boleh kklik link ni untuk belian terus https://invol.co/cl3qj0r
Si cilik rajin buka peti sejuk untuk ambil makanan kegemaran. Risau pulak dilihatnya. Tak di beri, senyap-senyap dia buka peti sejuk. Khuatir terambil yang bukan-bukan pula. Ni pun perlu dikunci dengan klip keselematan. Beli online je, klik sini https://invol.co/cl3qjl2
Atau boleh pasang klip keselamatan macam ni. Nak beli, klik sini je https://invol.co/cl3qjsn
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI