Sebagai pembeli memang ada benarnya kita perlu ambil tahu 100 peratus segalanya mengenai rumah atau hartanah yang bakal dibeli. Apatah lagi ia melibatkan amaun pembelian yang besar malah komitmen yang panjang.
Ia juga bagi mengelakkan kita terlibat dengan ‘projek terbengkalai’ mahupun ‘projek sakit’ disebabkan pemaju yang tidak ‘competent’.
Pembeli RUMAWIP Residensi Hektar Gombak Mahu Pembelaan Segera, Terbengkalai Hingga Kini
Seperti apa yang diluahkan oleh salah seorang pembeli projek RUMAWIP Residensi Hektar Gombak menerusi X.com @meinmkhtar, individu tersebut mendakwa rumah Residensi Hektar Gombak yang sepatutnya siap pada tahun 2021 masih lagi terbengkalai sehingga hari ini.
POV dari pembeli projek sakit https://t.co/L4ECka7PML pic.twitter.com/iWSrrvI4wm
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) November 13, 2024
“Ada 2,400 unit habis terjual. Boleh bayangkan berapa besar nilai jualan hampir RM700 juta. Beli pada 2018, sepatutnya siap pada 2021, tapi terbengkalai sampai sekarang.
“Rata-rate pembeli dah bayar RM1,000-RM1,300 satu bulan. Nilai ini banyak untuk orang B40 yang beli rumah ini. Kita ingat rumah ini bantu kita dapat rumah lebih murah sebab bawah RUMAWIP.
“Sekali kena scam, pemaju kata dia tak ada duit nak buat rumah. Kami tak boleh hadam mana pergi duit itu. Kerajaan tak check ke? Mana boleh jadi macam ini?” luah individu tersebut.
Menurutnya lagi, para pembeli dibiar begitu saja tanpa ada pembelaan.
“DBKL tolak ke KPKT, KPKT tolak ke pemaju. Pemaju kata tak ada duit. Jadi kalau tak ada duit, apa anda boleh buat? Mereka minta kami bersabar, tapi bayaran bulanan ke bank setiap bulan.
“Agaknya kerajaan tunggu 2,400 orang ini bankrap, mogok jalanan baru nak dengar,” luah individu itu lagi.
Wakil pembeli ada membuat Facebook khas, Residensi Hektar Gombak yang mengemaskini perkembangan projek perumahan tersebut.
Berdasarkan video dirakam di projek tersebut, kawasan perumahan mula dinaiki semak samun dan didiami segerombolan anjing.
Sumber : X.com @meinmokhtar
IMPIANA: Ambil tahu dan selidik betul-betul rumah atau hartanah yang kita nak beli supaya tak rugi apabila projek rumah terbengkalai dan tak dapat disiapkan pada waktunya.
Mesti Baca: Semak & Buang 5 Barang Ini, Barulah Rumah Minimalis & Kekal Teratur
Baca Lagi Di Sini: Tong Sampah Dihurung Ulat Sampah, 5 Langkah Mudah Bersihkan
Artikel Menarik: Bekas Sarang Telur Letak Dalam Tong Sampah, Dapat Serap Air & Bau Busuk!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI