Kediaman yang selesa dan indah sememangnya menjadi idaman setiap orang. Ibarat pepatah lama “Rumahku, Syurgaku” yang memberi gambaran bahawa rumah seharusnya dikelilingi persekitaran yang indah, bersih, selesa dan ceria, sejajar dengan sifat syurga.
Rumahku Syurgaku merupakan impian dan keinginan setiap insan. Tetapi tidak semua mampu untuk mendapatkannya. Berita gembira buat anda yang mengimpikan kediaman indah serta praktikal buat keluarga, mari sertai IMPIANA MAKEOVER dan menangi peluang ubahsuai ruang dari kami!
Untuk menghantar penyertaan, KLIK disini dan ikut arahan yang telah diberikan.
Semoga berjaya!
Nampak mewah. Make over bajet dapur hanya dengan menggunakan cat dan sticker | EP03 IMPIANA MAKEOVER
Maekover bajet.. pemilihan rona cat yang tepat dan sticker tile je pun makeover dapur ni nampak mewah.??????
Posted by Impiana on Wednesday, June 12, 2019
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{VIDEO} Rekaan Rumah Berkembar Ini Sesuai Untuk Di Diami Dua Buah Keluarga
Rumah kembar ini direka untuk gadis kembar dengan fungsi yang sama. Walaupun reka bentuknya membentuk 2 rumah yang terpisah, fasad 2 rumah kembar dihubungkan untuk mewujudkan bangunan bebas di wilayah ini.
Kedua-dua rumah dihubungkan melalui halaman depan dan halaman belakang yang besar, tanpa dipisahkan oleh pagar mana pun untuk membuat tempat letak kenderaan bersama, membuat taman permainan besar bersama, atau teres yang berfungsi untuk acara atau upacara keluarga. Ia juga meningkatkan interaksi 2 keluarga di tingkat bawah untuk mewujudkan hubungan 2 keluarga. Ruang tamu 2 keluarga di tingkat bawah dihubungkan melalui halaman depan dan halaman belakang yang disebutkan di atas dan juga memastikan privasi dengan ruang tamu dalaman.
Setiap rumah dirancang dengan teliti di tingkat bawah, ruang tamu dan ruang makan saling terhubung. Ruang tamu dipisahkan oleh ruang makan dengan penyimpangan ketinggian siling (penyimpangan penyelesaian ketinggian siling diterapkan dalam projek ini). Dapurnya terpisah tetapi masih bersambung dengan ruang makan dan ruang belakang rumah.
Taman disusun di seberang kawasan dapur, menambah ruang hijau untuk rumah, untuk memastikan udara semula jadi melalui rumah. Oleh kerana iklim Tay Ninh yang panas dan cerah, lorong depan dirancang dengan tenda miring dan lebar untuk membuat penyangga untuk memberi perlindungan ruang tamu dari cahaya matahari pada musim panas, angin, atau hujan di musim sejuk.
Atrium di tengah rumah adalah nadi rumah. Bilik tidur di tingkat 2 dihubungkan melalui ruang ini. Cahaya semula jadi dibawa ke tengah rumah melalui slot cahaya di bumbung, menghamburkan dinding besar atrium, secara tidak langsung membawa cahaya ke ruang makan di tingkat bawah. 2 bilik tidur mempunyai tingkap kecil yang dapat meninjau ruang tamu keluarga melalui atrium ini. Serentak dengan itu, angin akan menjadi konvektif secara menegak dan mendatar di atrium ini untuk menembusi lantai dan ruang di setiap tingkat.
Tangga keluli digunakan untuk tangga dalaman untuk mewujudkan rasa ringan yang tidak menghalang pemandangan ruang dalam dan mewujudkan ruang dalaman pengudaraan semula jadi. Bilik tidur utama melindungi dari panas terik provinsi Tay Ninh dengan menggunakan bumbung miring di kawasan balkoni dan meningkatkan kedalaman balkoni untuk berfungsi sebagai penyejuk untuk mengurangkan panas di bilik tidur. Tandas bilik tidur utama terletak di sebelah barat bilik tidur utama untuk mengelakkan panas, dengan tingkap besar dan pokok-pokok hijau di depan mewujudkan pengudaraan dan perolakan udara untuk tandas.
Ruang pemujaan terletak di tingkat 2, dirancang secara bergantian oleh 2 taman kecil, untuk mewujudkan kawasan hijau untuk bangunan. Pintu kaca yang terbuka di kedua-dua belah pihak dapat menghubungkan kedua-dua rumah tersebut di kawasan ini yang sesuai untuk aktiviti pemujaan pemilik rumah.
Kredit: Arkitek 6717 Studio
Lokasi kediaman: Vietnam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Mudah & Jimat Buat Peti Sejuk Anda Lebih Menarik
Peti sejuk adalah salah satu perkakas yang wajib ada di setiap kediaman. Sama ada di kawasan dapur atau ruang makan mahupun di dalam bilik tidur, peti sejuk yang berfungsi dengan baik merupakan nikmat bagi setiap pemilik. Alat ini dapat memastikan bahan masakan mentah sentiasa fresh dan tahan lama.
Ada pelbagai langkah nak buat peti sejuk nampak ceria dan kemas, teratur. Salah satunya ada dikongsi pada laman sosial saudara Rafiuddin Idris. Pemilik telah DIY sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bajet yang mampu dibeli oleh semua orang. Mudah sahaja dan dapat jimat pulak tu!
Bahan yang diperlukan :
- Pelekat cermin bercorak
- Pisau atau Gunting
- Kain bersih
- Botol spray yang diisi air sabun
Langkah-langkahnya :
#1 Semburkan air sabun pada permukaan tray yang telah dibawa keluar dari peti sejuk
#2 Ambil pelekat cermin dan ukur mengikut saiz tray sebelum ditampal
#3 Lap permukaan tray yang telah ditampal pelekat menggunakan kain bersih
#4 Lakukan step yang sama pada kesemua tray dari peti sejuk anda
#5 Pasangkan semula tray pada tempat sepatutnya
DAH SIAP!
Selamat Mencuba semua!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Sewa Bukan Alasan! Wanita Ini Deko Kediaman Penuhi Citarasa Dengan Bajet Terhad
Kediaman yang cantik, selesa dan praktikal untuk didiami sudah tentu menjadi idaman bagi ramai individu. Tidak perlu terlalu mewah, cukup sekadar dapat menampung isi rumah dengan nyaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun kediaman yang hanya disewa, perkara tersebut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan elemen dekorasi dan nilai estetika ketika menghias. Malah, inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan konsep dan tema yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Baru-baru ini telah viral dekorasi rumah sewa yang begitu menarik untuk dikongsi. IMPIANA berpeluang menemuramah pemilik, Nur Diyana tentang idea dan inspirasinya menatarias setiap ruang yang tampil selesa dan menarik.
Q: Mengapa dekorasi di rumah dianggap penting?
D: Dekorasi rumah dianggap penting kerana setiap keluarga mengimpikan suasana persekitaran yang selesa untuk hidup bersama. Benarlah, rumahku,syurgaku. Namun, dekorasi di rumah sewa sebenarnya bergantung pada budi bicara dan kebenaran dari tuan rumah. Bagi saya, ini sangat penting bagi tidak menimbulkan apa apa masalah kelak. Ambil kira segala kerja pembaikan yang dilakukan bila mahu meninggalkan rumah kelak, jangan sesekali tinggalkan dinding yang berlubang, cat semula jika perlu dan tidak tinggalkan rumah yang kotor. Sentiasa pulangkan rumah dalam keadaan yang terbaik.
Q: Apakah konsep yang digunakan di rumah sewa?
D: Saya seorang yang fleksibel apabila melibatkan konsep. Kami sepakat memilih rona kelabu bagi penataan seluruh ruang dari ruang tamu,bilik tidur sehinggalah ke dapur. Namun,setiap ruang ditatarias dengan elemen dekorasi yang berbeza walaupun berkongsi warna yang sama. Misalnya, saya menggunakan peralatan kayu dan rotan serta beberapa warna neutral di bahagian bilik tidur utama. Ini adalah texture bagi mencipta konsep seakan Urban Boho. Penggunaan peralatan rustic di dapur pula membawa kepada tema rumah ladang (farmhouse). Kami sendiri masih melakukan eksperimen dalam pemilihan tema yang digemari sebagai persiapan untuk rumah sendiri nanti.
Q: Berapa lama masa yang diambil untuk persiapan rumah sewa?
D: Kami sudah mula mengumpul peralatan dekorasi selama setahun sebelum menyewa bersama. Persediaan untuk rumah sewa juga termasuk dalam persiapan perkahwinan. Kami percaya – beli sedikit sedikit dahulu jadi tidaklah bajet dikeluarkan dalam kadar besar sekaligus dalam satu masa.
Q: Anggaran bajet?
D: Saya dikenali oleh rakan rakan di media sosial kerana perkongsian ‘’dekorasi bajet’’. Alatan deko yang dibeli hampir kesemuanya di dapati di jualan perabot terpakai atau di beli semasa jualan penghabisan stok. Sejulah bajet yang dikeluarkan hanya pada pembelian cat dan perabot besar. Yang lainnya saya dapatkan dengan harga serendah RM 1.00 – Bila balik ke rumah saya akan lakukan kerja kerja DIY sendiri bagi membaik pulih peralatan dan menjadikan ianya sebagai alat dekor di rumah.
Q : Pesanan kepada semua yang mungkin masih berfikir untuk dekorasi rumah sewa?
D: Dalam masa sekarang, sudah ramai rakan rakan dalam group dekorasi di Facebook yang berkongsi tentang tatarias rumah sewa mereka. Saya juga rasa teruja dengan hasil kerja mereka. Antara tips yang boleh diamalkan adalah pastikan perabot yang dibeli praktikal untuk di bawa berpindah kelak, terhadkan perabot yang menjadi keperluan sahaja dan berbelanjalah dengan bijak. Untuk pulangan modal, barang barang yang sudah tidak dipakai selama tiga bulan berturut turut bolehlah dijual semula atau disedekahkan. Rumah sewa yang lapang tanpa barang yang banyak pasti memudahkan urusan untuk berpindah kelak. Jaga rumah sewa seperti rumah sendiri. InsyaAllah tiada siapa yang akan rugi.
Puan Diyana juga ada berkongsi hasil dekorasi kediaman sewa yang didekor beliau. Jom kita cuci mata!
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
BILIK TIDUR
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI