Sampah, bukan sahaja kuantiti yang dibuang saban hari menjadi isu. Malah sikap orang yang membuang juga menjadi masalah utama. Sudah disediakan beaks yang sepatutnya dibuang, ada juga tangan-tangan yang berat meletakkan sampah diluar bekas yang tersedia. Tak kurang juga yang membuat atau mencipta tempat pembuangan samaph haram demi kepentingan diri. Hal ini berlaku di mana-mana kawasan perumahan.
Kesal atas perkar tersebut, Majlsi Perbandaran Taiping mengambil langkah drastik dengan memasang CCTV di kawasan pembuangan sampah bagi mengenalpasti mereka yang tidak bertanggung jawab.
Melalui rakaman CCTV, MPT telah berjaya merakam kegiatan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di luar tong sampah dan secara haram di kedua-dua lokasi berkenaan. Rakaman CCTV itu turut berjaya merekodkan nombor pendaftaran pemilik kenderaan yang dikesan membuang sampah di kawasan berkenaan. Menerusi rakaman CCTV itu, MPT akan membuat semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenalpasti pemilik kenderaan.
Sepanjang projek rintis ini dilaksanakan pada bulan Disember 2020, sebanyak 67 tawaran kompaun dikeluarkan berjumlah RM 16,750.00 dan pada Januari 2021, 18 tawaran kompaun dikeluarkan berjumlah RM 4,500.00. Penurunan pengeluaran kompaun dari bulan Disember 2020 hingga Januari 2021 menunjukkan kaedah CCTV berkesan untuk menangani longgokan sampah haram.
Mana-mana pihak yang membuang sampah haram akan diambil tindakan undang-undang di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (Majlis Perbandaran Taiping) 1984 (Pk.P.U.18). Tawaran kompaun tidak lebih daripada RM 250.00 akan dikeluarkan dan sekiranya di sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih satu (1) tahun atau kedua-duanya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI