Pantau Kerja Renovasi TANDAS, Elak Lantai Mudah Bocor, Air Bertakung & Dinding Berkulat! Bilik air atau tandas antara ruang yang sering digunakan pada kediaman setiap hari. Jadi sangatlah penting untuk mempunyai bilik air yang bersih, selesa dan selamat digunakan.
Bagi pemilik kediaman yang sedang merancang untuk melakukan renovasi pada bahagian tandas, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian penting, supaya tidak menyesal di kemudian hari. Antara masalah besar yang sering berlaku pada tandas ialah, lantai bocor, air bertakung dan dinding berkulat.
Bukan apa, melakukan pengubahsuaian pada tandas atau bilik air di rumah memang memerlukan kos yang besar. Jadi buat sehabis baik dari awal proses renovasi, daripada perlu membayar sebarang kos yang boleh dielakkan nanti. Jimat duit!
Perkongsian daripada Ruangteduh.house ini boleh dijadikan panduan.
Ni 4 benda penting yang ramai tak tahu waktu renovate tandas;
1. Gunakan Waterproofing Berkualiti Tinggi!
➡ Jangan jimat waterproofing! Pilih jenis 2-layer coating & pastikan kontraktor buat waterproofing naik ke dinding sekurang-kurangnya 1 kaki. Kalau bocor, kos repair mahal!
Ads
2. Pastikan Cerun Lantai Ke Arah Floor Trap!
➡ Lantai mesti ada slope ke arah lubang air, bukan rata! Kalau tak, air bertakung & jadi tempat bakteria membiak. Kontraktor malas selalu buat rata!
3. Guna Grout Anti-Kulat & Sealant Berkualiti!
➡ Bukan semua grout sama! Pilih grout epoxy yang kalis air & senang bersihkan. Seal semua sudut dengan silicone sealant anti-mold supaya tak jadi hitam & berkulat!
Ads
4. Jangan Pilih Jubin Licin & Terlalu Besar!
➡ Jubin besar susah nak buat cerun yang betul, & jubin licin bahaya – mudah tergelincir! Pilih jubin matte / anti-slip untuk lebih selamat.
Semoga Bermanfaat!
Ads
IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang ada perancangan untuk renovasi bilik air di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini supaya tak menyesal nanti. Barulah keadaan bilik air elok, tak mudah bocor, berkulat, air bertakung atau licin.
Kewajiban beribadah adalah tanggungjawab setiap muslim. Salah satu perkara wajib yang ditetapkan agama ialah Solat lima waktu. Benar, seorang muslim boleh menunaikan solat dimana mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih dari sebarang najis dan selesa tetapi sudah tentunya kita mahukan yang terbaik kerana pada waktu itulah kita akan bertemu dan berbicara dengan Sang Pencipta.
Rumah sebenarnya melambangkan keperibadian pemiliknya, jadi dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan kita pada perintah agama. Fasiliti surau di rumah bukan sahaja memudahkan kita beribadah malahan para tetamu juga tidak perlu bersusah payah singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat ketika datang menziarah.
Rekaan surau kecil dirumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah malahan boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat perkumpulan ahli keluarga untuk memenuhi keinginan rohani mereka.
Antara tips rekaan surau untuk kediaman anda :
Pastikan lokasi surau strategik dan nyaman serta memudahkan penggunanya.
Saiz surau sebaiknya mengikut bilangan penghuni rumah supaya semua orang selesa melakukan ibadah .
Rekaan berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.
Elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat.
Pilih warna yang menenangkan dan menyejukkan mata seperti warna hijau, biru dan putih.
Surau perlu mempunyai pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya.
Selain itu, anda juga boleh menambah rak untuk meletak buku-buku keagamaan atau Al-Quran.
Ditambah pula aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.
Paling penting, letakkan lah tempat mengambil wuduk berhampiran dengan surau yang dibina.
Semoga niat yang baik akan mendatangkan hasil yang baik juga. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Membeli rumah adalah satu pencapaian besar dalam kehidupan seseorang, namun ia juga disertai dengan tanggungjawab yang signifikan.
Selepas melengkapkan proses pembelian, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil untuk memastikan peralihan ke rumah baru berjalan lancar dan selesa.
Langkah-langkah ini bukan sahaja melibatkan urusan logistik dan pentadbiran, tetapi juga penyediaan fizikal dan mental untuk memulakan hidup di persekitaran yang baru.
Dengan perancangan yang rapi dan perhatian terhadap butiran penting, anda boleh memastikan rumah baru anda menjadi tempat tinggal yang selamat, selesa dan menyenangkan.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
Pindahkan Bil dan Utiliti:
Hubungi penyedia perkhidmatan utiliti seperti elektrik, air, gas dan internet untuk memindahkan akaun ke nama anda. Pastikan perkhidmatan ini sedia ada pada hari anda berpindah masuk.
Ubah Alamat Surat Menyurat:
Kemas kini alamat anda di bank, tempat kerja, insurans dan mana-mana organisasi lain yang menghantar surat kepada anda. Jangan lupa untuk mengemaskini alamat pada dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan lesen memandu.
Periksa dan Baiki Rumah:
Lakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas rumah untuk mengenal pasti sebarang kerosakan atau masalah yang perlu diperbaiki. Ini termasuk memeriksa sistem paip, elektrik, atap dan peralatan yang disertakan dengan rumah.
Beli Perlindungan Insurans:
Pastikan anda mempunyai insurans rumah yang mencukupi. Ini penting untuk melindungi pelaburan anda daripada sebarang kerosakan atau bencana yang tidak dijangka.
Ubah Suai dan Dekorasi:
Rancang sebarang ubah suai atau hiasan dalaman yang anda ingin lakukan sebelum berpindah masuk. Ini mungkin termasuk mengecat, memasang perabot baru atau memperbaiki mana yang patut.
Kenali Kawasan Sekitar:
Luangkan masa untuk mengenali kawasan kejiranan anda. Cari tahu tentang kemudahan berhampiran seperti kedai, sekolah, hospital dan pusat rekreasi.
Berkenalan dengan Jiran:
Berkenalan dengan jiran anda boleh membantu anda merasa lebih selesa dan selamat di rumah baru anda. Mereka juga boleh memberikan maklumat berharga tentang kawasan tersebut.
Sediakan Sistem Keselamatan:
Pertimbangkan untuk memasang sistem keselamatan rumah seperti penggera, kamera CCTV atau kunci pintu yang lebih baik untuk meningkatkan keselamatan rumah anda.
Semak dan Kemas Kini Dokumen Penting:
Pastikan semua dokumen yang berkaitan dengan pembelian rumah seperti perjanjian jual beli, dokumen pinjaman dan polisi insurans disimpan dengan selamat dan mudah diakses.
Rancang Perpindahan:
Atur logistik perpindahan termasuk menyewa trak pindah, mengemas barang dan mengatur bantuan jika perlu. Buat senarai semak untuk memastikan anda tidak terlupa apa-apa.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh memastikan bahawa peralihan ke rumah baru anda berjalan dengan lancar dan tanpa tekanan yang tidak perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila pakaian seperti baju dan seluar yang berwarna sudah diguna pakai dalam satu jangka tempoh masa yang lama, sudah pasti warna pada fabrik pakaian anda sudah kian menjadi pudar dan lusuh.
Meski warna pada fabrik tersebut telah menjadi pudar dan tidak lagi seperti asal, adakalanya pakaian ini masih berada dalam keadaan baik dan masih lagi boleh diguna pakai.
KIni, ada satu rahsia dan kaedah yang boleh anda lakukan bagi mengembalikan warna pada fabrik pakaian anda yang sudah lusuh kembali berseri seperti baharu.
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah hanya mencuci pakaian tersebut dengan sabun pencuci ‘ajaib’ keluaran jenama Perwoll Renew ini.
Sabun pencuci ‘ajaib’ ini dipercayai berkesan untuk mengembalikan fabrik pakaian yang sudah lusuh dan pudar kembali berseri dengan hanya satu cucian sahaja.
Jika anda mahu mendapatkan serbuk pencuci ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.