Gaya Hidup

Pantas, Mudah & Berbaloi, Urusan Pindah Barang Rumah Tak Lagi Menyusahkan

Share

Memang seronok apabila mendapat kunci rumah dan boleh berpindah masuk ke rumah baru. Namun, sebelum nak masuk ke rumah baru, kena rancang dengan teliti dan ambil tahu keperluan yang penting dahulu. Ini kerana urusan pindah barang rumah boleh menjadi perkara yang cukup merenyahkan bagi kebanyakan pemilik kediaman.

Ikut panduan senarai semak ini supaya urusan pindah barang rumah menjadi lebih sistematik, efisien, pantas, mudah dan berbaloi. Lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali pengalaman berpindah rumah, jadi tak lah serabut dan pening kepala nanti dibuatnya.

1. Kemas Bilik Jarang Guna Dahulu
Mulakan dengan bilik yang jarang digunakan dahulu seperti stor. Tugas mengemas perlu dimulakan dari bilik yang jarang digunakan kerana kerja mengemas dan mengasingkan barang-barang jadi lebih mudah.

2. Jual Barang Lama
Perabot, perkakas, pakaian dan barang-barang rumah yang masih elok dan lama tidak dipakai, lebih baik dijual. Duit yang diperolehi boleh digunakan untuk keperluan urusan pindah rumah, selain dapat meminimumkan jumlah barang-barang yang perlu dibawa ke rumah baru.

3. Kumpul Kotak & Beli Pita Pelekat
Beberapa minggu sebelum merancang untuk berpindah boleh mulakan ‘operasi’ mengumpul kotak-kotak terpakai. Boleh minta daripada kedai-kedai runcit atau pasar raya sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda dan jangan lupa beli sekali pita pelekat serta pembalut plastik.

4. Label Kotak
Labelkan setiap kotak mengikut bahagian rumah dan kategori. Sebagai contoh, DAPUR- Pinggan Mangkuk, BILIK TIDUR- Set Cadar. Ini bagi menyenangkan pekerja syarikat lori memunggah barang ke tempat yang sepatutnya. Di samping itu juga, memudahkan anda memilih kotak mana yang mana perlu dibuka.

5. Tip Asas Mudah Kemas Barang:

  • Boleh gunakan beg tarik untuk barang berat seperti buku-buku, majalah dan sebagainya.

  • Guna cadar lama untuk balut tilam bagi mengelakkan tilam kotor kena habuk atau kotoran sewaktu berpindah.
  • Untuk kotak-kotak, susun barang berat di bawah dan barang ringan di atas.

  • Gunakan ‘zipped lock bag’ untuk barangan kecil seperti skru,pin dan paku. Kemudian, masukkan barang-barang kecil ini di dalam kotak khas supaya mudah dicari dan tak mudah hilang.
  • Tak perlu bekas khas untuk menyimpan segala rempah ratus, botol perasa, tepung dan lain-lain. Gunakan periuk stainless steel yang ada di rumah dan simpan di dalamnya. Lebih jimat ruang.
  • Bagi botol sabun, minyak, syampu dan sebagainya pula, balut dengan plastik. Jika cecair dalam botol tertumpah, ia tidak akan menjejaskan barang lain dan lebih mudah diuruskan.

  • Selain guna surat khabar, digalakkan membalut barang kaca dengan menggunakan fabrik seperti baju atau tuala anda sendiri. Bukan sekadar lebih jimat ruang, malah selamat mengurangkan risiko barang pecah.
  • Kalau ada baju yang jenis memang dah siap bergantung, tak perlu lipat satu persatu. Hanya ambil satu plastik besar seperti plastik sampah. Sarungkan sahaja. Jimat masa mengemas di rumah baru nanti.

  • Balut laci almari dengan pembalut plastik dapat mencepatkan proses mengemas dan membungkus. Jadi tak perlulah anda kemas barang dalam laci tersebut atau biar laci kosong sahaja.

6. Nyahbeku (‘Defrost’) Peti Sejuk
Nyahbeku (‘Defrost’) peti sejuk sehari sebelum berpindah dan cuci keseluruhan peti sejuk. Pastikan peti sejuk kosong, dibalut rapi dengan plastik bagi mengelakkan ia kemek atau tercalar sebelum dibawa ke rumah baru. Setelah sampai pastikan plug peti sejuk tidak terus dibuka sekurang-kurangnya 12 jam, bagi mengelakkannya rosak.

7. Asingkan Barangan Berharga
Asingkan barangan berharga seperti laptop, ipad, barang kemas, jongkong emas, wang tunai dan sebagainya, kendalikan sendiri masa hari perpindahan. Sementara orang tengah sibuk dan ramai di dalam rumah membantu proses perpindahan anda, sorok dulu barang berharga di tempat yang memang tak akan ada orang luar masuk.

8. Sediakan Keperluan ‘Barang-Barang Hari Pertama’
Selepas berpindah, anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak yang menimbun pada hari pertama. Jadi seeloknya sediakan siap-siap “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan bagi memudahkan urusan nanti. Seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain.

9. Minta Kebenaran Pengurusan Kediaman
Sebelum berpindah, pastikan telah meminta kebenaran daripada pihak pengurusan kediaman untuk tujuan ini. Pastikan kenderaan yang digunakan untuk berpindah mendapat kebenaran masuk di tempat pengambilan dan penghantaran barangan, terutamanya jika tinggal di kondominium atau apartmen.

10. Cari Syarikat Pindah Barang Ikut Keperluan


Ini yang paling penting. Cari syarikat yang boleh menawarkan servis pengangkutan pindah barang rumah mengikut ‘KEPERLUAN’ anda, supaya tidak berlaku pembaziran dan lebih jimat.

Sebagai contoh, jika anda seorang bujang atau baru berkahwin, mempunyai barangan rumah yang sedikit, menggunakan van, kereta pacuan 4 roda 4×4 atau lori bersaiz kecil sudah memadai. Sebaliknya, jika anda mempunyai keluarga besar dan barangan rumah juga banyak, pilih lori yang bersaiz besar lebih sesuai dan mencukupi.

Lalamove antara syarikat pengangkutan pindah barang rumah yang boleh dipertimbangkan kerana mempunyai banyak pilihan kenderaan mengikut keperluan pemilik kediaman. Ia pantas, mudah dengan harga yang cukup berpatutan. Malah menjimatkan masa, selesa digunakan tanpa sebarang kontrak atau komitmen tambahan serta tanpa caj tersembunyi.

Hanya perlu download aplikasi Lalamove dan boleh buat tempahan pindah barang rumah sekarang di SINI .

Kesimpulannya, urusan pindah barang rumah tak lagi menyusahkan buat pemilik kediaman jika ikut panduan senarai semak yang dikongsikan ini. Selamat berpindah ke rumah baru!

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab