Memang seronok bila dah dapat kunci rumah dan boleh berpindah masuk ke rumah baru. Namun, sebelum nak masuk ke rumah baru, kena rancang dan ambil tahu keperluan yang penting dahulu. Macam-macam perkara yang perlu difikirkan dan ia memerlukan persediaan mental serta kewangan yang banyak. Ikut panduan senarai semak ini supaya kita tak terlepas pandang, keperluan yang penting.
Mungkin ramai yang nak tahu apa sebenarnya keperluan untuk masuk rumah baru. Ada senarai yang perlu dan penting patut sediakan.
Akhirnya Inilah hasilnya. Sejauh mana keperluan ini bergantung kepada masing-masing. Mungkin ramai yang belum buat checklist nak masuk rumah baru kan.. Let’s go.
KOS AWAL
Kos amik kunci
Cukai pintu
Maintenace service
Security Guard
Api / Air
Kos Permit Kerje Kecil PBT
(Estimate duit permulaan adalah RM1300)
EXTERIOR/BAHAGIAN LUAR
Tiles penuh car porch
Down light led
Safety Grill
Lampu Pagar / Car Porch
Landscap – Rumput Hiasan
Kipas Car Porch
Getah Paip
House Number Plaque
Auto gate (Heavy Duty)
Gate Swing
Alarm
CCTV
Ampaian / Hanger
House Tinted
Outdoor Water Filter
INTERIOR/DALAM RUMAH
Living Hall / Dining / Kitchen
Plaster Ceiling + Wiring whole house
Downlight LED / T5
Wallpaper @ Living Hall
Syiling Fan 8 unit
Plug / Switch
Sofa set L shape
TV Cabinet
Carpet
Langsir (day and night)
Railing langsir
Cermin besar
Coffee table
Dining table
Kitchen cabinet (Wet)
Fridge Side By Side (Double door)
Hob & hood – Done
Water Heater 2 set
Dishes Rack
Bakul Sampah
Sinki untuk Kitchen Kabinet
Sink Tap
Dulux or Nippon Paint
Ads
Master Bed / Bedroom
Master Bedroom Set
Lampu Meja
Side Table
Wardrobe
Towel hanger dinding
Bakul sampah kecil
Langsir (day + night)
Air cond 1.5hp
Kipas
Services
Upah pasang unifi
Movers Pindah rumah
Upah Painting
Tukar semua lock/kunci rumah
Ads
Sebab tu kena tengok senarai semak ni, supaya kita dapat ready mental dan poket. Boleh rancang apa yang perlu dahulu.
Baru tahu kos nak masuk rumah bukan sikit duit nak pakai. Itu yang ramai buat personal loan kan?
IMPIANA: Bila pindah masuk ke rumah baru, memang banyak barang yang perlu dibeli dan banyak kos yang perlu disediakan. Apa pun, ikut panduan senarai semak yang dikongsikan ini supaya dapat rancang dan utamakan yang keperluan terlebih dahulu.
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda
Sila lihat balik di dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada tak di kalangan anda yang berhasrat untuk melakukan perubahan terhadap dekorasi hiasan di ruang tamu rumah anda? Jika ya, mungkin ini boleh dijadikan sebagai contoh atau sumber idea untuk anda.
Lihatlah hasil beberapa contoh idea menarik dengan menggunakan aksesori cermin sebagai dekorasi di ruang tamu rumah seperti yang tertera pada gambar di bawah. Memang tampak cantik dan mewah kan?
Memang tidak dinafikan sememangnya ada banyak pilihan aksesori untuk dekorasi ruang tamu rumah anda antaranya yang sentiasa menjadi pilihan ramai adalah cermin. Ini kerana, aksesori cermin mempunyai fungsi kelebihan untuk mewujudkan perspektif ruang dalaman rumah supaya tampak lebih luas.
Maka oleh itu, memang tidak dapat disangkalkan lagi mengapa aksesori ini sentiasa menjadi pilihan ramai. Selain itu ia juga boleh memberikan impak yang lebih menarik terhadap dekorasi ruang tamu anda.
Untuk maklumat anda, aksesori cermin seperti ini sebenarnya sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan tanpa perlu mengupah kontraktor untuk memasangnya. Bak kata pepatah, buat sendiri sahaja lebih mudah kerana anda hanya perlu menggunakan dua barang sahaja bagi mahu mendapatkan cermin mewah seperti ini.
Sekiranya anda mahu mendapatkan aksesori cermin yang sama seperti ini tersergam indah di rumah anda, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Mencuci atau membersihkan tingkap nampak mudah. Tapi hakikatnya, membersihkan tinkap adalah tugas yang lebih memenatkan berbanding menyapu satu rumah. Ia lah, tingkap paling rajin pun dicuci setahun sekali. Jelas, banyak kotoran yang melekat terutamanya tinja serangga.
Tambahan, celah-celah tingkap pun mudah berabuk. Silap hari bulan, habuknya dah melekat dan susah untuk dibersihkan. Selain itu juga, ramai memilih sabun sebagai medium pencuci tingkap. Salah tu, sabun akan menyebabkan tingkap anda lebih kelihatan kusam dan mudah melekat kotoran. Bukan itu sahaja, ia akan menggandakan kerja anda kerana perlu menyingkirkan atau membilas tingkap berkali-kali supaya sabuan cucian hilang. Untuk pastikan tingkap anda bersih dan berseri selepas dicuci, apa kata cuba campuran ramuan pencuci tingkap ini
Bahan-bahan:
2 sudu Pencuci pinggan mangkuk
1 cawan Cuka
8 cawan air panas
mop ataupun kain mikrofiber
1 baldi dan 1 botol penyembur
Langkah-langkahnya:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam baldi. Kemudian gaul sebati dengan mop. Kemudian isikan larutan tadi ke dalam botol penyembur.2. Sasarkan untuk cuci tingkap bahagian mana dulu. Lepas tu bolehlah anda semburkan larutan tadi ke bahagian tingkap itu. Macam pemilik dalam gambar ini beliau nak cuci tingkap luar rumah terlebih dahulu. 3. Anda boleh menggunakan kain mikrofiber ataupun mop seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini. Pemilik memilih menggunakan mop kerana ia mudah mencapai bahagian tingkap paling atas tak perlu nak panjat-panjat. Satu lagi kaedah yang anda lakukan jika menggunakan kain mikfrofiber, sarungkan saja pada mop dan ikat kemas. Cara itupun boleh. 4. Bersih sehingga anda benar-benar berpuas hati. Anda boleh kembali menyembur larutan tadi jika perlu. 5. Setelah siap dicuci, anda bolehlah membilas dengan air seperti biasa untuk menghilangkan sisa-sisa larutan itu. 6. Anda boleh membiarkan tingkap kering dengan sendirinya ataupun gunakan kain kering/alat yang boleh mengurangkan lebihan air di tingkap. Siap! Pencuci ini juga sesuai digunakan untuk menbersihkan cermin dan pintu kaca
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.