Bagi anda yang baru sahaja berpindah ke kediaman baharu khususnya, sudah pasti mempunyai pelbagai perancangan awal yang perlu dilakukan sebelum mendiami rumah tersebut misalnya pemasangan pintu besi untuk keselamatan dan macam-macam lagi.
Tetapi, tahukah anda sebagai pemilik kediaman, pemasangan ‘tinted’ pada pintu dan tingkap kaca rumah juga perlu dititikberatkan dan dilakukan segera bagi menjaga tahap keselamatan kediaman anda.
Namun begitu, tidak dinafikan pemasangan ‘tinted’ pada pintu dan tingkap kaca rumah ini sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Jadi oleh itu, sudah pastinya dengan kos perbelanjaan yang tinggi ini akan menjadi satu masalah kepada pemilik kediaman.
Jadi oleh itu, bagaimana caranya untuk menangani masalah tersebut? Jangan bimbang kerana untuk makluman anda sebenarnya ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya.
Ads
Sebenarnya, anda boleh sahaja untuk melakukan pemasangan ‘tinted’ pada pintu dan tingkap kaca rumah anda sendiri tanpa perlu berbelanja besar mengupah khidmat pakar dan sebagainya.
Cara pemasangan juga sangat mudah kerana kini terdapat banyak kelengkapan pemasangan ‘tinted’ yang dijual di pasaran luar dan di dalam talian. Malah, bukan itu sahaja, kelengkapan yang disediakan juga sangat memudahkan dan anda boleh melakukannya sendiri di rumah.
Ads
Jangan ada yang tidak tahu, pemasangan filem ‘tinted’ yang dijual di pasaran luar khususnya dalam talian harganya jauh lebih murah dan sudah tersedia dengan pelbagai saiz ukuran mengikut kesesuaian pintu dan tingkap kaca kediaman anda.
Jika anda mahu mendapatkan barang kelengkapan ini, anda boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara Jimat Bajet Deko Dinding Ala ‘Fluted Wall’ Guna ‘Wiring Casing’ .’Fluted Wall’ seringkali menjadi pilihan pemilik kediaman dalam menaikkan seri dekorasi pada dinding rumah. Sebenarnya ada cara yang lebih murah dan jimat bajet untuk menghias dinding dengan dekorasi ala ‘fluted wall’ ini. Hanya menggunakan ‘wiring casing’ sahaja. Memang jimat banyak, hasilnya juga tak kurang cantiknya.
Perkongsian daripada Ahmad Ammar ini boleh dijadikan rujukan;
Tangan kalau dah kreatif pakai casing wayar pun boleh buat fluted wall! 😍 Siapa cakap guna barang murah hasil dia tak cantik!
Jimat pun jimat! Rumah auto berseri ala kampung modern vibe gitu! Casing tu lepas gam dengan xtraseal xbond, boleh paku je bagi lekat kuat ke dinding. Lepas siap boleh terus cat ikut color favourite korang!
Bahan Diperlukan:
Casing Saiz 1 inci
X-bond Construction Adhesive
Cat Hitam Nippon Timbershade
Cara Membuat:
1. Gunakan casing wayar elektrik yang bersaiz 1 inci.
2. Buat ukuran dan susun jarak-jarak pada dinding.
3. Boleh cat menggunakan warna pilihan.
4 Biarkan cat kering dan deko mengikut citarasa sendiri. Boleh letakkan pokok-pokok dan tumbuhan hijau bagi menaikkan seri. Siap!
Selamat Mencuba!
IMPIANA: Menarik juga idea yang dikongsikan ini, hanya gunakan ‘wiring casing’ sahaja, dapat mencantikkan lagi dinding rumah ala pasang ‘fluted wall’. Malah harga pun lebih jimat.
Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang pada tanggal 16 September depan, syarikat aplikasi foodpanda Malaysia tidak melepaskan peluang untuk meraikan bersama orang ramai dengan beraneka jenis makanan warisan tempatan hasil air tangan HomeChef mereka sendiri.
Dalam ingin menyempurnakan keazaman untuk menggamit kenangan nostalgia makanan warisan Malaysia, foodpanda telah memperkenalkan beraneka jenis kuih-muih yang lazat dan menjadi kegemaran ramai seperti Karipap, Onde-Onde, Cucur Badak, Pulut Panggang, Keledek Goreng dan Kek Sarang Semut.
Ketua Pegawai Eksekutif, foodpanda Malaysia berkata, “Hasrat kami adalah untuk membantu HomeChef ini supaya mereka terus memperoleh pendapatan. Ramai di antara mereka memulakan perniagaan ini selepas kehilangan sumber pendapatan utama semasa pandemik. Minat mendalam di bidang masakan dan rasa kasih terhadap makanan telah menarik minat kami untuk bekerjasama dengan mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan ke ‘dapur’ mereka untuk menikmati makanan lazat yang dimasak di rumah. Kami berharap dengan pelancaran HomeChefs, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan untuk menjangkau asas pelanggan yang lebih luas.”
Dalam usaha foodpanda untuk membantu peniaga kecil, HomeChef telah dilancarkan sebagai satu inisiatif yang dimulakan oleh foodpanda untuk menyediakan platform kepada bakal chef untuk memperoleh pendapatan sambil melakukan apa yang mereka gemari seperti memasak.
Melalui pengenalan ini, orang ramai yang tidak mempunyai modal untuk membuka kedai masih boleh memasak dari dapur mereka untuk mencari sumber pendapatan sekaligus mencapai matlamat keusahawanan mereka.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.