Buat julung kalinya, majalah No. 1 pilihan ibu bapa Pa&Ma bakal menganjurkan ekspo bayi bertempat di SACC Shah Alam. Program yang bakal berjalan selama tiga hari dari 2-4 ogos 2019 bakal menjadi ekspo fiesta pilihan utama ibubapa tanah air.
Print.
Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.
Dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv, penganjur menganggarkan lebih 100,000 pengunjung bakal mengunjungi ekspo ini hasil daripada promosi besar-besaran yang dijalankan. Pa&Ma sendiri juga merupakan jenama diyakini di kalangan pembaca, pengamal perubatan, syarikat penawaran servis dan pengeluar produk berkaitan dengan 3 juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook.
Menyedari akan kelebihan yang dimiliki, penganjur menawarkan ruang atau booth perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah booth jualan mereka di fiesta ini. Tawaran diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.
IMG_6192.
IMG_6214.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan booth, Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau layari www.majalahpama.my atau hubungi : 019 675 305
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Colony Perkenalkan Ruang Pejabat Ulung Dengan Konsep ‘Bespoke Luxury’ Di Star Boulevard, Kuala Lumpur
Colony meraikan pembukaan rangkaian kelima yang ulungnya di Colony @ Star Boulevard KLCC di Jalan Yap Kwan Seng. Ruang kerja bersama menakjubkan dengan keluasan 35 ribu kaki persegi ini juga disertakan dengan ballroom mewah dan taman rooftop yang subur, melambangkan kemegahan dan komitmen pihak pengurusan dalam menjamin pengalaman kerja bersama di Colonya dalah yang terbaik boleh anda dapati.
Sejak pelancaran ruang pertamanya pada 2017, Colony sememangnya amat komited dalam menyediakan ruang kerja kelas pertama yang elegan dan memenuhi keperluan pelanggan.
Ruang bekerja baharu tersebut yang bernilai USD1.5 telah menawarkan sesuatu yang luar dari norma kebanyakan ruang kerja bersama yang lain.Memulakan debutnya sebagai destinasi untuk majlis keramaian di kawasan rooftop indah, dipenuhi kehijauan bersama pengalaman makan bak restoran 5 bintang.
Merangkumi 2 tingkat, Colony @ Star Boulevard KLCC merupakan gabungan kreatif rekabentuk modern urban loft dengan gaya eklektik bohemian dilihat melalui mata pemenang anugerah pereka dalaman mewah yang berpangkal di London, Hoe & Yin Design Studio.
Selain ruang kerja bersama, Colony juga berjaya membezakan dirinya sebagai destinasi yang lengka, merangkumi ruang acara yang unik. Berikutan kejayaan lokasi sebelum ini, ruang unggul ini muncul buat pertama kali dengan ruang acara eksklusif di Kuala Lumpur dengan hampir 10,000 kaki persegi ruang majlis yang terbentang luas di seluruh bilik tarian dan 2 taman atas bumbung. Dewan canggih merangkumi lebih daripada 4,000 kaki persegi dengan reka bentuk siling yang tinggi dan candelier mewah amat sesuai untuk acara-acara berprestij dan elegan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kelebihan & Kekurangan Mesin Basuh Jenis Front Loader & Top Loader
Ada yang tengah berfikir untuk beli mesin basuh baru atau nak ganti mesin basuh yang lama? IMPIANA nak kongsikan kepada anda semua mesih basuh mempunyai dua jenis iaitu muatan atas dan muatan depan. Apakah perbezaan kedua-dua mesin basuh ini.
Mesin basuh muatan atas:
Kelebihan mesin basuh muatan atas ialah:-
- Harganya lebih murah daripada mesin muatan hadapan.
- Kurang penyelenggaraan berbanding mesin muatan hadapan, terutamanya penggantian sesendal pintu sebagaimana mesin muatan hadapan. Ia adalah kerana mesin muatan atas hanya bergantung pada graviti untuk mengekalkan air pada mesin, tidak seperti mesin muatan hadapan yang memerlukan satu pintu kedap air bagi mengelak kebocoran.
- Sabun, pelembut pakaian serta cecair peluntur boleh ditambah secara terus ke dalam tab, tidak seperti mesin muatan hadapan di mana bahan-bahan cucian tersebut mestilah dimasukkan ke dalam bekas khas dan seterusnya ditambahkan ke tab cucian melalui injap kawalan soleniod.
- Sesuai digunakan oleh orang bertubuh tinggi lampai kerana tidak perlu tunduk untuk memuatkan pakaian ke dalam mesin sebagaimana mesin muatan hadapan.
Kelemahannya pula ialah:-
- Banyak menggunakan air berbanding mesin muatan hadapan.
- Tidak sesuai untuk mencuci bantal kerana ia cenderung untuk terapung di permukaan atas tab cucian.
- Tindakan agresif pemutar boleh merosakkan fabrik jenis lembut seperti sutera.
Muatan hadapan:
Mesin basuh muatan hadapan memerlukan pengguna untuk memasukkan pakaian ke dalam tab melalui pintu hadapan yang kedap air. Kesan sentalan dihasilkan melalui pergerakan tab serta tindakan graviti, sebagaimana kaedah cucian zaman dahulu dengan menghempas pakaian ke atas batu. Pergerakan tab mengangkat pakaian ke bahagian atas tab sebelum pakaian jatuh semula ke dasar tab.
Kelebihan mesin basuh muatan hadapan ialah:-
- Kurang memerlukan air dan sabun berbanding mesin muatan atas.
- Lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding mesin muatan atas.
- Mesra orang kerdil kerana kedudukan pintu mesin yang amat mudah dicapai.
- Lebih senyap serta kurang kecenderungan untuk bergegar akibat ketidakseimbangan beban pakaian.
Kelemahannya pula ialah:-
- Mesin muatan hadapan lebih mahal daripada muatan atas.
- Kebocoran air melalui pintu hadapan cenderung berlaku akibat sesendal pintu yang tidak tahan lama.
- Pakaian yang lebih kecil seperti stokin boleh tercicir melalui ruang di celah pintu. Proses pengeluarannya memerlukan pengguna menanggalkan pemasangan mesin.
- Jika tidak dimasukkan dengan sempurna, pakaian boleh tersangkut pada pintu apabila pintu terkunci, menyebabkan pakaian rosak dan boleh koyak.
Jom beli belah barang dekor, mana tahu ada yang berkenan klik sini https://invol.co/cloqny maca-macam ada.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Solusi Teknologi “Remote Life” Dari Sharp Penuhi Keperluan Norma Baharu
Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (SHARP) melihat peluang besar untuk teknologi dan penyelesaiannya membantu proses pemulihan negara. Berkembang seiring dengan keperluan masa kini, SHARP bertekad untuk membantu para pengguna, dalam perniagaan, bilik darjah, dan isi rumah, dalam menyesuaikan diri dengan ‘normal baharu’ menerusi ekosistem penyelesaian, yang diperkenalkan buat pertama kali di Konvensyen Pengedar Maya SHARP baru-baru ini.
“SHARP terus menjadi pembekal penyelesaian inovatif terulung dengan legasi di Malaysia yang menjangkau tempoh 35 tahun. Kami sentiasa menghasilkan inovasi penyelesaian untuk membantu pengguna menghadapi cabaran masa kini. Beberapa bulan kebelakangan ini, seluruh dunia didorong mempertingkatkan penggunaan penyelesaian digital lebih pantas berbanding sebelumnya. Mengambilkira kepentingan komunikasi dan keselamatan pengguna dalam ‘normal baru’, pengenalan konsep ‘Remote Life’ SHARP tahun ini tepat pada masanya bagi mewujudkan pejabat dan bilik darjah lebih pintar dan saling berhubung,” jelas Pegawai Urusan Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan ASEAN dan Pengerusi Sharp Electronics (M) Sdn Bhd, Robert Wu.
Syarikat gergasi elektronik pengguna ini berkongsi rancangannya untuk memperkukuhkan kedudukan jenama dan mengembangkan pasaran menerusi strategi perniagaannya yang dinamik. SHARP kekal antara jenama teratas dalam kalangan pilihan pengguna menurut kajiselidik pasaran global. Analisis tinjauan pasaran, untuk tempoh Jun 2019 hingga Mei 2020, mendapati bahawa SHARP mendominasi kedudukan nombor satu dalam segmen produk peti sejuk dan mesin basuh berbanding pesaingnya, dengan menguasai sebahagian besar pasaran, sekitar 20% di Malaysia. SHARP juga tersenarai di antara tiga jenama teratas dalam segmen produk televisyen dan penyaman udara.
Menyuntik keterujaan dalam pasaran, SHARP melancarkan konsep ‘Remote Life’ baharunya sebagai tarikan utama konvensyen maya, dengan memberi tumpuan kepada kelancaran komunikasi dan keselamatan pengguna. Konsep ini merangkumi tiga penyelesaian untuk tiga bidang utama iaitu, ‘Remote Meeting’ atau mesyuarat secara maya untuk perniagaan, ‘Remote Education System’ SHARP atau sistem pendidikan secara maya untuk bilik darjah dan ‘Remote Lifestyle’ atau gaya hidup secara maya agar pengguna atau isi rumah mampu terus berurusan dengan berkesan dan selamat dalam ‘normal baharu’ ini.
Dalam usaha menyokong pemulihan perniagaan dalam rangkaian pengedar, SHARP juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan platform e-dagang baharu, eSHARP, di konvensyen mayanya.
Membezakan dirinya agar menerajui pasaran, SHARP mengembangkan eSHARP khususnya bagi mendorong hasil kembali kepada pengedar.
“Dalam persoalan keselamatan dan kesihatan, kami memahami para pelanggan kami inginkan
saluran yang lebih baik untuk mendapatkan produk SHARP kegemaran mereka. Platform eSHARP kami mewakili konsep perniagaan runcit ‘aras kedua’ yang membolehkan para pelanggan membuat pembelian secara mudah. Pada masa yang sama, ia mengukuhkan kedudukan rangkaian pengedar sah kami serta menyokong perniagaan mereka. Proses pembelian pelanggan dijamin selamat tanpa ragu-ragu mengenai ketulenan produk SHARP dari pengedar sah kami. Strategi perniagaan baru ini akan membantu pengedar kami memperolehi pendapatan dalam talian dan meningkatkan interaksi bersama pelanggan,” terang Wu.
Memandangkan suasana ekonomi sosial semasa, SHARP memahami para pengguna mementingkan harga yang bersesuaian dengan kemampuan di samping memperolehi penyelesaian berkualiti. Di konvensyen mayanya, gergasi penyelesaian elektronik ini telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan rangkaian *produk baharu termasuk rangkaian TV BIG AQUOS dan peralatan rumah pada tahun ini. Bertekad untuk memperluaskan pasarannya, SHARP juga mengumumkan kerjasama dengan BACFREE bagi memperkenalkan produk air. Kerjasama ini akan melengkapkan Penyelesaian ‘Air of Confidence’ SHARP yang terdiri daripada rangkaian Pembersih Udara, Penyaman Udara dan Penyejuk Udara yang dilengkapi teknologi Plasmacluster.
SHARP berhasrat untuk mengekalkan kedudukannya sebagai jenama Jepun no.1 di Malaysia.
Strategi pertumbuhan masa hadapannya disokong oleh kedudukan utuhnya di pasaran dan rancangan SHARP untuk memanfaatkan jalinan usahasama atau perkongsian jenama dengan perniagaan atau produk baru. Langkah ini akan mempelbagaikan dan memperluaskan kewujudan dan portfolio jenama SHARP dalam memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.
Mengenai Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.
Ditubuhkan pada tahun 1985 dan sebelumnya dikenali sebagai Sharp Malaysia Sales & Service Company (M) Sdn Bhd, Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan bahagian pemasaran Kumpulan Sharp di Malaysia dan bertanggungjawab untuk penjualan, pemasaran dan promosi semua barangan Sharp di negara ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI