Hyun Bin beli villa mewah bernilai lebih RM16 juta secara tunai, siap boleh nampak ‘Han River’. Kediaman pasangan pelakon Korea terkenal Hyunbin dan Son Ye-jin itu telah mencuri perhatian ramai. Terbaharu menerusi program tvN ‘Free Doctor’ yang bersiaran pada 29 Mei lalu telah memaparkan kediaman rumah milik beberapa pasangan selebriti Korea.
Rumah pasangan pelakon utama drama ‘Crash Landing On You’ iaitu Hyunbin dan Son Ye-jin turut telah dipaparkan. Kediaman pasangan bahagia ini terletak di W High-class House di Kampung Achiul, Guri-si, Gyeonggi-do.
Kediaman yang diduduki oleh pasangan ini adalah merupakan sebuah villa mewah yang dibeli Hyunbin pada Januari 2021. Villa mewah ini bernilai 4.8 bilion won (RM16,712,732.21) dan dibeli secara tunai. Hebat! Beli secara tunai tu!
Menerusi siaran tersebut juga, turut dipaparkan bahagian tingkat satu villa tersebut. Menariknya di bahagian tersebut, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti lobi mewah. Paling mengujakan, pemandangan Han River juga boleh dilihat melalui tingkap kaca di bahagian ruang tamu.
Jom kita cuci mata melihat kediaman dan dekorasi kediaman pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin ini!
Kerusi kayu yang sebelum ini nampak buruk terus nampak ‘wow’ lepas di ‘makeover.’ Ramai yang masih simpan kerusi kayu lama ini sebab ada nilai sentimental. Jangan dibuang kerusi kayu klasik ini kerana ia boleh diubahsuai.
Siapa sangka kerusi kayu yang nampak buruk dan usang yang sebelum ini siapa pun tidak mahu memandang kini berubah wajah. Terus nampak mahal! Mari kita lihat hasil ‘makeover’ kerusi kayu yang sebelum ini nampak buruk akhirnya bertukar menjadi kerusi mahal.
Mewah betul dekorasi rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang. Segenap ruang dihias indah. Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Lepas dapat kunci rumah, bukan terus cuci dan masuk, ada perkara lebih penting kena buat. Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru ialah memeriksa terlebih dahulu kecacatan dan kerosakan pada rumah tersebut.
Sungguhpun rumah baru tetapi anda perlu memeriksa dengan terperinci kerana ada kemungkinan berlakunya kecacatan dan kerosakan pada bahagian dinding rumah seperti retak, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.
Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah.
Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.
PERALATAN:
Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
Kamera/Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah
BERIKUT ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU:
AZAN
– Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
– Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
PERIKSA PINTU
– Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
PERIKSA (JUBIN) TILES LOMPONG
– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
ELEKTRIK
– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
METER AIR
– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
TINGKAP DAN SLIDING DOOR
– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
TANGGA
– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
BILIK AIR TINGKAT ATAS BOCOR
– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
DINDING RETAK
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
KUNCI UTAMA
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.
Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!