Kentang tak seperti bawang. Jika dimakan kentang yang bertunas atau berubah warna kehijauan, ia mengundang ancaman kepada kesihatan. Dr Suri Roowi berkongsi fakta saintifik mengenai isu ini. Untuk tahu lebih lanjut, boleh tonton video yang disediakan:
Ulangkaji#DrSuriRoowiPrincipal Scientist
Posted by Dr Suri Roowi on Thursday, May 7, 2020
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Mudah Hasilkan Dapur Konsep Industri, Ini Trik Dan Tip Anda Perlu Tahu
Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR
Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura
Jenis Kediaman: Rumah kampung
Konsep Dapur: Industrial
Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cement render kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham
Meletakkan barang atas peti sejuk adakalanya salah satu solusi untuk menjimatkan ruang. Bukan sahaja barangan ringan seperti bekas makanan malah peralatan berat seperti TV dan microwave. Tahu kah anda ia merupakan satu kesalahan?
Walaupun hanya satu kotak sereal atau beda kecil anda letak atas peti sejuk, ia mengundang bahaya, ia buan sahaja menyebabkan badan peti sejuk terjejas untuk membebaskan panas, malah dikhutiri bahan yang diletakkan di atas peti sejuk terjatuh dibelakang koil peti sejuk dan mencetuskan kebakaran
Baca juga: Modal RM8 Dapat Baiki Peti Sejuk Yang Rosak, Kongsi Lelaki IniTambahan, perlu diketahui apabila barang berat diletakkan akan berlaku sedikit pergerakkan apabila anda membuka dan menutup pintu peti. Akhirnya dikhuatiri barang atas peti sejuk akan jatuh. Ia mungkin membahayakan dan tidak selamat jika jatuh terkena pada orang
Sebaiknya ruangan yang ada itu seeloknya dibiarkan kosong atau jika perlu sekali pun hanya letakkan barang-barang kecil seperti hiasan, kotak dan bekas makanan.
Sumber:https://www.mstar.com.my/
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang
kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Idea acuan kiub ais beku buatan sendiri dengan penutup peti ais kekisi ais kotak ais komersial dulang ais beku
UNTUK PEMBELIAN BOLEH KLIK DI SINI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bajet Hanya RM35K Tapi Renovasi Rumah Persinggahan Ini Menjadi!
Tidak semua orang berpeluang memiliki lebih dari sebuah rumah. Tetapi bagi yang bernasib baik, mempunyai rumah persinggahan juga merupakan salah satu kepuasan yang tidak ternilai.
Melihat kepada perkongsian dari Puan Nursabrina Zahari, rumah persinggahan nya yang terletak di utara tanah air ini telah diubahsuai daripada sebuah kediaman yang lama dan tidak sesuai untuk didiami menjadi sebuah rumah yang moden dan selesa. Menurut pemilik, transformasi ini hanya menelan belanja sekitar RM35k sahaja. Lihat saja perubahan menakjubkan rumahan awam kos rendah satu tingkat ini, sungguh drastik!
GAMBAR SEBELUM RENOVASI
SELEPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI