Papan Pemotong Bersih Seperti Baru Dengan 3 Bahan Ini

Share

Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.

Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…

Anda hanya perlukan 3 bahan ini :

  1. Limau Nipis
  2. Baking Soda
  3. Cuka Epal

Langkah-langkahnya :

1)  Potong limau nipis kepada dua bahagian

2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.

3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.

4) Biarkan selama 10 minit.

5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.

6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.

7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.

8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.

 

Published by
Amalina