Dekorasi

Pasang PVC Fence Edge Supaya Rumah Lebih Privasi, Jimat Bajet Berbaloi!

Share

Pasang PVC Fence Edge Supaya Rumah Lebih Privasi, Jimat Bajet Berbaloi! Bagi rumah taman yang mempunyai jejaring pagar hijau seperti ini, jika nak buat kerja-kerja di luar rumah seperti membersihkan halaman, mencuci kereta, berkebun dan sebagai juga jadi kurang selesa. Bukan apa kawasan agak terbuka dan kurang privasi, memang nampak terus rumah jiran yang berhampiran.

Jika tiada bajet yang besar, sebenarnya boleh pasang PVC Fence Edge

pada jejaring pagar hijau ini untuk rumah lebih privasi. Boleh beli di kedai hardware, atau di shopee pun ada.Lebih jimat berbaloi berbanding tukar pagar baru yang bertutup.

Menerusi perkongsian di Grup Tukang Apa Hari Ini, wanita ini kongsikan hasil selepas memasang PVC Fence Edge ini. Memang lebih privasi dan nampak kemas.

Berikut perkongsian tersebut;

Pernah ternampak geng T.A.H.I pos pasal fence edge ni. Gigih scroll bace komen, akhirnya dapat.Terima kasih pada yang share idea.JASAMU DIKENANG

Sebelum…memang nampak terus rumah jiran.

Privacy sikit, ada lebih pulak PVC ni, try anyam ketupat.

Saya beli di shopee ambil saiz 50mmx200m

. Saya beli segulung RM58.70, 200 meter. Berbaloi-baloi.

Atas sekali tu saya lipat dan stapler, sebab tu saya lebih kan sikit semua bahagian hujung. Bila staple nampak kemas sikit. Bawah saya biarkan dan potong serong. Dia jadi terletak gitu.

200m settle. Kena tambah lagi nak settle kan sampai hujung.

Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Baca Lagi Di Sini:Trik Kilatkan Pagar Aluminium Yang Dah Nampak Kusam Hasilnya Kembali ‘Merelit’
Artikel Menarik:

DIY Pagar Daripada Cement Board, Jimat Banyak Banding Upah Tukang

IMPIANA: Menarik idea yang dikongsikan ini. Bolehlah pasang PVC Fence Edge ini pada jejaring pagar supaya rumah lebih privasi dan jimat bajet.

Sumber: Che Kiah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab