Adakah anda rasa seperti seluruh rumah anda berbau hancing dan busuk seperti di kedai menjual haiwan? Bau ini mungkin disebabkan oleh najis kucing anda dan ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di karpet dan perabot, menjadikan rumah tidak selesa dihuni. Walau sayang bagaimana pun anda kepada kucing, tak mungkin ada yang sanggup tinggal di rumah berbau dan kotor.
Jadi bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan ini buat selama-lamanya tanpa perlu mengorbankan haiwan kesayangan? Anda boleh saja gunakan pencuci yang terdapat di rak-rak supermarket ataupun, anda boleh cuba menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati dirumah. Anda juga boleh mengurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing di tempat yang terbuka dan jauh dari kawasan berkumpul. Disamping itu, pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan juga kebersihan si comel agar udara dikediaman sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.
CARA 1 : Gunakan cuka.
Hilangkan bau air kencing dengan menggunakan pembersih yang diperbuat daripada cuka putih. Letakkan satu bahagian air dan satu bahagian cuka putih dalam botol semburan. Kemudian, semburkan campuran tersebut di kawasan yang berbau. Biarkan cuka selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap sekali bau air kencing kucing.
- Untuk kawasan yang besar, anda boleh cuba cara ini dengan menggunakan kain bersih yang direndam dalam cuka.
- Bagi kawasan berkarpet pula, anda boleh menggunakan pembersih permaidani yang dicampur dengan sedikit cuka untuk menghilangkan bau air kencing. Tapi hati-hati, kerana cuka mempunyai pH yang rendah jadi ia mungkin akan merosakkan karpet. Lakukan patch-test pada sebahagian kecil dahulu sebelum menggunakan rawatan cuka ini.
CARA 2 : Cuba pembersih enzyme.
Air kencing kucing terdiri daripada komponen-komponen yang memerlukan enzyme untuk dibersihkan. Anda boleh dapatkan pembersih enzyme di mana-mana petstore atau secara online. Ikut arahan pada label dengan teliti untuk digunakan pada kawasan yang berbau kucing.
- Jangan campurkan pembersih enzyme dengan produk kering yang lain. Bahan-bahan dalam produk pembersihan lain boleh melemahkan potensi pembersih enzyme.
- Beberapa pembersih enzyme boleh merosakkan gentian kayu. Jika anda perlu untuk membersihkan lantai kayu atau perabot kayu, pastikan anda beli pembersih enzyme yang sesuai untuk digunakan pada kayu.
CARA 3 : Sapukan penyegar udara semulajadi.
Satu lagi cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan bau kucing adalah dengan menggunakan penyegar udara semula jadi dibuat daripada baking soda. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 sudu teh serbuk cengkih, dan 1 cawan herba seperti rosemary atau lavender kering. Renjiskan pembersih pada permaidani atau pada perabot yang mempunyai bau kucing. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan kemudian vakum sehingga betul-betul puas hati.
CARA 4 : Dapatkan khidmat profesional.
Jika rumah anda berbau pintu kucing dan pembersih biasa tidak berjaya menyingkirkannya, sila dapatkan bantuan pembersih profesional. Cari pembersih permaidani profesional untuk menangani apa-apa kesan dan menghilangkan bau kucing pada permaidani anda. Dan dapatkan khidmat pencuci lantai profesional yang boleh datang kerumah untuk menghilangkan bau pada kayu atau jubin. Kebanyakan pembersih profesional memang sudah mahir dalam mengeluarkan bau yang berkaitan kucing di rumah.
CARA 5 : Kosongkan bekas pasir secara teratur.
Perikasa bekas pasir kucing anda sekurang-kurangnya sekali untuk dua kali dalam sehari. Cedok dan keluarkan apa-apa najis dan gumpalan air kencing dari bekas secepat mungkin supaya bau tidak dibiarkan ‘berlegar-legar’ diudara terlalu lama. Latih kucing anda untuk menggunakan bekas pasir agar anak-anak bulu ini tidak terbiasa kencing di kawasan lain didalam rumah anda.
- Jadikan aktiviti membersih bekas pasir sebagai rutin anda setiap pagi dan sebelum tidur. Dengan cara ini, mana-mana najis atau air kencing dalam bekas pasir tersebut tidak dibiarkan untuk tempoh masa yang lebih dari sepatutnya dan menyebarkan bau busuk keseluruh rumah.
- Tukar pasir didalam bekas dua kali sebulan untuk memastikan ia sentiasa segar. Cuci bekas sebersih yang mungkin setiap kali anda menukar pasir agar kawasan tersebut bebas bau kucing.
CARA 6 : Pastikan anda mempunyai lebih dari satu bekas pasir.
Letakkan bekas pasir dibeberapa tempat berbeza dan bersihkannya dengan kerap. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, mempunyai bekas pasir yang berbeza buat setiap kucing akan mengurangkan risiko bau busuk. Pastikan setiap kucing mempunyai privasi semamsa menjalankan ‘projek’. Dengan mempunyai lebih dari satu bekas pasir, anda juga dapat mengelakkan daripada perlu membasuh sebuah bekas yang dipenuhi najis busuk yang datang daripada beberapa ekor kucing.
- Jika anda mempunyai 2 kucing, anda disyorkan untuk membeli sekurang-kurangnya 3 bekas pasir.
- Jika rumah anda dua tigkat atau lebih, cuba untuk letakkan bekas pasir pada setiap tingkat bagi memudahkan kucing membuang air.
CARA 7 : Vakum tempat bermain kucing.
Gunakan vakum khas untuk membersihkan bulu-bulu haiwan kesayangan anda itu. Vakum seluruh kawasan dan tempat kegemaran si bulu untuk bermain. Pastikan juga anda vakum perabot, karpet, dan celah-celah almari atau pasu serta kawasan lain yang berpotensi. Cuba untuk vakum kawasan-kawasan ini seminggu sekali supaya tidak ada bulu atau kotoran kucing yang akan membawa kepada bau busuk.
- Tidak salah jika melabur lebih sedikit untuk vakum yang canggih agar kerja-kerja membersih lebih mudah dan cepat.
CARA 8 : Pastikan kawasan makan kucing bersih.
Untuk mengurangkan bau di rumah anda, kekalkan kebersihan bekas makanan dan minuman kucing. Elakkan membiar makanan semalaman tanpa dibasuh bekasnya. Dengan memastikan bekas makanan sentiasa terjaga dan dibasuh bersih, ruangan dirumah anda akan terjamin bebas bau busuk dan bebas bakteria merbahaya.
CARA 9 : Bawa kucing anda grooming .
Sentiasa pastikan kucing di groom bersih dan kemas. Jadikan ia rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memberus buku, trim kuku dan membersihkan telinga kucing daripada segala kotoran dan kuman yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
CARA 10 : Bawa kucing berjumpa doktor haiwan jika bau tidak hilang.
Jika anda telah cuba membersihkan kawasan kucing anda dan masih lagi gagal menghilangkan bau busuk kucing, cepat-cepat bawa si bulu berjumpa doktor haiwan. Boleh jadi, bau tersebut disebabkan penyakit atau jangkitan kuman yang memerlukan perhatian segera.
BACA: Cara Mudah Merawat Batas Dan Tanaman Yang Terkena Tinja Dan Urin Kucing
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI