
Isi Kandungan
TogglePapan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
- Limau Nipis
- Baking Soda
- Cuka Epal
Langkah-langkahnya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
https://www.youtube.com/watch?v=jHqojMPHW4A
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Transformasi Apartmen Hambar Jadi Menarik Dengan Tip Pengubahsuaian ‘Simple’

Pasangan ini telah jatuh cinta pandang pertama kepapada apartmen ini kerana mereka sudah dapat bayangkan pelbagai idea menarik untuk mendekorasi kediaman yang bakal mereka sewa.
Keadaan asal apartmen yang kusam dan bosan tidak mengahalang pasangan dari Vietnam ini untuk terus bersetuju untuk menyewa dan mula mendekorasi rumah pertama bersama.
Dimulai dengan mengecat baru seluruh kediaman, ternyata ianya langkah yang bijak kerana dengan serta merta ruang kelihat lebih terang dan lapang. Dengan lantai kayu dan pencahayaan semula jadi dari luar, menjadikan apartmen 300 sqm ini lebih menarik.
Lihat perubahan drastik yang telah dilakukan pasangan ini terhadap rumah yang pada mulanya hambar, menjadi lebih cantik dnegan konsep yang lebih moden.
Sumber : afamily
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad

Kediaman yang cantik, selesa dan praktikal untuk didiami sudah tentu menjadi idaman bagi ramai individu. Tidak perlu terlalu mewah, cukup sekadar dapat menampung isi rumah dengan nyaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun kediaman yang hanya disewa, perkara tersebut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan elemen dekorasi dan nilai estetika ketika menghias. Malah, inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan konsep dan tema yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Baru-baru ini telah viral dekorasi rumah sewa yang begitu menarik untuk dikongsi. IMPIANA berpeluang menemuramah pemilik, Nur Diyana tentang idea dan inspirasinya menatarias setiap ruang yang tampil selesa dan menarik.
Q: Mengapa dekorasi di rumah dianggap penting?
D: Dekorasi rumah dianggap penting kerana setiap keluarga mengimpikan suasana persekitaran yang selesa untuk hidup bersama. Benarlah, rumahku,syurgaku. Namun, dekorasi di rumah sewa sebenarnya bergantung pada budi bicara dan kebenaran dari tuan rumah. Bagi saya, ini sangat penting bagi tidak menimbulkan apa apa masalah kelak. Ambil kira segala kerja pembaikan yang dilakukan bila mahu meninggalkan rumah kelak, jangan sesekali tinggalkan dinding yang berlubang, cat semula jika perlu dan tidak tinggalkan rumah yang kotor. Sentiasa pulangkan rumah dalam keadaan yang terbaik.
Q: Apakah konsep yang digunakan di rumah sewa?
D: Saya seorang yang fleksibel apabila melibatkan konsep. Kami sepakat memilih rona kelabu bagi penataan seluruh ruang dari ruang tamu,bilik tidur sehinggalah ke dapur. Namun,setiap ruang ditatarias dengan elemen dekorasi yang berbeza walaupun berkongsi warna yang sama. Misalnya, saya menggunakan peralatan kayu dan rotan serta beberapa warna neutral di bahagian bilik tidur utama. Ini adalah texture bagi mencipta konsep seakan Urban Boho. Penggunaan peralatan rustic di dapur pula membawa kepada tema rumah ladang (farmhouse). Kami sendiri masih melakukan eksperimen dalam pemilihan tema yang digemari sebagai persiapan untuk rumah sendiri nanti.
Q: Berapa lama masa yang diambil untuk persiapan rumah sewa?
D: Kami sudah mula mengumpul peralatan dekorasi selama setahun sebelum menyewa bersama. Persediaan untuk rumah sewa juga termasuk dalam persiapan perkahwinan. Kami percaya – beli sedikit sedikit dahulu jadi tidaklah bajet dikeluarkan dalam kadar besar sekaligus dalam satu masa.
Q: Anggaran bajet?
D: Saya dikenali oleh rakan rakan di media sosial kerana perkongsian ‘’dekorasi bajet’’. Alatan deko yang dibeli hampir kesemuanya di dapati di jualan perabot terpakai atau di beli semasa jualan penghabisan stok. Sejulah bajet yang dikeluarkan hanya pada pembelian cat dan perabot besar. Yang lainnya saya dapatkan dengan harga serendah RM 1.00 – Bila balik ke rumah saya akan lakukan kerja kerja DIY sendiri bagi membaik pulih peralatan dan menjadikan ianya sebagai alat dekor di rumah.
Q : Pesanan kepada semua yang mungkin masih berfikir untuk dekorasi rumah sewa?
D: Dalam masa sekarang, sudah ramai rakan rakan dalam group dekorasi di Facebook yang berkongsi tentang tatarias rumah sewa mereka. Saya juga rasa teruja dengan hasil kerja mereka. Antara tips yang boleh diamalkan adalah pastikan perabot yang dibeli praktikal untuk di bawa berpindah kelak, terhadkan perabot yang menjadi keperluan sahaja dan berbelanjalah dengan bijak. Untuk pulangan modal, barang barang yang sudah tidak dipakai selama tiga bulan berturut turut bolehlah dijual semula atau disedekahkan. Rumah sewa yang lapang tanpa barang yang banyak pasti memudahkan urusan untuk berpindah kelak. Jaga rumah sewa seperti rumah sendiri. InsyaAllah tiada siapa yang akan rugi.
Puan Diyana juga ada berkongsi hasil dekorasi kediaman sewa yang didekor beliau. Jom kita cuci mata!
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
BILIK TIDUR
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur Basah Konsep Raw Industri Gaya Industri Dalaman Paling Jujur

Pasti ramai yang masih menyukai dengan konsep industri ini. Konsep ini seakan gaya yang tidak siap, tetapi ia memberi satu elemen seni dalam elemen dekor pengemar konsep industri ini. Gaya perindustrian minimalis dan kasar dalam rekabentuk dalaman menjadi semakin relevan untuk kediaman dan juga premis perniagaan. Pembuatan dan fungsi telah mengambil kedudukan dominan dalam seni bina. Gaya industri dalaman mungkin yang paling jujur. Tunjukkan semua yang tersembunyi adalah elemen utama gaya ini.
IMPIANA tertarik dengan pemilik akaun Facebook Zuryat Abadi yang berkongsi kisah sebalik pembikinan dapur basah yang dihasilkannya dalam konsep industrial. Mari ikuti perkongsian dari pemilik ini.
Mula buat awal PKP hari tu. Semalam siap. Haaaaaa. Senang hati.
Mana yang minat. Minatlah. Konsepnya kasar. Berterabur. Tapi menarik. Warna asli simen,besi,bata. Tambah aksesori yang rencam. Warna pon ikut suka. Tetap nampak menawan. Kos. Keras juga la sebab orang tu beli sinki dan water tap saja 1k lebih. Lain2 barang banyak beli kat Ikea sebelum PKP.Kalau rajin buat sendiri. Pasti jadi. Asah bakat dan akal. Selebihnya kena ada alatan sesuai terutama mesin pengimpal. Saya pon x pandai mengimpal. X pernah mengimpal. Selalu pekerja saya yang buat kerja mengimpal. Tapi dengan MIG. Insha Allah boleh. Belajar dari google,youtube,group TAHi. Selebihnya ialah daya kreativiti dan kemahiran yang sedia ada.
Dapur ni dapur tambahan. Sebab dapur utama tu x selesa nak guna. Banyak yang x kena. Ialah. Tukang sebelum ni x dapat realisasikan kehendak orang tu. Sedikit perkongsian bersama. Akhirnya.
Ruang kecil sahaja. Keluasan cuma lebih kurang 10’x8′. Mudah kata orang dapur. Duduk membawang kat counter bar. Pusing belakang capai sudip,water tap. Kalau ruang sedikit lebih besar boleh masukkan oven sekali kat ruangan ni.
Kosnya? Untuk bahan dan aksesori sahaja 7.5k. Agak mahal untuk berDIY. Ialah. Beli bahan dan aksesori mahal.
Masa membinanya hampir 20 hari berseorangan. Termasuk hari cuti mata bengkak dan kulit melepuh dek bahana MIG.
So please use proper equipment and tool. Jangan degil.Mesin ABC manual dan lampu pump x dapat letak lagi sebab PKP xleh rentas daerah balik kampung nak ambik.
Ada orang tu sampai pukul 2am still kat dapur. Punyalah feeling.
Layannnnnnn.
Banyak juga cabarannya tetapi hasil dapur basah ini cukup memukau.
Kredit: Zuryat Abadi
https://m.facebook.com/groups/tukangapahariini/permalink/525767281897216/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI