Pasang Sendiri Je “Thermofoil Insulation” Rumah Auto Jadi Kurang Panas. Sekarang ni, musim panas lit-lit. Takkan lah nak hidupkan “air-cond” 24 jam pula kan? Tapi, Oyeasaari Nordin ada cara untuk atasi masalah ni untuk jangka masa panjang.
Baca juga: Rumah Tetap Sejuk Dengan Kipas Tanpa Menggunakan Air-Cond!
Survey cara nak sejukkan rumah sebelum pasang Air-cond dan ventilation fan. Ini adalah langkah pertama yang perlu dilakukan, iaitu dengan meletakkan aluminium foil atau thermofoil insulation (ni beli kat shopee je Klik link ni https://invol.co/cl8x5bs).
Tapi memandangkan rumah ni rekaan lama, Bawa genting tak ada ruang untuk masukkan aluminium foil macam biasa. Tapi, Ada 3 cara sama ada bukak bumbung baru pasang aluminum foil, Hanya perlu bukak siling dan pasang aluminium foil bawah bumbung atau tampal sahaja aluminium foil pada siling. Tapi, semua cara ni tak sesuai.
Setelah sekian lama berfikir. Dapat idea untuk menggunakan PVC paip. Teknik nya sama macma nak jolok buah mangga. jolok sampai kena papan manis, kemudian stapler. Tugas-tugas memasang aluminum foil ni perlu dilakukan di pagi hari. Kalau dah menggi matahari baru nak buat, mau berkicap.
Ini hasilnye selepas pasang aluminium foil. Sebelum pasang, suhu semasa dalam ruang adalah 40 darjah salsium. selepas pasang Aluminium foil 36.2 je
Pasang Sendiri Je “Thermofoil Insulation” Rumah Auto Jadi Kurang Panas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000
Jiran Suka “Block” Laluan Masuk Rumah, Boleh Di Denda RM 1000. Hidup berjiran di bandar sekarang, tak macma dekat kampung. Walaupun dinding rumah kau, dinding rumah aku jua, bile bertembung masing-masing buat-buat tak nampak je. Masing-masing buat hal masing-masing. Tapi, jika anda tidak mempunyai jiran yang bersifat begini, anda sangat bertuah.
Tapi, ada satu perkara yang memang kita sukar nak toleransi dengan jiran dah. Perkara tersebut adalah apabila jiran blok laluan kelaur masuk rumah. Berasap wooooooo!!!! Tapi relex dulu. Tak perlu bertegang leher. Buang tenaga je. kita guna saluran yang betul.
Syazwan Mohd Jafri yang juga merupakan peguamm hartanah berkongsi hak dan tidakkan yang boleh anda ambil jika jiran suka block laluan keluar masuk kediaman anda.
ADUHAI PENING DENGAN JIRAN ASYIK PARKING KERETA BLOCK PAGAR RUMAH! 😫😵
(Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya)
.
Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah). Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
Baca juga: Nak Bina Atau Ubah Suai Pagar Perlu Kebenaran Jiran, Ni Caranya
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
👉Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
👉Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.
JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH
👉Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.
.
INFO TAMBAHAN
🟢Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”
🟢If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.
.
KESIMPULAN
👉Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ingat Dan Ikut SOP Serta Garis Panduan Kalau Anda Nak Makan Di Luar
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini untuk memulakan semula ekonomi termasuklah bagi sektor makanan.
Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi.
1. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja
– Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter
– Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan Tetap
- Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
- Keperluan merekod kehadiran termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, serta suhu badan pekerja dan pelanggan, setiap hari
2. Kenderaan Saji (Food Truck) / Penjaja Beredar / Penjaja Tepi Jalan (Sementara)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasaskan alkohol
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap
- Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
- Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
- Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan di kawasan perniagaan pada satu-satu masa (tidak berkumpul dan bersesak-sesak)
3. Pasar awam berbumbung / Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Saringan kesihatan (suhu badan, simptom dan riwayat kontak dengan pesakit COVID 19) kepada semua pekerja warga tempatan dan asing yang memegang permit kerja (Pasar Borong)
Arahan tetap
- Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
- Waktu operasi mungkin berubah mengikut pasar (contoh: Pasar
- Borong Kuala Lumpur beroperasi 24 jam
- Disinfeksi bangunan setiap hari selepas operasi
- Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam pasar pada satu-satu masa
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Jarak antara meja/ gerai 2 meter
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap
- Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi
- Proses disinfeksi setiap kali selepas operasi
- Penggiliran Penjaja mengikut hari
Contoh
-Set 1 (Selasa-Khamis-Sabtu)
-Set 2 (Rabu-Khamis-Ahad)
5. Pasar raya mini / Kedai runcit / Kedai serbaneka
Waktu kehadiran pelanggan
8.00 pagi hingga 8.00 malam
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa
– Penggunaan penanda di lantai, terutamanya di kawasan sesak seperti di kaunter pembayaran, bagi memastikan jarak 1 meter
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Pembersihan secara kerap menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain lain)
Arahan tetap
- Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam premis pada satu-satu masa
- Kepentingan untuk pembersihan serta sanitasi berterusan yang kerap
- Semua pekerja diwajibkan untuk memakai Face Mask
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Rumah Pusaka Diberi Nafas Baru Sebagai Nostalgia Anak Cucu
Bermula dengan sekadar melawat kediaman lama yang dimamah waktu, waris pemilik kediaman yang dibina pada tahun 1966 ini mendapat ilham untuk memelihara kembali kediaman pusaka mereka. Apatah lagi bila mengenangkan sudah tidak banyak kediaman tradisi seumpama ini di serata tanah air. Jika tiada siapa yang membela nasib rumah tradisi seumpama ini, lenyaplah identiti seni bina Melayu secara amnya. Biar sudah banyak strukturnya reput dan hilang malah tangga untuk ke atas juga sudah tiada, namun lahir semangat dan tekad untuk menjadikan rumah lama ini sempurna kembali.
Ia bukan satu kerja mudah kerana kayu bukan material yang murah dan mereka yang pandai bertukang kediaman tradisi Melayu juga kini sudah boleh dibilang dengan jari sepuluh. Aznol Hadi dan sepupunya menganalisa ruang yang boleh diguna pakai serta ruang yang sememangnya perlu diubahsuai demi keselamatan dan keselesaan. Kediaman tradisi yang mempunyai keluasan sekitar 4000 kaki persegi ini diubah suai baik di bahagian dalam juga luarnya.
“ Kami melihat kediaman ini perlu dibela dan dibaik pulih. Ia bukan sahaja mempunyai banyak nostalgia malah inilah warisan untuk anak cucu kami. Melihat di mana asal usul dan ia juga kini merupakan destinasi sanak saudara berkumpul, menyatukan kami secara tidak langsung. Biasanya bila orang tua sudah tiada, ramai yang membuat hal masing-masing. Jadi dengan berkat sepakat kami semua, kediaman datuk berjaya ‘dihidupkan’ kembali dan dibaik pulih serta diberi sedikit pengubahsuaian,” ujar Aznol Hadi yang merupakan ketua bagi projek baik pulih ini.
PELAN LANTAI DAN STRUKTUR
Sebagaimana pelan lantai kediaman lama, rumah ibu dan rumah dapur mempunyai unit yang berasingan. Malangnya rumah dapur kediaman ini sudah tidak dapat diselamatkan lagi malah agak berbahaya kerana sudah tidak kukuh. Banyak struktur yang rosak dan hilang. Jadi rumah ibu diperkemaskan dari struktur lantai, bumbung nya dan rekaan jendela nya juga dinaik taraf. Hasnol memilih rekaan jendela lama yang mesra persekitaran. Struktur pangsi pada jendela, memberi kitaran udara agar nyaman sentiasa. Malah tangga kediaman ini juga dinaik taraf dengan membina tangga batu yang mempunyai pengaruh Melaka tetapi dalam sentuhan kontemporari.
Apa yang menarik, rona asal kediaman ini dikekalkan. Manakala bahagian jendela dicat putih bagi menyerlahkan struktur bukaan sebagaimana yang sering kita lihat di kediaman kolonial atau pun kediaman tradisi Scandinavian. Elemen seumpama inilah yang menjadikan kediaman lama ini lebih berseri malah cantik dihias laman yang penuh dengan bunga-bungaan berwarna-warni.
“ Sebagai pereka bentuk dalaman, adalah satu cabaran bagi saya untuk mereka bentuk kembali suasana dalaman agar tampil lebih kontemporari, selesa dan nyaman. Maklum sahajalah dalam kita memelihara yang lama, tidak salah kalau kita menyajikan sesuatu yang baru,” ujar Aznol Hadi.
Selalunya kediaman Melayu dibahagikan kepada dua. Untuk orang lelaki berkumpul dan wanita. Lebar pada bahagian utama kediaman ini memanjang sehingga lebih 50’ lebar dan bahagian hadapan dibahagikan ruang dalam 5’ menganjur ke tangga masuk. Malah di bahagian hadapan di sebelah kanan tangga masuk, kediaman Melayu merupakan tempat solat yang mempunyai keluasan dalam 5’ x 7 ’ juga dibaik pulih dan di dwi fungsi sebagai ruang santai untuk kaum lelaki apabila pulang ke desa. Apatah lagi kawasannya yang dikelilingi jendela dan nyaman sentiasa dihembus bayu.
Salah satu idea menarik Aznol adalah menempatkan panel berbusa bagi meminimakan bunyi hentakan kaki pada lantai kayu. Malah panel ini juga membataskan ruang foyer dan ruang solat agar lebih privasi.
Dari anak tangga utama kita akan ke bahagian kiri kediaman yang membawa terus ke ruang balas ufuk barat yang dijadikan ruang menonton. Manakala ruang utama rumah ibu dihias indah dengan panel berbusa menutup dinding papan kediaman ini. Di samping menyerap bunyi, ia juga mudah dibersihkan dan tampil kemas.
“ Di samping dinding, perabot lama ini juga saya baik pulih dan beri sentuhan segar. Misalnya kerusi di ruang tamu ini , busanya semua diberi sentuhan baru yang lebih kontemporari dan mudah untuk diselenggarakan. Di samping perabot lain dan gambar-gambar lama juga saya naikkan kembali sebagai pencuci mata agar memori lalu keluarga ini tetap segar . Malah anak cucu juga boleh mengenali generasi terdahulu. Bagi saya ini adalah salah satu cara kita mendidik jati diri generasi baru agar menyintai tradisi dan warisan,” ujar Aznol Hadi lagi.
Ruang makan yang dahulunya di belakang kini diletakkan di tengah rumah. Ia bukan sahaja memudahkan untuk menjamu tetamu yang bertandang. Biar pun rata-rata apabila pulang ke desa, seisi keluarga lebih selesa menikmati juadah desa di bahagian dapur yang kini diperluaskan demi keselesaan ramai.
Kini rumah pusaka ini didiami oleh anak bongsu keluarga ini iaitu Puan Maimunah Hj. Alias. Selaras dengan adat negeri Sembilan sudah menjadi tanggungjawab anak perempuan menjaga kediaman pusaka agar terus dijaga rapi . Tambahan pula di kediaman desa, halaman yang luas membenarkan beliau bercucuk tanam dan membina taman nya. Paling tidak, anak cucu kini sudah punya ‘kampung’ untuk dituju apabila hari-hari kebesaran dan lain-lain.
Ternyata gabungan sentuhan baru dan lama dalam sebuah kediaman tradisi ini bukan sahaja menyentuh perasaan, malah Aznol berharap agar menjadi inspirasi kepada pemilik kediaman lain agar jangan sewenang-wenangnya merobohkan kediaman tradisi kerana itu adalah khazanah warisan bangsa. Benar ia bukan mudah dan murah. Namun jika ada usaha bersama, nescaya akan ada jalan terbaik untuk mengekalkannya terus tegak berdiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI