Nak sihat mak-mak selalu cakap perlu makan banyak sayur dan buah-buahan. Tapi pada buah dan sayuran tu sendiri pun ada kandungan bahan kimia seperti dari racun serangga dan baja yang digunakan untuk tumbesaran tanaman. Tu belum lagi bahan kimia yang diletakkan pada sayuran bagi tunjuan kesegaranyang lama.
Tiada pilihan, ada antarakita yang sanggup membeli pencuci khusus untuk menyingkirkan kandungan bahan kimia tersebut. Menerusi perkongsian pakar kimia Fatimah Salim di dalam group Makmal Makanan (MaMa) bukanlah penyelesaian yang terbaik. CUCI SAYUR
Menurut badan regulasi yang bertanggungjawab melindungi kesihatan dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan sebarang produk kegunaan awam iaitu Food and Drug Administration (FDA), mencuci buah dan sayuran dengan sabun atau produk pencuci khusus komersial adalah TIDAK digalakkan.
Ini kerana saki baki sabun atau pencuci khas sukar untuk dibersihkan sepenuhnya dan mungkin tertinggal pada buah dan sayuran. Bahan kimia yang tertinggal pada permukaan atau diserap oleh sayuran dan buah ini boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit terutamanya kepada individu yang sensetif.
Apa yang anda perlu lakukan ialah merendam, kemudian mencuci dan menggosok sayuran dan buah di bawah air yang mengalir. Boleh juga menggunakan berus penggosok khas yang bersih untuk menanggalkan lapisan perlindungan pada buah seperti epal, labu atau timun. Dan untuk mereka yang risaukan saki baki bahan kimia racun serangga, mungkin boleh merendam seketika dengan air garam atau soda bikarbonat sebelum mencuci dengan air yang mengalir.
Sekiranya buah dan sayuran tidak dimasak terus, keringkan permukaannya dengan kain atau tisu yang bersesuaian. Ini bertujuan untuk menghalang lembapan berlebihan yang boleh menyumbang kepada kemandirian kuman yang mungkin berbaki pada permukaan sayuran dan buah sebelum penyimpanan. Keadaan yang kering ini juga akan membuatkan sayuran dan buah tahan lebih lama.
Nota: Biasanya sayur berdaun macam bayam, saya akan kacau dan rendam seketika (3 minit) dengan air secukup yang buat sayur terapung. Ini untuk pastikan pasir atau tanah betul-betul tertanggal daripada sayur. Biasa saya ulang 3 kali. Dan lihat air basuhan terakhir untuk puas hati. Semasa siang juga saya cermat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI