Para Suami Semua! Ikutilah Tips Ini Jikalau Mahu Isteri Anda Gembira

Share

Para suami sekalian, anda mesti cintakan isteri anda bukan? Jadi, anda jugalah mesti berusaha untuk memikir apa yang patut untuk anda buat supaya isteri anda gembira. Tidak ada idea? Haaa mari sini saya bagi idea. Apa kata, anda mengubah suai dapur di rumah anda itu. Dapur kan tempat kegemaran para isteri dan kadang-kadang itu, itu jugalah tempat mereka meng-release-kan stress mereka. Jadi, apa tunggu lagi, mari saya cadangkan apa yang patut anda, para suami, mengubah suai dapur di rumah anda.

DAPUR HIJAU.

Baiklah, dapur hijau ini, ia memberi energi yang positif dan dapat menenangkan diri kita. Dekorasi kehijauan atau mengecat dapur dengan warna hijau, dapat membantu mata kita segar. Cuba bayangkan, isteri anda balik penat dari kerja ke, dan bila dia tengok dapur je, fuhh. Auto fresh mata dan happy.

DIY BACKSPLASH

Diy backsplash ini, telah menjadi tarikan utama hiasan di dapur kita, lagi-lagi bila dapur kita warna putih. Kenapa backsplash? Sebab backsplash ini dapat mengubah penampilan dapur anda dari biasa ke luar biasa. Tapi lebih baik panggil pakar yang buatkan melainkan anda memang handal, boleh lerr buat sendiri.

Dan yang terakhirnya adalah,

RUANG DAPUR YANG BERDEKATAN DENGAN LAMAN.

Ok, ini adalah sebuah masterpiece atau cara yang paling efektif dan gempak. Cuba bayangkan, dapur anda, dekat dengan laman yang penuh hijau-hijau itu? Takkan ia sesuatu seperti fantasi? Kayangan? Isteri anda pun merasakan seronok juga bila dia memasak, dia boleh lihat anda bermain bersama-sama dengan anak-anak anda. Itu pun boleh membuatkan senyum di muka seorang isteri. Tambahan lagi, dapur yang didekorasi berdekatan dengan laman ini dapat menambahkan lagi suasana nyaman dan segar.

Jadi para suami sekalian, amacam? Setuju dan seronok ke bila dapat idea macam ini? Bila lagi kan nak bahagiakan isteri kalian. Selagi ada masa bersama, apa salahnya kan sekali sekala bagi something yang isteri bangga dengan perbuatan anda sendiri. Iyer dok? Haa apa-apa pun, semoga berjaya!

Sumber: hias.my (https://hias.my/hiasan-dalaman-dapur/)

Published by
Yasin