Penggunaan kayu dalam struktur rumah sangat banyak dilihat tidak kira pada kediaman lama mahupun yang baru. Walaupun pada mulanya rumah kayu nampak kukuh, menarik dan klasik, perlu diingat bahawa sifat kayu boleh berubah bergantung pada faktor cuaca ataupun rapuh dimakan anai-anai. Jadi, pemilik rumah kayu haruslah lebih peka dan teliti menyelenggara kediamana masing-masing supaya tetap kekal utuh.
Ketika dalam proses merancang, pemilihan jenis kayu adalah hal yang paling penting kerana ia bakal mempengaruhi kos pembiayaan, penyelenggaraan dan kos baik pulih rumah yang ingin dibina kelak. Jenis-jenis kayu seperti kayu jati, kayu merbau, kayu meranti merah dan kayu cedar adalah antara spesis yang mejadi pilihan pengguna kerana sifat yang keras dan kukuh. Walaupun telah berjaya memilih jenis kayu yang sesuai, anda tetap perlu melakukan pemeliharaan supaya kayu struktur tersebut tetap kukuh dan tahan lebih lama.
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan dan ketahanan rumah kayu, antaranya ;
Pengaruh Cuaca
Kayu yang lama terdedah kepada cuaca tidak menentu terumamanya kawasan yang beriklim lembab akan menyebabkan kayu cepat rosak dan mengembang kerana kayu boleh menyerap air dan sifat ini lama-kelamaan akan memudaratkan struktur rumah. Selain itu, jika dibiarkan tanpa rawatan, kayu yang terdedah kepada kelembapan juga boleh menjadi lapuk dan berbau hapak. Lebih parah lagi sekiranya udara mengandungi bakteria atau hama menjangkiti kayu dan membenarkan pembiakan lumut pada kayu yang terlindung dari cahaya matahari.
Serangan Serangga atau Haiwan Perosak
Ads
Lipas, tikus dan anai-anai adalah antara musuh utama kayu. Anai-anai contohnya, memang menyukai tempat gelap yang lembab dan tinggal dalam satu kumpulan yang besar. Saiznya yang halus menyukarkan lagi pemilik untuk menyedari yang rumah telah diserang perosak ini. Begitu juga dengan tikus yang akan menggigit kayu sehingga sudah berlubang, barulah tuan rumah sedar akan perbuatan makhluk perosak yang amat menyakitkan hati ini.
Beban Tanggungan
Bebanan yang tidak sesuai dengan ketahanan kayu akan menimbulkan kesulitan kelak apabila kayu sudah mula melengkung dan membengkok sehinggalah patah. Perkiraan ukuran dengan beban harus dilakukan dengan tepat dan teliti terutamanya untuk bahagian tiang ataupun rangka rumah.
Ads
Rawatan Sesuai Untuk Rumah Kayu
Rumah kayu sememangnya memerlukan penjagaan yang amat rapi dan akan mengambil masa yang lama serta belanja yang banyak. Tetapi sekiranya dilakukan dengan kerap dan betul, banyak yang dapat dijimatkan. Jadi ikuti tips penjagaan dibawah agar rumah kayu anda kekal cantik dan kuat.
Rawatan Rutin :
Ads
Bersihkan kayu yang berhabuk dan berdebu menggunakan air. Kemudian biarkan kayu kering dengan sendirinya.
Untuk bahan pembersihan lantai dan dinding kayu, gunakan ramuan tradisional seperti air pelepah pokok pisang dan tembakau supaya kayu tetap kukuh dan bersinar seperti baru.Langkah ini menyebabkan kayu pada rumah tradisional tetap tahan hingga beratus tahun.
Hindari geseran kasar pada permukaan kayu. Sekiranya anda mahu mengalih perabot besar dan berat seperti meja makan atau sofa jangan tarik atau tolak, tetapi angkat dan alihkan dengan selamat.
Jangan biarkan dinding rumah ditutupi pokok atau tumbuhan. Cantas pohon-pohon sekeliling rumah supaya dinding dan ruangan didalam mendapat sinar matahari yang secukupnya.
Asap dari dapur sebaiknya dijauhi dari ruang yang menggunakan kayu kerana hal ini akan menyebabkan kayu cepat kusam.
Jika rumah anda menggunakan lantai kayu, jangan biarkan beban berat seperti peti sejuk, tong gas terlalu lama keranan ia akan menyebakan kayu cepat rosak.
Rawatan Berkala :
Rawatan berkala atau bermusim perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan major yang akan menggugat keutuhan rumah kayu. Jadi pastikan anda lakukan perkara-perkara ini apabila tiba waktunya. Panggil golongan profesional yang lebih arif jika anda tidak pasti cara yang betul untuk proses penyelenggaraan ini.
Pemusnahan dan Pencegahan Anai-Anai. Sekiranay bahagian kayu di rumah anda diserang anai-anai, lakukan segera proses pemusnahan. Kayu yang sudah teruk dimakan harus segera ditukar agar tidak menjangkiti bahagian lain pula. Ketika ini, terdapat banyak teknologi moden yang berkesan untuk menghindari dan membasmi anai-anai. Dapatkan konsultasi dari pihak yang sesuai tentang langkah pencegahan anai-anai.
Racun dan Perangkap Tikus. Segera pasangkan peragkap dan racun tikus jika anda merasakan yang rumah anda telah dikunjungi oleh Cik Ti. Biasanya tikus akan melalui sudut rumah yang tersorok atau tertutup jadi rancang dan pasang strategi dimana anda mahu letakkan perangkap tersebut. Jauhi dari kanak-kanak dan pastikan racun diletakkan jauh dari capaian mereka.
Pembersihan Exterior. Bergantung pada lokasi rumah kayu, kerja pembersihan menyeluruh dinding luar boleh dilakukan dalam 2 ke 3 tahun sekali. Ada beberapa cara berbeza yang boleh anda lakukan untuk membersihkan dinding kayu iaitu dengan menggunakan air bertekanan kuat ataupun wap panas.
Meja kopi menjadi pelengkap bagi sesuatu ruang.Tanpanya ibarat hilang seri ruang kerana di atas meja ini pelbagai kegunaannya. Di sinilah tempat untuk meletak hidangan, hiasan tambahan seperti gubahan bunga, buku dan sebagainya.
Tentu saja, nak memilih meja kopi, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
Ukuran Ruang
Pastikan meja kopi sesuai dengan ukuran ruang anda. Jangan sampai meja kopi
itu terlalu besar atau terlalu kecil sehingga tidak seimbang.
Gaya Dekorasi
Pilih meja kopi yang sesuai dengan gaya dekorasi interior anda. Apakah anda suka gaya moden, vintage atau mungkin minimalis?Pilihan di tangan anda.
Material
Pertimbangkan material meja kopi. Kayu adalah pilihan popular kerana menjadikan ruang tampil semula jadi. Namun,ada juga meja kopi dari material lain seperti kaca, logam bahkan batu.
Kegunaan
Fikirkan bagaimana anda akan menggunakan meja kopi. Apakah anda memerlukan ruang simpanan tambahan di bawahnya? Beberapa meja kopi memiliki laci atau rak tambahan.
Ketinggian
Pastikan ketinggian meja kopi sesuai dengan sofa atau kerusi sekitarnya untuk keselesaan ketika digunakan.
Bajet
Tentukan bajet anda, ada meja kopi dengan pelbagai harga. Jadi pastikan anda memilih yang sesuai dengan bajet anda.
Nak cari meja kopi yang sesuai untuk ruang tamu memang boleh jadi cabaran. Tapi jangan risau,tip ini boleh bantu korang.
Kedai Perabot: Tempat pertama yang boleh korang check adalah kedai perabot. Ada banyak kedai yang jual meja kopi dengan pelbagai pilihan gaya dan harga. Jadi, boleh pergi tengok di kedai perabot berdekatan.
Online Shopping: Kalau korang tak suka shopping fizikal, cubalah cari meja kopi secara online seperti Lazada, Shopee atau IKEA.Pelbagai pilihan meja kopi dengan harga yang berbeza-beza. Korang boleh bandingkan harga dan gaya dan keselesaan rumah.
Kedai barangan terpakai: Jangan lupa juga check kedai secondhand atau carousell. Kadang-kadang korang boleh jumpa meja kopi yang masih dalam keadaan baik dengan harga yang lebih murah.
Custom-Made: Kalau korang nak meja kopi yang betul-betul kena dengan citarasa, pertimbangkan untuk buat meja kopi custom-made. Boleh cari tukang kayu tempatan yang boleh buatkan meja kopi ikut design dan ukuran yang korang nak.
Tanya kawan: Jangan segan-segan tanya kawan atau keluarga kalau ada yang tahu tempat jual meja kopi yang best.Mungkin ada rekomen kedai yang sesuai dengan cita rasa korang.
Buat perbandingan harga: Last but not least, sebelum beli, pastikan korang banding harga dari beberapa kedai atau penjual.Kadang-kadang harga boleh berbeza dari satu tempat ke satu tempat.
Jadi, korang jangan stres nak cari meja kopi yang sesuai. Cubalah beberapa pilihan dan
pastikan meja kopi yang korang pilih memenuhi keperluan dan citarasa.
Semoga tip ini membantu korang dalam memilih meja kopi yang sempurna untuk ruang anda.
Bagi penghuni apartmen dan flat, pilihan menyidai baju di adlam kediaman sudah menjadi kebiasaan. Namun hakikatnya, ramai tidak sedar sebenarnya perbuatan atau amalan ini sebenarnya mengundang bahaya kepada kesihatan antaranya adalah kanser dan alahan
Bagi anda yang gemar memakai pelembut pakaian terdedah kepada masalah ini. Ini kerana dalam pelembut pakaian terkandung bahan kimia. Pelembut pakaian berfungsi sebagai lapisan nipis khas yang melembutkan pakaian anda. Namun, kebanyakkan pelembut pakaian dipasaran mempunyai bahan toksik kimia seperti Ammonia salt.
Ia akan menyebabkan iritasi pada kulit, gangguan pernafasan dan pening kepala. Memang sedap menghidu baunya yang wangi. Anda akan rasa pakai sangat bersih bila berbau harum. Namun, ia membawa bahaya lain terutama jika anda menyidai pakaian di dalam rumah.
Alahan berpunca daripada kandungan udara yang terperangkap di dalam rumah menjadi lembap dan sesuai sebagai habitat bakteria. Bakteria tersebut yang menjadi punca kepada alahan. Lebih teruk, ia akan menyebabkan alahan pada rongga pernafasan hingga terjadinya asmas.
Menurut artikel di laman sesawang Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia,
Setiap produk wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas tisu, detergen dan lain-lain lagi mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation.
Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik.
Manakala kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun 1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras yang tinggi dalam penyegar udara.
Sumber: http://www.keluargasihat.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila sebut putih, ramai di kalangan kita hanya tahu putih ini hanya mempunyai 2 biasan. Putih asli atau putih krim. Putih Jadi Tarikan ‘Evergreen’ Dalam Warna Kediaman, Siapa Setuju.
Ehhh salah tu ! Masih banyak biasan warna ini yang boleh kita nikmati terutama anda yang mendiami kediaman sempit dan juga yang mahukan gaya harmoni penuh dengan rona feminin. Sederhana namun menggoda pandangan mata. Kuasa rona putih!
ILUSI WARNA PUTIH MEMBERI SERI RUANG
PUTIH BOLEH WAT RUMAH CANTIK KE?
Sebenarnya warna ini pun ada banyak biasan yang boleh anda cuba. Warna ni taklah terlalu terang atau jelas tetapi jika anda sukakan suasana harmoni, damai dan rileks, ilham macam ni patut kita cuba.
MANA LEH KITA DAPAT CAT MACAM NI DAN APAKAH PILIHAN BIASANNYA?
Cuba lihat dalam katalog cat. Selalunya ia disebut sebagai shades of white. Benar pilihan warna ini tidak popular sebab masih ramai yang belum berani memilihnya sebagai warna kediaman. Walhal warna nilah yang patut anda pakai terutama mereka yang duduk rumah kecil dan yang tak berani cuba warna terang tu.
PILIHAN YANG SESUAI UNTUK KITA?
Terdapat biasan yang boleh anda cuba. Dari newtral seperti warna kulit telur ke kehijauan, merahan, kekuningan malah kebiruan serta kelabu.Ia memberi aura yang positif untuk kediaman anda tanpa ada rasa terkongkong atau keterlualuan. Anda yang mahukan ketenangan dan rasa damai, digalakkan memilih warna seumpama ini. Apatah lagi mereka yang takut bermain dengan warna, boleh mencuba menggunakan warna seumpama ini.
TIP
Pastikan anda memilih biasan yang hampir sama dengan koleksi perabot atau kemasan lembut. Ini meyerlahan lagi suasana dan aur warna yang anda pilih.
Shades of white ini sangat halus warnanya. Anda jangan manik ketika mengecat dinding dan warna putih sahaja yang timbul. Nantikan apabila ia mengering.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.