(PART 1) 20 Trik Ubat Gigi Rugi Kalau Tak Cuba

Share

Selain untuk tujuan membersihkan gigi anda, ubat gigi juga mempunyai kegunaan lain yang jarang dipraktikkan. Berikut, 20 penyelesaian mudah dan cepat hanya dengan menggunakan ubat gigi:

1. Mengilatkan kuku
Gosokkan ubat gigi pada permukaan kuku anda dengan menggunakan kain kapas selama 1-2 minit dan bilas dengan air bersih. Kuku anda bukan sekadar kilat, tetapi berbau segar.

2. Mengilatkan barang perak
Barang perak sama ada sebagai aksesori diri mahupun perhiasan di rumah akan mula pudar. Ini kerana tindak balas bahan terhadap iklim persekitarannya. Untuk mengembalikan kilauan pada barang perak anda, gosokkan  ubat gigi dengan menggunakan kain yang dibasahkan sedikit sehingga mencapai keputusan yang anda inginkan,. Bilas barang tersebut dan lap dengan kain kapas sehingga ia betul-betul kering sebelum digunakan semula.

3. Mengilatkan lampu kereta
Kereta bila dah mencapai usia lebih 5 tahun, penutup lampu pun akan mula kusam disebabkan terdedah kepada cahaya matahari kerap. Ada yang mengambil keputusan untuk hantar ke tempat mencuci kereta untuk tujuan dikilat. Kalau dah sepasang lampu tu harganya paling murah pun RM 40. Sebenarnya, hanya dengan modal tidak lebih RM 10, anda boleh kilatkan semula lampu kereta anda dengan menggunakan ubat gigi. Lakukan kaedah seperti anda mengilatkan barang perak. Ulang beberapa kali untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

 4. Mengilatkan kekunci piano
Kekunci piano apabila kerap digunakan mesti ada kesan kuning-kuning tue kan? Nak hilangkannya, anda hanya perlu guna ubat gigi dan gosokkan pada permukaan kekunci piano. Kemudian bilas bersama kain bersih yang telah dibasahkan dengan air suam.


5. Mengilatkan kasut kulit
Esok ada temuduga, kasut kulit masih tidak dikilatkan. Cari pengilat kasut pulak dah habis. Dah larut malam ni semua kedai dah tutup. Penyelesaiannya adalah gunakan ubat gigi. Gosok ubat gigi dengan menggunakan berus gigi lembut. Selesai mengosok, lap kasut dengan menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan air suam untuk hasil super kilat.



6.
Googles renang berkabus
Elak dari googles anda berkabus. Kaedaan ini pasti mengganggu pemandangan anda ketika menikmati pemandangan di dasar laut. Mengatasi masalah ini, cuci cermin googles anda dengan menggunakan ubat gigi. Hasil cucian, satu lapisan film bakal terbentuk dan mengelak dari cermin googles anda kusam. Ia sama seperti hasil anda mengosok gigi, satu lapisan akan mencegah kehadiran cavity.

7. Hilangkan water spot
Kebiasaanya permukaan meja mesti mengalami masalah ini terutamanya yang terdedah kepada cuaca luar. Ia merupakan tindak balas air membentuk lapisan kapur. Macam-macam kaedah telah dilakukan untuk membersihkannya. Penyelesaian paling mudah, gunakan ubat gigi seperti mana anda letakkan pada barang perak untuk tujuan mengilat.

8. Hilang kesan dakwat pada baju
Tiada siapa sukakan kesan dakwat pada baju. Silap-silap baju tersebut terus tidak digunakan lagi. Perkara ini kerap berlaku kepada lelaki yang suka letak pen pada poket hadapan kemeja dan ia amat sukar di tanggalkan. Cara mudah untuk menanggalkan kesan dakwat tersebut adalah dengan membasahkan sedikit bahagian yang terkena dakwat dan letakkan ubat gigi pada bahagian tersebut. Biarkan beberapa ketika sehingga ia mengering. Jika perlu, biarkan semalaman pun tak menjadi masalah. Dah kering, basuh macam biasa sahaja. Tapi kaedah ini hanya sesuai pada pakaian yang baru terkena dakwat. Kalau yang dah lama-lama tue susah sikit.

9. Tanggalkan kesan pewarna rambut
Bersihkan tuala yang anda gunakan dari kesan pewarna rambut seperti mana dilakukan untuk tujuan menghilangkan kesan dakwat pada baju.

10. Melegakan kesan gigitan nyamuk
Untuk mengurangkan kesan iritasi pada bahagian yang digigit nyamuk, sapukan sedikit ubat gigi pada benjolan tersebut dan biarkan sehingga lega.

Untuk trik 11 hingga 20 klik sini 

 

Published by
Impiana