Musim PKP kembali lagi, pening la ibu-ibu yang bekerja dari rumah. 1001 kerja hendak dilakukan. Mana hendak mop lantai, sapu sampah, masak dan sebagainya. Kali ini IMPIANA nak syorkan satu lagi produk daripada jenama LG Electronics (LG) memperkenalkan vakum tongkat tanpa wayar terbarunya – LG CordZeroThinQ A9 Kompressor + – pada CES 2021 all-virtual pertama.
Model baru yang ditingkatkan memberikan hasil pembersihan yang mengagumkan untuk semua jenis lantai dan ciri pendirian stesen pengecas baru yang secara automatik membersihkan tong sampah dan mengisi semula vakum selepas digunakan, memaksimumkan kemudahan pengguna dan meminimumkan pendedahan kepada habuk.
Dengan sistem penyingkiran habuk automatik sepenuhnya, stesen pengecasan menjadikan pengosongan vakum tidak menyakitkan dan lebih bersih. Apabila CordZeroThinQ A9 Kompressor + terpasang di dudukan, kandungan bekas tong sampah secara automatik disedut ke stesen pengecas dan dikumpulkan dalam beg habuk yang terpasang. Apabila proses pengosongan selesai, pembersih vakum terus diisi semula semasa terpasang di stesen pengecasan.
Ads
Stesen pengecasan memberikan kecekapan ruang yang luar biasa, yang dirancang untuk menampung Kompresor CordZeroThinQ A9 + dan enam aksesori dan muncungnya. Alat Kombinasi 2-dalam-1, Alat Pencari dan Nozzle Pet dapat disimpan di dalam dudukan pelbagai fungsi untuk penampilan yang kemas dan rapi. Tetapan di stesen pengecasan dapat disesuaikan dengan mudah melalui paparan sentuhan penuh. Stesen pengecasan juga termasuk suis untuk memulakan mod pembersihan tong sampah secara manual.
Ads
Dengan muncung yang boleh ditukar ganti, LG CordZeroThinQ A9 Kompressor + dapat diubah dengan mudah dari vakum ke pel dan kembali lagi hanya dalam beberapa saat dengan menukar lampiran. Power Carpet Nozzle menghilangkan debu dari permaidani menggunakan penyedut yang kuat sementara lampiran Power Mop memberikan lantai keras yang bersih. Alat kawalan satu sentuhan, dua pek bateri perubahan cepat dan penapis yang boleh dicuci yang boleh ditanggalkan meningkatkan kemudahan penggunaan, kebersihan dan keberkesanan pembersih dua fungsi LG. Pemilik siri CordZeroThinQ A9 yang asli dapat menikmati kemudahan dua-dalam-satu yang sama dengan kit peningkatan Power Mop, yang dijual secara berasingan.
Ads
“CordZeroThinQ A9 Kompressor + dan stesen pengecasan yang canggih membawa kebersihan dan kemudahan ke ketinggian baru,” kata Lyu Jae-cheol, presiden LG Electronics Home Appliance & Air Solution Company. “Penyelesaian pembersihan yang mengagumkan ini adalah sebahagian daripada misi LG yang berterusan untuk melindungi pengguna dan keluarga mereka dengan menjadikan rumah lebih bersih.”
Pengecasan dan Penyimpanan Kemudahan Secara Automatik serta menjaga kerja supaya lebih teratur dan membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang mempunyai kebun dan dusun durian di kampung, sudah pasti pernah berdepan dengan masalah buah yang rosak akibat ditebuk haiwan perosak seperti tupai.
Malah, meski pelbagai cara dan kaedah sudah dilakukan bagi untuk menanganinya, namun masalah tersebut masih tidak berhasil atau berjaya untuk diatasi.
Buat anda yang ingin mengatasi masalah tersebut, tidak perlu lagi berasa bimbang dan khuatir kerana kini ada cara dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk menangani daripada haiwan perosak ini terus berleluasa di kebun dusun durian anda.
Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah hanya menggunakan sekeping atau dua keping ‘aluminium plate’ yang boleh dibentuk kemudian diletakkan pada setiap batang pokok durian menggunakan paku seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
Pastikan keliling batang pokok durian anda itu telah balut dengan ‘aluminium plate’ dengan ketat supaya ia tidak mudah tertanggal dan sebagainya.
Akhir sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan sedikit minyak di keliling permukaan ‘aluminium plate’ yang telah dipasang pada batang pokok durian. Dengan kaedah ini, dipercayai boleh menyebabkan haiwan perosak seperti tupai ini susah dan tidak lagi berupaya untuk naik ke atas dahan pokok durian anda lagi selepas ini.
Semoga perkongsian manfaat ini dapat dikongsi bersama orang ramai dan selamat mencuba!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Lebih 24 ekor burung kakak tua Yellow-crested yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan oleh pihak polis Indonesia dari menjadi mangsa penyeludupuan. Paling menyedihkan, burung kak tua tersebut disumbat ke dalam botol air miniral 500ml yang telah dikosongkan untuk mengaburi pihak kastam yang melakukan pemeriksaan di Tanjung Perak Surabaya, Indonesia.
Walaupun kejadian telah berlaku pada 5 May 2015, ia kurang di hebahkan dan proses penyeludupan sehingga kini masih berjalan. Menurut International Union Conservation Of Nature and Natura Resources, burung kakak tua Yellow-crested disenaraikan sebagai spesies terancam sejak 2017.
Kadar tangkapan juga semakin banyak dengan perluasan kawasan termasuklah Rawa Aopa Watumohai National Park, Buton dan Pulau Kadatua. Jumlah penyeludupan semakin meningkat dan tetap diteruskan disebabkan oleh permintaan tinggi di negara-negara Eropah. Setiap ekor burung kak tua boleh dijual pada harga £650
Dalam proses penyeludupan, disahkan 40% burung kakak tua akan mati akibat sifat tidak keperimanusiaan penyeludup yang menyeksa haiwan tersebut ketika dalam perjalanan. Ini bermakna, dalam 1,000 ekor yang diseludup 400 ekor akan mati.
Secara tidak langsung, Jumlah kuwujudan burang kakak tua Yellow-crested menjadi turun secara mendadak di tambah dengan masalah pengondolan hutan secara berleluasa. Tambahan, menurut banci lebih 10,000 spesies kaktua termasuk Lories ditangkap di Utara Halmahera, Indonesia setiap tahun untuk tujuan penyeludupan.
Mengecilkan lagi populasi disebabkan oleh kadar pembiakkanya yang sangat perlahan dimana ia berupaya bertelur sekali dalam tempoh setahun. Tidak seperti jenis burung yang lain 3 kali musim. Bagi setiap musim mengawan, burung kakak tua hanya mampu menghasilkan 2 biji telur maksimum.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seperti yang dinanti-nantikan ramai, fasa kedua pusat membeli belah IOI City Mall, Putrajaya akhirnya bakal dibuka secara rasmi bermula 25 Ogos ini.
Bermula Khamis ini, pusat membeli berkenaan bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai setelah ia siap dibina sekitar pertengahan bulan Ogos.
Dengan pembukaan fasa kedua ini akan menempatkan kedudukan IOI City Mall, Putrajaya sebagai pusat membeli-belah yang terbesar Malaysia yang sebelum ini disandang oleh pusat membeli-belah 1 Utama yang terletak di Bandar Utama.
Jadi, sudah pasti ada di kalangan anda yang tidak sabar untuk menantikan pembukaan rasmi fasa kedua pusat membeli-belah IOI City Mall ini bukan?
Mesti ada juga di kalangan anda ingin mengetahui apa yang menarik dan ada di dalam pusat membeli-belah ini, betul tak? Sama-sama kita nantikan pada Khamis ini dan diharapkan tidak ada yang akan tersesat ketika mengunjungi IOI City Mall ini.
Maklumlah, kadang-kadang ada juga yang dikalangan anda yang tersesat ketika mengunjungi pusat membeli-belah 1 Utama oleh dek kerana saiz keluasannya yang terlampau besar, betul tak? Jadi tidak mustahil jika anda juga berkemungkinan boleh tersesat ketika mengunjungi IOI City Mall ini.
Sumber: Facebook Rizal Hakim, Punyer
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.