
Kebiasaanya, nak biak kari ramai yang memilih pembiakan melalui anak pokok yang sememangnya mudah hidup melata terutama di bawah induknya. Namun, cara tersebut akan makan masa yang agak lama untuk membolehkan anda untuk ambil daunnya.
Fazli Che Fauzi berkongsi cara mudah membiak pokok kari dari keratan batang. Hasilnya, anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh merimun
Cara menanam pokok kari dari keratan batang.
1) Potong batang kari yg dah tua dlm 4-5 inci
2) Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang
3) jadi mcm gambar 3
4) Letak di atas tanah dgn bahagian yg telah dikelar mengadap ke bawah. Haa…siram hari2. Batang tu biar saja tumbuh terlangkup macam tu.
5) Cara ni, keratan btg akan keluarkan tunas lebih banyak…dpt la serumpun pokok kari. Gambar last tu bertunas selepas lebih kurang seminggu.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Semai Lada Merah SESUAI Dijadikan Benih Pokok, PILIH Yang Terbelah Hujungnya!

Isi Kandungan
ToggleLada merah antara sayuran yang sering digunakan dalam masakan. Harga lada merah di pasaran boleh tahan mahal juga harganya. Jika suka berkebun boleh cuba tanam sendiri pokok lada merah di rumah. Ia lebih jimat dan puas hati hasilnya nanti. Rupanya nak semai lada merah untuk dijadikan benih pokok, pastikan pilih lada merah yang terbelah hujungnya.
Ini tip semai lada merah yang dikongsikan oleh Puan Suriani Sulaiman. Memang cantik pokoknya, lada pula subur, panjang-panjang dan bebas serangan ulat.
Hari ni saya nak share memilih lada merah yang sesuai dijadikan benih pokok.Pilih lada merah yang terbelah dihujungnya. Lepas keluarkan biji boleh terus semai di tempat semaian.
Semai guna medium kompos. Letak di tempat redup. Siram Pagi dan petang.Bila anak pokok dah keluarkan daun 4-5 helai bolehlah dipindahkan. Masa pindah sesuai waktu petang.
Saya guna baja kopi dan tinja ayam bergilir-gilir juga spray Foliar 2 in 1 (untuk subur dan anti serangga).
Medium topsoil campur kompos (1:1).Jika ada tanah sawit tabur keliling pokok.Tips pokok cepat subur tiap kali baja gemburkan tanah.
Info Ekstra!
Buah Cili Cantik Tanpa Serangan Ulat
Saya mula spray foliar dari pokok berbunga lagi dan waktu sekitar 6 petang sebab masa ni serangga aktif mencari makanan. Saya cairkan dos dan spray setiap hari sebab serangga datang hari-hari lebih-lebih lagi bila pokok dah berputik. Sukatan untuk pasu besar 1 sudu teh. Lepas tabur gemburkan sikit tanah.
Cara cairkan dos ambil 1 lekuk pati foliar campur dengan 1.5 liter air. Foliar boleh dibeli di kedai pertanian.
Jadual Pembajaan
Saya lakukan pembajaan secara bergilir. Minggu ni baja kopi minggu depan tinja ayam. Foliar 2 in 1 setiap hari spray waktu petang. Penting CAIRKAN dos elak pokok berlebihan baja. Nak tahu sukatan kita sesuai bila daun hijau.
Tabur tanah sawit pada pangkal pokok dan gemburkan tanah tiap kali baja. Siram pagi petang.
Baca Lagi Di Sini:Tanam Lada Solok Tepi Rumah Je, Buah Lebat Siap Boleh Berniaga
Mesti Baca:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini
Artikel Menarik:Panduan Lengkap Tanam Kelapa Hibrid MATAG Untuk Hasil Yang Lumayan
IMPIANA:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika nak tanam lada merah boleh cuba semai ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan pilih lada yang terbelah hujungnya barulah sesuai dijadikan benih pokok.
Sumber: Suriani Sulaiman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam BAWANG PUTIH Pilih Jenis ‘Softneck’, Letak Menegak Sebelum Kambus!

Isi Kandungan
ToggleBawang putih antara ramuan yang selalu kita gunakan dalam masakan dan ia mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Jika suka berkebun, boleh cuba tanam bawang putih sendiri di rumah. Ada jenisnya yang sesuai ditanam di negara kita dan caranya menanamnya juga kena betul. Barulah menjadi bawang putih yang ditanam.
Fahamkan perkongsian daripada Mahadzir Hashim ini sebagai panduan jika nak belajar asas tanam bawang putih.
Kaedah Asas Penanaman Bawang Putih;
1. Pemilihan Benih
Terdapat 2 jenis bawang putih yang diimport kita harus kenal;
i) Softneck– kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia di tanam pd musim panas di China dan Korea.
ii) Hardneck- Kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Di sebabkan cuaca kita yang panasnya,jenis softneck sesuai ditanam di negara kita dan memberi hasil positif.
Pilih bawang yang baik dan segar sahaja untuk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yang matang sahaja.
2. Media Tanah sediakan:
2 bahagian tanah pasir
1 bahagian cocopeat
1 bahagian tanah organik
3. Cara Tanaman:
Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian akarnya ke bawah.Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang.
Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini.
Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi. Daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
Proses diulang pada tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
4. Tuaian
Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan mencabut kerana akan menjejaskan bawang.
Bersihkan sisa tanah yang melekat dibawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil untuk kegunaan atau disimpan.
NOTA:
1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tempat berbumbung atau ternaung.
2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
3. Untuk anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Moga bermanfaat
Info Ekstra!
- Pastikan ulas bawang dalam kedudukan berdiri sebelum dikambus.
- Peringkat daun bawang perlu dipotong hingga tinggal seinci atau 3cm. Daun bawang boleh digunakan untuk masakan.
Mesti Baca : Pokok Diserang Bena Musim Hujan, Rawat Dengan Air Rebusan Cengkih
Baca Lagi Di Sini:Privasikan Ruang ‘Porch’ Tanpa Naik Konkrit. Jimat Kos Dan Cantik!
Artikel Menarik: Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!
IMPIANA: Memandangkan bawang putih boleh tahan juga mahal harganya, boleh cuba tip dan cara betul tanam bawang putih ni.Pastikan pilih jenis bawang putih yang sesuai iya.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Mahadzir Hashim
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam KELEDEK JEPUN Dalam Polibeg, Medium Tanah Kena Peroi Barulah Ada Isi!

Isi Kandungan
ToggleTanam Keledek Jepun terutamanya dalam polibeg, pastikan medium tanah kena peroi, barulah ada isi!. Ini merupakan antara tip untuk tanam Keledek Jepun buat yang nak cuba tanam sendiri di rumah.
Bukan apa, jika beli Keledek Jepun ni, boleh tahan juga harganya. Lebih jimat, berbaloi dan puas hati bila tanam sendiri Keledek Jepun ni. Lebih selamat sebab menggunakan baja organik dan paling penting bebas racun perosak.
Ikut tip tanam Keledek Jepun seperti yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelani ini sebagai panduan;
Keledek Jepun, jenis keledek yang paling mahal dekat Econsave. Rebus makan camtu je sedap betul.
Caranya:
1. Beli, selepas itu ambil buah yang agak kecil..basahkan sikit.
Keledek Jepun juga boleh beli di sini: https://invl.io/clkuo5w
2. Simpan dalam bekas yang kedap udara, letak tempat redup. Wak biasa letak tepi sinki je senang nampk. Takut terlupa je nanti
3. Lepas 2 minggu intai la kalau dah keluar tunas, boleh dah pindahkan dalam polibeg. Saya guna 6 polibeg saiz 12×12.
4. Keledek ni medium tanah kena peroi. Tanah tak boleh padat. Kalau padat nanti tak ada buah/ ubinya.
5. Kalau nak tanam dalam pasu medianya kena 2:1.
2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam.
Guna baja organik terbaik.
Tempoh tuaian hasil 2 bulan. Yang ni baru sebulan, cabut sebab tak nak buah dia besar sangat. Nak saiz comel-comel gini je. Rebus makan malam malam time hujan..asyik!
Info Ekstra!
- Tanam keledek ni bila daunnya rimbun banyak menjalar biarkan sahaja tak perlu cantas.
- Untuk kekalkan kelembapan dan cepat keluar tunas. Semua biji benih perlu simpan dalam bekas bertutup.
- Kalau guna tanah gambut boleh. Kalau tanah liat/merah kena campur cocopeat (sabut kelapa hancur).
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Kulit Pisang Baja Terbaik Untuk Pokok Keledek. Hasilnya Ubi Sarat Berisi!
Baca Lagi Di Sini:TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!
Artikel Menarik:Baja Organik Dari Batang Pisang Dan Yakult Untuk Hasikan Buah OVERSIZE
IMPIANA: Nak cuba tanam keledek jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan tanahnya peroi, tak pada barulah ada isi/ubinya nanti. Sedapnya makan keledek rebus panas-panas.
Sumber:Cikwan Redzuan Jelani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI