Sebelum ini, IMPIANA ada kongsikan kaedah ugutan atau takek untuk pokok yang malas berbuah. Ramai yang kata itu hanyalah mitos. Selepas membaca perkongsian dari Abdul Hamid Ahmad, rupanya teknik ini terbukti berkesan dan telah digunakan pekebun untuk memaksa pokok buah di seluruh dunia.
Tetapi, pekebun profesional tidak menggunakan teknik takek tapi kelaran atau lebih dikenali dengan nama Gridling Technique
Tujuan Girdle technique
Rupanya teknik kelaran atau Girdle ini bukan sahaja untuk memaksa pokok berbuah. Ada banyak lagi manfaatnya
-Untuk mendapatkan hasil tuaian yang lebih banyak dalam satu musim
-Untuk menghasilkan buah bersaiz besar
-Buah yang terhasil lebih sedap
-Untuk memaksa pokok berbuah
Ads
Teori Girdle technique
Tumbuhan menghasilkan makanan dalam bentuk karbohidrat atau juga dikenali sebagai gula melalui fotosintesis pada daun. Makanan yang terhasil di edar pada bahagian lain pokok sehinggalah ke akar untuk tujuan simpanan. Makanan dihantar melalui tisu floem yang banyak terdapat pada kulit dahan dan batang pokok.
Ads
Ini bermakna apabila makanan yang dihasilkan daun terus disimpan ke akar, ia menyebabkan proses pembentukkan buah terbantut. Oleh itu untuk menghalang makanan tersebut terus ke akar dan disimpan pada dahan agar menghasilkan buah apabila mencukupi, kelaran pada kulit pokok perlu dilakukan. Secara tidak langsung, ia menghentikan proses penghantaran makanan ke akar pokok
Jika ke Subang Jaya sudah pasti semua tahu kawasan perumahan di sini semuanya sudah menjadi sebuah kawasan yang matang dari segi penduduk mahupun komersial. IMPIANA tertarik dengan sentuhan magis J-House by Design Collective Architects ini. Jika anda perhatikan dengan teliti rekaan yang diberikan untuk rumah teres lama ini di luar kotak fikiran.
Karya seni yang mengabungkan sifat dalam ciri moden dan alam ini membuatkan rumah ini benar-benar mendapat nafas baru berbanding dengan rumah disekitarnya. Pemilihan warna putih membuatkan rumah ini nampak menyerlah dan menonjol dalam seni bina dan sentuhan nafas baru kali ini. Walaupun fasad asal rumah ini langsung tidak di sentuh tetapi ia cukup memberi impak dalam pengubahsuaian kali ini.
Di dalam rumah ini, salah satu perkara yang akan menarik perhatian anda adalah vertical garen persendirian; yang menjanjikan untuk membawa beberapa tanaman hijau segar yang sangat diperlukan dalam rumah. Terdapat juga sebidang rumput di kawasan luar yang hanya dapat diakses dari dalam rumah; jadi anda boleh mengadakan pesta di laman persendirian sebanyak yang anda mahukan dalam privasi rumah anda.
Tema putih sudah menjadi pilihan utama dalam kediaman ini. Manakala hiasan rumah yang lain juga di pilih dalam tema putih yang diselangi warna gelap seperti meja makan slab kayu yang menjadi dambaan ramai. Unsur organik juga dititik beratkan dalam perincian rumah ini. Jika diperhatikan dalam ruang tamu yang mengenakan set sofa kelabu ini memberi elemen kontras di situ. Bijak dan cantik bukan.
Penggunaan konsep ruang terbuka dengan mengenakan tingkap secara bukaan luas yang membolehkan cahaya semula jadi menembusi kediaman dan memberi rasa segar dan lapang serta luas untuk saiz pembukaan rumah ini. Rumah lama kan … bukaan sudah pasti tidak terlalu besar. Pereka juga bijak memastikan bahawa sentuhan yang diberikan membuatkan rumah kelihatan lebih luas dengan siling tinggi; ia memberikan penampilan seperti loteng yang agak unik dalam rekaan dalam rumah ini. Sekiranya anda melihat ke atas, anda dapat melihat bahawa terdapat jubin atap akrilik yang memberi anda pemandangan langit luar yang agak menawan juga.
Jangan risau jika anda berada di tingkat atas dan ingin menikmati vertical garden juga mempunyai ruang kosong yang membolehkan penghuni bersantai dan melihat taman dan ruang tamu di bawah. Ruang teres luar untuk gaya santai harian ini dapat digunakan untuk aktiviti bersosial dan pereka juga memastikan ruang rumah ini tidak menerima panas yang berlebihan.
Kredit Gambar : J-House by Design Collective Architects
Dapur yang bersih adalah sesuatu kenikmatan yang kita tak boleh nak abaikan tetapi alangkah bagusnya jika kita ada aksesori untuk barang-barang di dapur kita. Tambahan lagi, dalam memiliki dapur yang minimalis juga dapat membangunkan lagi dapur kita. Nak tahu aksesori apa yang bagus untuk dapur? Lihat di bawah ini.
BOTOL BUMBU PORTABLE
Botol bumbu portable ini adalah botol kecil yang bumbu tetapi ia juga boleh digunakan untuk menyimpan ekspres gula, garam atau lada. Maksud eskpres ini adalah dengan secara ringkas, boleh terus mengambilnya dan meletakkan dalam masakan atau minuman.
KANTUNG BUMBU
Kantung dan botol portable ini lain sedikit. Kerana ia diperbuat dari plastik bening dengan ada tempat gantungnya. Kantung ini selalunya di tampal atau digantungkan ke dinding.
LACI AJAIB
Ia disebut laci ajaib kerana laci ini dapat menyimpan barang dengan jumlah yang begitu banyak berbanding laci biasa. Apa yang lagi menarik adalah, lebih banyak barang disimpan lagi tersusun rapi dan mudah untuk mencari barang yang kita mahu.
Baiklah, itu sahaja aksesori dapur yang dapat saya kongsikan. Anda juga boleh mencubanya di rumah.
Biasanya, imej pertama yang timbul dalam kepala setiap kali berbicara tentang penyebaran penyakit adalah kafe yang dipenuhi orang, tandas awam yang kotor mahupun sudu dan garfu di restoran yang tidak dicuci dengan baik. Kawasan terbabit mungkin dipenuhi dengan kuman dan virus merbahaya. Untuk anda yang sensitif pada persekitaran, pasti terdapat hand sanitizer dan tisu basah untuk digunakan selepas memegang tempat-tempat yang berpotensi menyebarkan penyakit.
Tetapi malangnya, penyebaran penyakit tidak sahaja boleh berlaku di kawasan-kawasan tersebut. Anda mungkin tidak percaya, tetapi di rumah juga kita terdedah dengan virus dan kuman yang menyebabkan penyakit. Biasanya, barangan dirumahlah yang menyimpan seribu satu rahsia yang tidak disangka-sangka dan boleh menjejaskan kesejahteraan isi rumah. Perkara ini jugalah yang boleh menyebabkan selsema atau batuk yang berterusan pada waktu malam jadi anda perlu mula mengambil langkah berjaga-jaga.
Berikut adalah beberapa perkakas dalam rumah yang mungkin membuat anda sakit – dan tips penjagaan untuk memastikan kediaman anda sentiasa bersih dan selamat.
1. Peti Sejuk
Selain daripada membuang kesemua sisa-sisa makanan yang telah basi dan bususk, jangan lupa beri perhatian pada bahagian tersorok yang mungkin anda terlepas pandang. Contohnya, sebarang cecair yang tumpah dan bertakung dalam dulang peti sejuk yang tidak dibersihkan mungkin akan masuk dan mencemari makanan lain. Laci menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran pada bahagian bawah juga perlu anda periksa dengan kerap agar sentiasa bersih dan tidak mempunyai sebarang takungan air. Pelbagai mikroorganisma mungkin sedang membiak dengan pesat jika anda gagal untuk membersihkan bahagian-bahagian ini. Jangan geli untuk bersihkan semua sudut dan celahan peti sejuk anda menggunakan air suam dan baking soda.
Pakar juga ada mencadangkan supaya mencuci sebersihnya buah-buahan dan sayur-sayuran anda sebelum disimpan kedalam peti sejuk.
2. Sarung/ Alas Tilam
Ini mungkin perkara yang paling anda tidak suka dengar tetapi inilah realitinya. Lembaran putih cantik yang anda pasangkan pada tilam itu mungkin menjadi tempat tinggal tetap bagi hama. Haiwan kecil yang anoyying ini akan buatkan anda mudah terkena jangkitan yang menyebabkan demam atau memudaratkan lagi alahan pada habuk. Keadaan bilik yang tertutup dengan tingkap yang tidak dibuka dan kelembapan dalam udara boleh memburukkan lagi keadaan. Jadi, buka tingkap bilik setiap pagi supaya udara segar boleh mengalir kedalam dan tetapkan suhu panas sewaktu membasuh cadar dengan pencuci anti bakteria. Jangan lupa juga untuk memvakum bilik anda dari masa kesemasa.
3. Mesin Pengisar
Mesin pengisar atau blender biasanya digunakan untuk mengisar buah atau sayur-sayuran. Jadi, jika anda tidak membersihkan mesin selepas setiap penggunaan, anda mungkin telah menggalakkan pembiakan kuman didalamnya. Alat kecil pada bahagian bawah pengisar yang tidak dicuci boleh menjadi tempat mikroorganisma seperti E.Coli dan salmonella berkumpul. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuci setiap bahagian blender satu per satu selepas digunakan kemudian keringkan sebelum disimpan didalam tempat yang bersih.
4. Alatan Pembersihan
Walaupun sabun cucian anda berbau seperti lemon atau epal yang menyegarkan, sebenarnya ia mengandungi pelbagai bahan kimia yang kuat dan boleh pedihkan kulit, rosakkan buah pinggang dan hati serta memberi tekanan pada sistem saraf dalam tubuh manusia. Jadi jika anda terpaksa gunakan sebarang produk bertosik ini, jangan lupa untuk pakai sarung tangan getah dan untuk mengurangkan kesan buruk, cairkan produk dengan dengan air terlebih dahulu.
Untuk penyelesaian yang lebih mudah, gunakan sahaja bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dalam kabinet anda seperti cuka atau baking soda.
5. Penyedut Habuk
Jika anda malas untuk membersihkan penapis vakum, risiko untuk bakteria menjijikkan masuk kedalam sistem anda telah menaik serta merta. Jika mereka berjaya, ia akan mencetuskan alahan dan menjejaskan keupayaan anda untuk bernafas dengan normal. Debu atau habuk yang datang dari vakum anda mengandungi kuman kalis antibiotik yang boleh merosakkan paru-paru dalam jangka masa panjang. Pastikan anda bersihkan penapis dengan kerap dan membuka tingkap apabila sedang menggunakan vakum.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.