Pada mereka yang anak-anak sedang meningkat dewasa pasti sudah mampu melepaskan nafas lega. Anak-anaknya kian matang dan sudah mampu membentuk haluan sendiri. Namun dalam pada itu, kita sebagai orang tua, tidak boleh melepas pandang terhadap beberapa perkara yang mungkin agak remeh bagi sesetengah orang.
SELAIN ELEMEN YANG DIMINATI MEREKA, ANDA PERLU MENYEDIAKAN BANYAK RUANG PENSTORAN TERBUKA UNTUK MEREKA.
Adakala sebagai orang tua kita boleh mencadangkan konsep kamar beradu anak muda kita. Biasalah jika lelaki kamarnya umpama ruang istimewa tempat diabadiikan segala barang kegemaran. Jadi perlu kita faham, ke mana arah tuju mereka dalam mengejar cita-cita atau minat mereka. Adakah ke arah muzik, sukan, pendidikan,sains dan teknologi atau sastera mahu pun seni.
Dari situ boleh kita mencari idea untuk mereka pilih. Kamar anak bujang juga perlu kemas , bersih dan tidak berbau. Paling tidak segala barangan yang ada disusun rapi. Malah perlu bersih agar memberi inspirasi kepada mereka berkarya mahu pun mengulang kaji. Ia juga sebenarnya satu budaya dan didikan yang perlu kita semai.
Hanya kerana mereka anak lelaki, tidaklah bermakna kerja -kerja mengemas dan membersih menjadi satu taboo untuk mereka lakukan. Itu tidak benar kerana ia juga mampu melatih anak-anak kita berdikari serta multi tasking. Simple-simple je di IMPIANA.