Pantau Kerja Renovasi TANDAS, Elak Lantai Mudah Bocor, Air Bertakung & Dinding Berkulat! Bilik air atau tandas antara ruang yang sering digunakan pada kediaman setiap hari. Jadi sangatlah penting untuk mempunyai bilik air yang bersih, selesa dan selamat digunakan.
Bagi pemilik kediaman yang sedang merancang untuk melakukan renovasi pada bahagian tandas, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian penting, supaya tidak menyesal di kemudian hari. Antara masalah besar yang sering berlaku pada tandas ialah, lantai bocor, air bertakung dan dinding berkulat.
Bukan apa, melakukan pengubahsuaian pada tandas atau bilik air di rumah memang memerlukan kos yang besar. Jadi buat sehabis baik dari awal proses renovasi, daripada perlu membayar sebarang kos yang boleh dielakkan nanti. Jimat duit!
Ni 4 benda penting yang ramai tak tahu waktu renovate tandas;
➡ Jangan jimat waterproofing! Pilih jenis 2-layer coating & pastikan kontraktor buat waterproofing naik ke dinding sekurang-kurangnya 1 kaki. Kalau bocor, kos repair mahal!
➡ Lantai mesti ada slope ke arah lubang air, bukan rata! Kalau tak, air bertakung & jadi tempat bakteria membiak. Kontraktor malas selalu buat rata!
➡ Bukan semua grout sama! Pilih grout epoxy yang kalis air & senang bersihkan. Seal semua sudut dengan silicone sealant anti-mold supaya tak jadi hitam & berkulat!
➡ Jubin besar susah nak buat cerun yang betul, & jubin licin bahaya – mudah tergelincir! Pilih jubin matte / anti-slip untuk lebih selamat.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang ada perancangan untuk renovasi bilik air di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini supaya tak menyesal nanti. Barulah keadaan bilik air elok, tak mudah bocor, berkulat, air bertakung atau licin.
Mesti Baca: 6 Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli & Pasang Paip Pancuran Bilik Air
Baca Lagi Di Sini: 6 Tip Ubahsuai BILIK AIR Nampak Menarik Walaupun Bajet Kecil
Artikel Menarik: Bilik Air Baru SYAMIMIA Siap Ubahsuai, Dekorasi Cantik Macam Hotel!
Sumber: Ruangteduh.house
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.