Datang Beraya JANGAN Muncul Tiba-Tiba, Maklumkan Lebih Awal Supaya Tuan Rumah Lebih Bersedia. Musim perayaan Aidilfitri merupakan bulan yang mulia dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Bulan inilah ramai yang mengambil peluang untuk datang berziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai.
Ia juga di antara sunnah yang sangat digalakkan oleh Nabi SAW adalah ziarah-menziarahi. Ini adalah bagi menyuburkan sifat kasih sayang, peduli satu lain dan mengeratkan ukhuwah. Nabi SAW pernah mengingatkan kita berkenaan perkara ini. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :
Maksudnya :”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.”
Riwayat Al-Tirmizi (2008). Imam Al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang ghorib.
Namun demikian, adab sebagai tetamu meskipun sunnah datang berziarah, janganlah muncul secara tiba-tiba depan pintu rumah orang. Sebaiknya maklumkan kepada tuan rumah lebih awal jika ingin datang beraya. Supaya tuan rumah boleh lebih bersedia untuk menerima kedatangan tetamu dan mempersiapkan pelbagai perkara.
Bukan apa, ada sebahagian tuan rumah lebih selesa diberitahu awal supaya dia boleh lebih bersedia untuk menerima dan meraikan tetamu datang ke rumah;
Antaranya seperti persiapan;
Tetamu jarang datang ke rumah, jadi tuan rumah ingin pastikan kedatangan tetamu benar-benar diraikan dan dapat melayan tetamu dengan sebaiknya.
Selain itu, adab sebagai tetamu juga pastikan;
1. Masuk ke dalam rumah hanya setelah dijemput.
2. Memilih masa yang sesuai untuk datang bertandang antaranya seperti selepas Zuhur, selepas asar dan selepas isyak. Elakkan bertembung dengan waktu solat.
3. Sebaiknya bawa sejadah dan telekung sendiri jika ingin tumpang solat di rumah.
4. Nikmati hidangan dengan segera jika disediakan dan tidak sesekali meminta-minta hidangan yang menyusahkan tuan rumah.
5. Jaga perilaku diri dan pesan juga pada anak-anak supaya tidak masuk ke bilik, dapur,tandas mahupun membuka peti ais. Minta izin daripada tuan rumah terlebih dahulu.
6. Jaga pandangan mata, mulut dan telinga sebagai tetamu. Elakkan memberi kritikan apa juga yang berada di dalam rumah tak kiralah dekorasi rumah, makanan yang disediakan, layanan tuan rumah dan sebagainya.
7. Tidak duduk dan singgah terlalu lama sehingga boleh menggangu keselesaan tuan rumah. Sebaiknya elakkan ziarah dan balik pada waktu awal pagi atau tengah malam.
8. Akhir sekali, sunat bagi tetamu untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan tuan rumah.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang ingin datang rumah beraya ke rumah orang nanti. Jadilah tetamu yang penuh beradab dalam memberi keselesaan buat tuan rumah.
Hapus lipas guna minyak masak terpakai? Bagi yang tak pernah mempraktikkan kaedah ini boleh cuba terutama jika kediaman ada masalah lipas yang banyak.
Jika sebelum ini minyak masak terpakai kita jual kembali atau pun dibuang, cuba gunakan untuk membuat perangkap lipas.
Caranya dikongsi oleh Melizah21 dalam akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.
1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.
Selain menggunakan minyak masak terpakai, boleh juga gunakan rempah ratus untuk menghapuskan masalah lipas terutama sekali bila haiwan ini bersarang dalam kabinet atau almari.
Caranya, masukkan rempah 4 sekawan dalam mesh net kemudian ikat bunjut. Buat beberapa bunjut dan lebih elok lebihkan cengkih dan buah pelaga. Kemudian boleh letak bunjut rempah ini dalam kabinet dapur.
Aroma rempah ini tidak disukai oleh lipas jadi ia akan menjauhi kawasan ini.
Karpet kotor biasanya kita akan hantar ke dobi untuk membersihkannya. Adakala boleh habis beratus-ratus ringgit untuk tujuan ini.
Tapi kalau mahu melakukan penjimatan kita juga boleh cuci sendiri karpet yang kotor ini. Tak perlu alat khas sebaliknya hanya menggunakan mop dan sabun saja.
Kaedah ini juga mudah kerana tak perlu habiskan tenaga untuk angkat dan jemur.
Caranya dikongsi oleh Isjue Ishak yang mempraktikkan kaedah ini sebulan sekali sejak dua tahun lalu lagi untuk membersihkan karpet.
Air panas
Sabun serbuk
Sedikit Clorox (boleh guna yang pewarna juga)
2. Tuang semua bahan dalam baldi, kacau untuk ratakan semua bahan.
3. Masukkan mop dalam baldi berisi air tadi dan perah.
4. Kemudian bolehlah mop seluruh karpet.
5. Selepas siap biarkan karpet di bawah kipas untuk dikeringkan.
6. Nanti boleh nampak air dalam baldi bertukar warna akibat kotoran daripada karpet.
INFO: Jangan risau penggunaan Clorox tidak akan menyebabkan karpet luntur warna.
INFO: Sekiranya tiada vakum boleh jugakan penyapu untuk bersihkannya dulu.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!