Hartanah merupakan pelaburan yang paling stabil dan paling lambat bertindak balas dalam apa apa perubahan ekonomi. Hingga hari ini hartanah merupakan pelaburan yang paling popular dimuka bumi ini.
Tuah legenda badminton, Lee Chong Wei apabila Magma Group Bhd dilaporkan membeli tanah pegangan pajak seluas 2.26 ekar di Persiaran Dutamas, Kuala Lumpur milik Skyload Express Sdn Bhd, syarikat 45 peratus milik Datuk Lee Chong Wei dengan harga RM80 juta.
Memetik Berita Harian, tanah yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur itu telah mendapat kelulusan untuk dua menara 34 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan dan ruang komersial.
Baki 55 peratus daripada Skyload dimiliki oleh Empire Solaris Sdn Bhd, yang seterusnya 80 peratus dikawal oleh pemegang saham utama dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Magma, Datuk Seri Lee Hock Seng.
Magma akan membayar tanah itu melalui wang tunai RM8 juta dan terbitan 120 juta saham biasa baharu kepada Skyload, bersama-sama dengan 47.71 juta saham keutamaan tidak boleh tukar boleh tebus (RPS).
120 juta saham itu akan diterbitkan pada 20.24 sen sesaham, manakala RPS akan diterbitkan pada RM1 sesaham.
Mengikut laporan, selepas selesai penjualan tanah, Chong Wei akan mempunyai kepentingan langsung sebanyak 2.48 peratus dalam Magma dan kepentingan tidak langsung sebanyak 11.89 peratus.
Fuh, hebat Datuk Chong Wei!
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Sumber : Berita Harian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.