Tahun ni raya mesti meriah. Aktiviti kunjung mengunjung pun dah boleh dilakukan. Sudah pasti, persiapan bukan sahaja kuih muih perlu disediakan untuk menyambut tetamu. Rumah pun perlu sentisa rapi dan kemas untuk mengelak keadaan cemas menerima tetamu di saat akhir. Nampaknya, dah beberapa berpuasa. Dah boleh sangat perlahan-lahan mengemas apa yang patut.
Baca juga: Nak Ruang Tamu Kemas Dan Rapi, 6 Barang Ni Tak Patut Ada
Bahagian mana yang perlu dimulakan? Impiana cadangkan anda mula dengan menyisih barang yang tidak perlu di ruang tamu. Barang apa yang anda tak perlu? Boleh ikut senarai barang yang perlu disisihkan di ruang tamu seperti senarai yang telah disediakan oleh Doktor Kemas Rumah kita Hani Mynis
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Macam Ni Cara Cuci Kain Buruk Jadi Putih Berseri Macam Baru Beli
Berapa kerap anda ganti dan cuci kain buruk di rumah? Sebaiknya cuci kain buruk setiap kali selesai digunakan bagi mengelak ia menjadi tempat pembiakkan bakteria. Tapi, kain yang dah terkena kotoran degil seperti minyak memang agak sukar untuk dibersihkan walau dah rendam berhari-hari.
Nak beli kain buruk microfiber super murah. Sekeping tak sampai RM 2 pun. boleh beli kat link ni https://invol.co/cl7y5avBaca juga:
Sucikan Kain Buruk Dari Kotoran Degil Ikut Petua Ini, Memang Berkesan!
Cuci Sofa Kepam Guna Produk Pencuci RM 3 Ni Je, Lihat Hasilnya
Zuraidah Ismail ada cara tersendiri untuk pastikan jkain buruk yang telah digunakan dicuci bersih dan putih berseri. Ini caranya:
1- Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit
2- selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit
3- selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu
4- bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit
5- masuk dlm pengering balik
6- angkat dan bilas macam biasa
7- keringkan dan jemur
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Bahan Berkesan Hilangkan Lumut Pada Jubin
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan bahan dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Kalau Cicak Banyak Dekat Rumah
Kisah cicak ni memang la menyakitkan hati. Bila berak tu tak bertempat merata-rata. Bila dah kering satu masalah lagi nak cuci… Siapa yang menghadapi masalah macam ni? Saya nak kongsi satu perkongsian di Facebook Pemilik ini bercerita mengenai cicak ni.
Hati-Hati Jika Banyak Cicak Di Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI