Pelan atau perancangan sesebuah kediaman yang seiring dengan gaya hidup mampu memberikan impak positif kepada penghuninya. Jalani kehidupan seharian dengan lebih selesa apabila tata rias kediaman yang menarik disuntik bersama praktikaliti pada setiap ruang di sanggar idaman anda.
Terletak di pinggir negeri Selangor, Kundang Estates merupakan salah satu perbandaran yang dibangunkan oleh Gamuda Land merangkumi kawasan berkeluasan 89 ekar. Dengan 573 unit kediaman, ia menawarkan sebuah pembangunan harmoni diilhamkan oleh gaya hidup keluarga moden.
“Anise” adalah rangkaian kediaman teres dua tingkat yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Datang dengan rekabentuk yang moden, kediaman berkeluasan 1733 kaki persegi ini tampil dengan jalan ceritanya sendiri. Pereka dalaman yang bertanggungjawab menata rias kediaman ini telah mengambil kira gaya hidup keluarga moden yang aktif tetapi pada masa yang sama, suka meluangkan masa bersama-sama.
Melalui pintu masuk utama kediaman, terlihat sebuah ruang dengan pelan terbuka, dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu ruang tamu, ruang makan dan juga dapur. Walaupun berada dalam satu lantai yang sama, setiap ruang tersebut telah di hias dengan menggambarkan persekitaran yang praktikal dan multi-fungsi dalam kediaman keluarga ini.
Ads
Di sini, susun atur perabot memainkan peranan penting dalam membahagikan setiap ruang. Contohnya, susunan sofa di ruang tamu membelakangi ruang makan menunjukkan dengan jelas bahawa ia merupakan dua ruang yang berbeza dengan penggunaan yang berbeza. Terdapat juga sebuah meja konsol diletakkan dibelakang sofa tersebut sekaligus menjadikannya sebuah sudut pelbagai guna yang memenuhi keperluan setiap ahli keluarga.
SATU PELAN, MULTI-FUNGSI
Ruang makan kediaman ini pula tampak sempurna dilengkapi sebuah set meja makan 6 kerusi berwarna hitam dengan deretan lampu gantung yang menyinari segenap ruang. Menariknya, di sini juga terletaknya rak buku yang dibina khas dengan pintu berupa papan hitam. Sesuai untuk digunakan anak-anak ketika sesi belajar mahupun untuk menyiapkan kerja sekolah. Ini bererti ruang makan ini bukan sahaja digunakan ketika waktu makan tetapi juga digunakan untuk sebagai ruang ulang kaji bagi si cilik.
Ruang makan dwi-fungsi ini terletak betul-betul di sebelah dapur bagi memudahkan pergerakan penghuninya selain dilengkapi dengan kaunter sarapan (breakfast counter) dua tempat duduk. Dari sudut ini, si ibu dapat memantau anak-anak dari jauh sambil menyediakan juadah buat keluarga tercinta.
PENGGUNAAN RUANG NEGATIF
Kebiasaanya, pemilik kediaman mungkin buntu dan tidak pasti bagaimana mahu menggunakan sepenuhnya ruang bawah tangga tanpa terlihat kosong dan hambar. Di kediaman ini, ruang tersebut telah mengalami transformasi penuh, menjadikannya sebagai sebuah sudut dengan fungsi yang tersendiri.
Ads
Sebuah bench atau kerusi panjang di bina bagi menambah kapasiti tempat duduk agar bisa digunakan ketika tuan rumah mengadakan majlis keramaian mahupun perjumpaan. Idea bijak ini juga telah digunapakai untuk sudut belakang pintu masuk utama kediaman ini.
Terdapat sebuah rak kasut bersama tempat duduk yang ditempah khas (custom made) bagi memudahkan para tetamu dan juga tuan rumah. Elemen seperti ini bukan sahaja membuatkan kediaman tampil menarik taetapi juga dapat memastikan setiap ruang sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Sekaligus memudahkan tugas-tugas pembersihan untuk pemilik.
IDENTITI KAMAR TIDUR
Dari kebanyakan ruang yang terdapat di sesebuah rumah, bilik tidur merupakan ruang yang paling peribadi. Walaupun ia mungkin tidak akan terlihat langsung oleh tetamu anda, bilik tidur juga berhak untuk diberikan perhatian. Inilah yang digambarkan dalam kediaman ini apabila setiap kamar tidur dihias dengan memberi sepenuh perhatian pada setiap kemasan dan perincian.
Penggunaan rona neutral bertona gelap masih lagi dikekalkan di bilik tidur utama, sama seperti ruangan di tingkat bawah. “Mood” atau persekitaran berkonsepkan moden kontemporari ini dapat membangkitkan perasaan tenang dan nyaman ketika sedang berehat.
Lain pula halnya untuk bilik tidur anak perempuan dan lelaki kerana masing-masing mempunyai kegemaran dan kecenderungan yang tersendiri. Bersesuaian dengan usia yang sedang meningkat remaja, penggunaan warna pastel yang lembut dan tidak terlalu terang telah menjadi pilihan untuk bilik anak gadis. Manakala untuk adik lelaki pula, suasa lebih ceria dan bertenaga telah diterapkan dengan penggunaan kertas dinding bercorak serta beberapa percikan warna-warna terang seperti merah dan kuning.
Ads
+ INFO KEDIAMAN
Jenis Kediaman: Rumah teres dua tingkat
Konsep: Moden
Keluasan: 1733 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi dalaman tidak terhad kepada rumah baharu sahaja, tetapi rumah pusaka juga mampu untuk mengubah persepsi jika hiasannya tepat dan kena dengan tema warna yang dipilih. Pujian wajar diberikan kepada Pn Diela Sali kerana berani mencuba gabungan warna yang jarang kita temui iaitu dengan menggabungkan warna pink serta putih sebagai tema utama hiasan rumahnya.
Mahligai indah ini terletak di Rinching Hilir, Bangi. Menurutnya, rumah ini sudah berusia lebih daripada 40 tahun dan pada asalnya merupakan rumah separa kayu dan batu serta berpendapat bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk mengekalkan keindahan yang diwarisinya turun temurun dari ibu bapanya.
Dia menghabiskan masa selama tiga bulan untuk menyiapkan segala renovasi dalaman rumahnya bermula dari ruang tamu, bilik tidur serta membahagikan dapur kering dan basah. Selain itu, dia juga akan memastikan tema dekorasi rumahnya berubah setiap tahun.
Tambahnya lagi, pada tahun ini pemilihan tema rona putih dan pink adalah kerana dia mahukan ketenangan serta kelembutan setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah dan mementingkan penampilan agar ianya sedap mata memandang.
Jika diteliti, setiap inci rumahnya dipenuhi dengan aksesori tambahan dan disusun rapi untuk mengelakkan ianya nampak serabut sekaligus menenggelamkan tema asal pilihannya. “Saya banyak merujuk serta membeli beberapa produk keluaran jenama terkenal seperti IKEA, Kaison dan Mr DIY mengikut bajet serta kemampuan dan terapkannya dalam idea dekorasi saya”, ujar pengusaha katering yang berpangkalan di Nilai ini.
Berikut adalah gambar beberapa idea yang dikongsikan oleh Pn Diela Sali kepada IMPIANA mengikut urutan sebelum dan selepas proses dekorasi dijalankan, Semoga memberi manfaat kepada pembaca IMPIANA diluar sana.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidur yang baik adalah tidur yang cukup 6-8 jam. Jika kurang daripada jam ini, pasti hari esok anda akan kepenatan dan prestasi kerja anda akan berkurangan berikutan tidak dapat rehat yang mencukupi.
Kami di IMPIANA ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendapatkan tidur yang selesa agar hari esok anda lebih segar serta produktiviti yang tinggi lebih baik daripada semalam.
Elakkan minum kafein
Bermula daripada pukul 6 petang hingga waktu tidur. Elakkan daripada minuman berkafein. Ini kerana ia akan meransang otak anda dan kafein tersebut boleh kekal dalam badan anda hingga 12 jam. Bayangkan sebab terlalu banyak minuman kopi dan teh, tidur anda akan terganggu.
Buang tilam jika ada pepijat
Jika anda mengesan kehadiran pepijat di atas tilam, solusi terbaik adalah untuk buang sahaja tilam itu. Ini kerana pepijat mampu hidup sehingga 6-18 bulan dan mampu bertelur dengan banyak dan mengambil masa 6-10 hari untuk menetas. Selain itu, jika pepijat sudah ada di bilik tidur anda, risiko untuk mereka merebak ke bilik lain adalah tinggi.
Antara simptom pepijat adalah apabila anda bangun pagi dan terdapat kesan merah dan kegatalan pada kulit badan.
Cucian berkualiti di cadar katil
Jika anda menggunakan cadar kain kapas, elakkan membasuh dengan basuhan kering. Lebih molek dibasuh dengan pelembut pakaian. Lagi wangi, lagi bagus. Tidur anda pasti lebih lena dan selesa.
Pilih saiz yang betul untuk tilam
Jika tubuh badan anda bersaiz besar, adalah molek untuk membeli tilam yang berukuran 76×80 atau dikenali sebagai king size. Ia juga sesuai untuk mereka yang berkongsi tempat tidur bersama anak yang masih dalam peringkat membesar dan tidur lasak. Jika anda rasa ia mahal, anda boleh cari tilam saiz queen dengan ukuran 60×80. Ia juga sesuai untuk pasangan yang baharu berkahwin dan masih belum mempunyai anak.
Elakkan makan di atas tilam
Pasti ada diantara kita yang suka makan di atas tilam. Orang kata netfilx and chill on the bed. Sekali-sekala tidak mengapa, jangan diselalukan habit ini, kerana pasti dalam kita menikmati hebatnya makan sambil bersandar atas tilam akan ada jatuhan sisa makanan. Sisa makanan ini menjadi buruan pelbagai serangga perosak. Lipas, semut dan pelbagai lagi. Pasti anda tidak mahu tidur anda diganggu serangan perosak. Jadi elakkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kunci kepada konsep rustik yang moden adalah pelan lantai terbuka, perabot moden dan unsur-unsur seni bina semula jadi yang dipelihara dan tidak diberi sebarang kemasan. Skim warna untuk konsep ini menekankan pada penggunaan warna tanah yang neutral dengan tingkap-tingkap besar membawa suasana dari luar, masuk ke dalam. Gaya ini mempunyai keanggunan tersendiri yamg membawa kepada kediaman selesa dan moden untuk pemilik.
#1 Elemen Kayu Dan Batu
Merupakan elemen paling penting untuk mendapatkan kediaman dengan tema moden rustik. Kayu atau batu yang dibiar terdedah dan tampak raw adalah leboh baik dari yang sudah diberi kemasan.
#2 Sentuhan Fabrik Natural
Pemilihan fabrik juga merupakan salah satu perkara utama yang akan melambangkan tema ini padakediaman anda. Gunakan material seperti cotton atau linen untuk look yang simple tetapi tetap elegan.
#3 Warna Semulajadi
Rata-rata kediaman dengan tema ini akan menggunakan warna putih, coklat, beige atau kelabu sebagai warna asas. Selain dapat menggambarkan alam sekitar yang amat dekat dengan konsep rustik.
#4 Aksesori
Penggunaan aksesori yang lebih maskulin dan kasar adalah digalakkan. Perhiasan yang dibuat daripada kayu ataupun besi lebih sesuai untuk konsep rustik yang lebih moden.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.