Panduan Beli Rumah Teres, Bakal Pembeli Jangan Pandang Remeh

Share

Panduan beli rumah teres, bakal pembeli jangan pandang remeh. Sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah teres, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.

Jangan hanya terpengaruh dengan juru jual sahaja sebaliknya dapatkan info lengkap tentang rumah yang ingin dibeli. Paling penting, pastikan anda ‘turun padang’ melihat sendiri keadaan rumah yang ingin dibeli. Boleh juga bawa rakan yang ada pengalaman dalam selok belok sektor pembinaan.

Kredit foto: Pexels

Berikut perkongsian daripada Pelabur Kecil Hartanah, Azizul Azli Ahmad

PANDUAN BELI RUMAH TERES

1. Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita. Panasnya luar biasa.

2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.

3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah. Cucur atap pendek, kurang baik.

4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.

5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling lebih 10 kaki. Bila pasang kipas tidaklah terputus jari.

6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik

7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita.

8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi. Kurang manis jadinya.

Kredit foto: Pexels

9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun ditengah. (bumbung bentuk rama rama)

10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujang tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.

11. Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.

12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.

13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.

14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras.

15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.

16. Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.

17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan didalam dinding rumah kita.

18.Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan tiada masalah kualiti.

Kita tidak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.
Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli.

Sumber: Pelabur Kecil Hartanah, Azizul Azli Ahmad

Kredit foto (top image): Pexels

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi