Pasang “Skirting” Kabinet Dapur Macam Ni Je Mudah, Murah Dan Cantik. Sebelum ini impian pernah kongsi kan DIY langsir untuk bahagian counter top atau kabinet dapur yang masih belum berpintu menggunkan rod langsir. Kali ini, kita belajar pula DIY langsir kabinet dapur dari Syuki Cuki.
Buat masa sekarang,tak mampu lagi nak buat pintu kabinet. Hanya ada table top sahaja,kalau nak letak barang bawah table top tanpa ditutup memang akan nampak bersepah kan. Jadi, saya buat langsir untuk table top.
Baca Juga: Nak Selesa Buat Kerja Design Dapur Yang Praktikal, Bukan Sebab Cantik
Step untuk Langsir Table top:
1. Kena ukur dulu ketinggian dan panjang langsir mengikut keperluan table top. Jadi, ia memudahkan anda untuk membeli kain dan membuat langsir.
2. Tentukan metarial kain langsir. Kain boleh pilih nak jenis yang macam mana. Cth: kain jenis jersey,kain langsir blackout,kain cotton dan sebagainya. Bergantung pada minat masing-masibg. Kalau nak langsir yg jenis flowy/nampak beralun cari kain yang lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri lagi jimat
3. Barang seterusnya yang diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side,satu side kasar,satu lagi side lembut. Yg kasar kena gam/tampal terus pada table top. Yang lembut,jahit pada kain.Baca juga: Nak Bersihkan Kabinet Dapur, Ikut Cara Ni Baru Hilang Bau Kepam Dan Hapak
Mana nak dapatkan velcro tape? Boleh beli kt kedai-kedai alat jahitan,kedai barang pengantin,nagoya dan lain-lain. Saya beli di nagoya. Harga 1 meter Rm2.50. Beli ikut ukuran table top. Lagi satu tape ni ada banyak saiz, ada yg kecil dan ada yang besar. Pilih ikut kesesuaian, jangan kecik sangat. takut tak kuat nk tampal pada kain nanti.
4. Barang seterus nya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yang kasar tu pada table top. Ada orang guna double tape, tapi saya cadangkan sebaiknya guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Nanti, tak ada lah pakai sekejap,dah jatuh langsir tu. Gam ni boleh beli kt kedai hardware.
Nak beli skirting murah untuk kabinet dapur, boleh klik linik ni https://invol.co/cl94zr7. Ni online shope yang paling murah dan ramai beli
5. Selesai lekatkan bahagian tape velcro yang kasar, pastikan gam betul-betul kering. Tekan-tekan sikit dengan peralatan yang berat supaya tape tersebut betul-betul lekat.
6. Bila gam dah betul-betul kering, ambil kain langsir yang dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu padatable top.
Pasang “Skirting” Kabinet Dapur Macam Ni Je Mudah, Murah Dan Cantik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI