Ramai yang mengeluh, nak renovate atau ubah suai rumah zaman ini. Harga naik melambung-lambung jika dibandingkan zaman sebelum Covid19 menyerang. Bukan je pemilik yang terkesan dengan harga, malah pengusaha atau kontraktor pun turut mengalami masalah yang lebih besar apabila banyak projek terpaksa dibatalkan atau terpaksa mengunakan bajet yang sangat terhad.
Tapi, bagi anda yang merancang nak renovate rumah ni ada triknya kalau nak jimat. Mohd Shukur, yang merupakan seorang pakar kewangan berkongsi trik jimat nak reno rumah di facebook miliknya.
Pagi tadi semasa breakfast kat mamak terdengar perbualan seorang kontraktor dengan bakal klien dia. Dia menerangkan tentang kenapa kos renovate rumah ( juga buat rumah ) kini meningkat harga.
Betullah apa dia explain tu ✅
Peningkatan harga bahan-bahan pembinaan bukanlah dalam kawalan dia.
Ramai kontraktor kecil kini tersepit dan terkesan kerana ramai yang membatalkan atau menangguhkan renovate rumah kerana kenaikan kos barang2.
Ads
Jika anda nak renovate rumah ataupun buat rumah di tanah anda, saya cadangkan barang-barang tu beli sendiri. Pembinaan tu yang upah orang.
Upah orang ni ada 2 cara :
1) Bayar gaji hari.
Tapi bukan bayar setiap hari, maksudnya ialah kiraan gaji hari. Tetapkan setiap Sabtu akan bayar gaji minggu lepas.
Ads
2) Bayar Lump sum.
Bayar ikut progress.
Ramai orang ambik jalan mudah iaitu pembelian barang2 & upah serah semua kepada kontraktor.
Ini disebabkan mereka tidak ingin atau tiada masa belajar perkara-perkara baru seperti :
Beli barang2 sendiri dari hardware atau supplier.
Study sket harga barang2 binaan dan survey kat mana lebih murah dan kualiti.
Mereka anggap mesti susah nak uruskan, padahal belum mencuba melakukannya pun.
Sebuah banglo 4 juta yang anda lihat itu boleh dibuat sama dengan anggaran kos 2.5 juta.
Begitu juga rumah 1 juta tu boleh dibuat dengan anggaran kos 600K.
Ads
Tapi AWAS 🔥
Semasa proses pembinaan rumah atau renovate rumah, JANGAN bawa wife anda pergi tengok. Jika anda bawa wife,
Budget anda 1 juta jer akan jadi 1.4 juta.
Budget anda 500K akan jadi 750K
Budget anda 300K akan jadi 500K
Pelan Kediaman TERES Terbaik, Pilih Ikut Keperluan Keluarga! Memang ada benarnya memilih kediaman yang terbaik untuk keluarga merupakan satu keputusan besar. Pemilihan pelan lantai kediaman juga memainkan peranan penting.Pastikan ia benar-benar memenuhi keperluan dan sesuai dengan keluarga kita.
Kita bukan orang kaya, boleh jadi beli kediaman sekali seumur hidup sahaja. Pastikan kediaman kita pilih penuhi matlamat dan keperluan hidup kita. Setiap dari kita ada matlamat berbeza.
A. Kelebihan kediaman jenis A ini akan nampak ruang lebih luas. Dari pintu depan akan nampak terus ke dapur makan. Kurang manis jika dapur kita tidaklah kemas.
Apatah lagi ruang dapur ini adalah ‘aurat’ bagi wanita selalu disitu. Kedudukan bilik yang menghadap terus ruang jika terbuka adalah kurang baik. privasi kurang diutamakan.
B. Kediaman jenis ini, mengabungkan ruang tamu dan ruang makan. Selepas memasak, perlu ke depan untuk hidangkan makanan. Kedudukan bilik agar tertutup dan baik. Aurat penghuni rumah lebih terjaga jika ada tetamu.
C. Kediaman jenis ini menjaga privasi tuan rumah. Hanya ruang tamu dihadapan dan melindungi pandangan penghuni rumah. Ruang dapur dan makan bersebelahan dan mudah untuk disedikan. Cuma kamar mandi untuk bilik 2 dan 3 perlu keluar melalui ruang makan. Tak manis berkemban woi!
D. Kediaman jenis ini lebih baik secara privasi kepada penghuni. Setiap bilik ada kamar mandi sendiri dan laluan masuk bilik terlindung dari pandangan umum. Aurat penghuni lebih terjaga.
Kawan kawan, pilih kediaman yang penuhi keperluan keluarga kita.
Elakkan beli kediaman yang perlukan kita keluarkan belanja renovasi beribu harganya. Ia tidak penuhi keperluan hidup kita.
Pastikan kediaman kita beli ada 3 zona ruang iaitu PRIVASI, SEMI PRIVASI dan PRIVATE
IMPIANA nak kongsikan rahsia penting untuk semua pembaca kali ni, nak buka mata semua tentang pentingnya kita memiliki kediaman selesa dan nampak mewah dengan mengikut bajet yang kita ada.
Saya pasti ramai yang mengidamkan sebuah kediaman yang cantik dan sempurna sesuai dengan gaya hidup masa kini. Pernahkah anda terfikir bahawa kediaman yang anda miliki kini yang mungkin sudah lama atau kurang serinya mampu menjadi sebuah kediaman idaman ramai.
Namun, pastinya terfikir pula dengan duit poket yang ada. Ini semua tidak menjadi masalah jika anda bijak mengatur strategi kewangan anda. Menyimpan adalah satu langkah paling praktikal yang boleh anda lakukan.
IMPIANA nak kongsikan kisah pemilik kediaman ini yang telah memberi nafas baru kepada kediaman milik peribadi mereka. Tidak perlu bermodalkan jutaan ringgit untuk miliki kediaman sebegini rupa. Bijaknya pemilik ini mencipta nafas baru rumahnya dengan menggunakan khidmat pakar hiasan dalaman.
Pakar Hiasan Dalaman Mamy Home menjadi pilihan pemilik kali ini. Mamy Home telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik ini. Kediaman yang agak terhad keluasannya dan susun atur yang agak sempit membuatkan mereka sekeluarga kurang selesa. Apa yang Mamy Home lakukan untuk kediaman ini sehingga ia kelihatan seolah seperti kediaman baru? Jom lihat hasil sentuhan magis Pereka Hiasan Dalaman Mamy Home ini.
Dalam asyik menghias dan mengubah suai rumah sehingga menjadi sebegini rupa, IMPIANA juga ingin menyelit mengenai sebuah rumah yang menjadi tarikan masa kini yang dimajukan oleh pemaju terkemuka, S P Setia di mana anda boleh memiliki hiasan secantik di atas di rumah ini.
IMPIANA tertarik dengan komitmen dan usaha pemaju S P Setia ini. Banyak hartanah milik pemaju ini, berada di lokasi yang strategik. S P Setia memastikan pembangunan milikinya mempunyai ciri-ciri hebat untuk penghuninya. Pembangunan yang pesat di sekitar kawasan perumahan yang dibina menjadi tarikan utama pembeli. Akses yang lengkap serta persekitaran yang harmoni membuatkan ia bertambah menarik untuk didiami.
Kali ini, Setia Alamsari yang terletak di koridor Kajang-Bangi menjadi tarikan dan tumpuan. Dengan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar dan konsep ‘Natured Inspired’ yang diketengahkan cukup mengujakan. Siapa yang tidak mahu miliki kediaman seumpama ini?
Setia Alamsari mempunyai tiga taman rekreasi dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk di kejiranan ini hidup dalam suasana alam semula jadi yang terbaik.
Canal Park, dibina seluas 11.3 ekar dengan dilengkapi pavilion air, rumah pokok dan trek joging sepanjang 1.8 km di sekitar tasik untuk aktiviti keluarga yang sihat. The Lawn, sebuah lagi taman seluas 7.7 ekar dengan elemen rekreasi yang lebih ekstrem untuk golongan muda, dan The Waterfield, kawasan hutan seluas 10.45 ekar untuk pencinta alam menerokai pemandangan yang menenangkan dan menikmati keenakan kicauan burung.
Bayangkan anda memiliki kediaman di kawasan seperti ini, serba lengkap dengan kehidupan penuh harmoni. Tambahan lagi lokasi kediaman yang cukup strategik pastinya menjadi pilihan ramai. Hanya 5km dari Bangi Gateway Mall dan 9km dari Kajang Hospital, Setia Alamsari boleh diakses melalui Toll Bangi, Lebuhraya Utara-Selatan dan dari beberapa akses melalui Kajang dan Semenyih.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, dan inginkan kediaman lebih yang lebih luas inilah kediaman yang IMPIANA sarankan. Verdale, rumah banglo dua tingkat yang mempunyai reka bentuk dalaman berkongsep terbuka dan inspirasi botani di luar rumah. Membuatkan rumah ini nampak lebih selesa dan elegan dalam ciri tersendiri.
Keluasan tanah 60’ x 115’ dan keluasan binaan 3,161 – 3,881 kaki persegi ini dapat mencipta sebuah rumah yang cukup luas untuk pemilik yang inginkan kediaman yang lebih selesa. Reka bentuk banglo ini juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza untuk pilihan pembeli.
Menariknya jika anda mengambil peluang saat ini untuk memiliki kediaman idaman ini anda bakal nikmati potongan sehingga RM300 ribu, pulangan tunai RM200 ribu sekiranya pinjaman diluluskan pada margin 90%.
Wow! Menariknya tawaran S P Setia berikan pada pembeli. Apa kata anda? Menarik atau tidak tawaran kali ini.
Bila dah beli rumah mesti nak dekor kan, inilah masanya rebut peluang dengan pakej menarik yang di tawarkan oleh pakar hiasan dalaman yang ada. Pastikan rumah yang anda miliki dan diami itu adalah rumah impian anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Katy Perry, penyanyi terkenal dunia, menarik perhatian bukan sahaja melalui bakat muziknya yang hebat tetapi juga melalui rumah mewahnya yang bernilai RM 241 juta.
Rumah Mewah Katy Perry Bernilai RM 241 Juta, Kediaman Pemandangan Lautan Pasifik
Terletak di lokasi eksklusif di California, kediaman ini menawarkan pemandangan menakjubkan Lautan Pasifik, menjadikan ia sebuah kediaman yang sangat diidamkan.
Reka Bentuk dan Lokasi
Rumah mewah ini direka dengan gaya kontemporari yang elegan, menggabungkan elemen moden dan klasik. Terletak di atas bukit, kediaman ini memberikan pemandangan panorama Lautan Pasifik yang luas, membolehkan setiap sudut rumah menjadi tempat yang sempurna untuk bersantai dan menikmati keindahan alam.
Kemudahan dan Fasiliti
Kediaman Katy Perry dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah, termasuk:
Kolam Renang Infiniti
Kolam renang ini terletak di bahagian belakang rumah, memberikan ilusi air yang bersambung dengan lautan. Tempat ini sesuai untuk berenang atau sekadar berehat di tepi kolam sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Taman Lanskap
Taman yang luas dan indah mengelilingi rumah ini, dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga eksotik. Taman ini juga mempunyai beberapa tempat duduk yang ideal untuk berehat sambil menikmati udara segar.
Dapur Moden
Dapur rumah ini dilengkapi dengan peralatan terkini dan direka khas untuk mereka yang gemar memasak. Dapur ini menawarkan ruang yang luas dan kemudahan lengkap untuk menyediakan hidangan mewah.
Ruang Tamu Luas
Ruang tamu yang luas dengan tingkap besar membolehkan cahaya semula jadi masuk ke dalam rumah. Ruang ini juga dilengkapi dengan perabot mewah dan sistem hiburan terkini.
Bilik Tidur Utama
Bilik tidur utama di rumah ini menawarkan pemandangan langsung Lautan Pasifik. Dilengkapi dengan katil mewah dan bilik mandi en suite yang luas, bilik ini adalah tempat yang sempurna untuk berehat selepas hari yang panjang.
Gaya Hidup Mewah
Memiliki rumah seperti ini pastinya mencerminkan gaya hidup mewah Katy Perry. Dengan pemandangan yang menakjubkan, kemudahan yang lengkap, dan reka bentuk yang elegan, rumah ini bukan sahaja menjadi tempat tinggal tetapi juga simbol kejayaan dan kemewahan.
Inspirasi
Kediaman ini bukan sahaja memberikan keselesaan dan keindahan tetapi juga menggambarkan kejayaan dan pencapaian dalam kehidupan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.