Pembuka Tahun Baru Rezeki Duduk Rumah Sendiri, Mahligai Putih Bersih Konsep Moden Inggeris. Tahun baru 2025, diharap dapat meluaskan lagi rezeki dan merealisasikan impian setiap pemilik kediaman. Jika sebelum ini hanya tinggal menyewa, semoga tahun ini mempunyai rezeki untuk memiliki rumah sendiri.
IMPIANA tumpang gembira dengan perkongsian daripada Fayya Fieya Fozan ini. Pembuka rezeki tahun baru 2025, baru sahaja berpindah dan dapat tinggal di rumah impian yang diimpikan selama ini setelah sekian lama menyewa.
Cukup cantik dan selesa untuk seisi keluarga berteduh. Rumah banglo setingkat dengan keluasan 1,656 kps, dibina dengan tema hitam putih dengan konsep moden Inggeris. Pemilihan rona putih merupakan pilihan tepat yang mampu menjadikan ruang tampak lebih luas dan lapang serta mudah digandingkan dengan sebarang warna bagi dekorasi rumah.
Rezeki Tahun Baru
Pembuka tahun baru, syukur alhamdulillah. Nikmat rezeki Allah swt bagi untuk kami berteduh terima kasih buat husband tercinta M Adam Mazilam hadiahkan mahligai putih bersih buat mummy dan anak-anak.
Design rumah ni plan dari abah- father in law yang ada pengalaman berpuluh tahun dalam ID. Yang mana berminat nak buat plan rumah, kedai masjid ke apa-apa la boleh rojer-rojer deh. I share nanti.
Ads
Dulu menyewa sekarang baru dapat rasa duduk rumah sendiri. Alhamdulillah.. syukran ya Allah.
White house memang impian semua yang sukakan puteh. Boleh ‘match’ dengan semua color. Design minimalist menjadi pilihan kami.
Saya doakan yang like dan share posting ini yang masih idamkan untuk memiliki rumah idaman nanti dapat jugak anda miliki. amin.
Ads
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Fayya Fieya Fozan & M Adam Mazilam Usia Kediaman: Januari 2025 Konsep: Moden Inggeris Lokasi: Kelantan Keluasan Kediaman: 1,656 kps Kos Binaan Rumah: RM230k (Tak termasuk harga tanah & perhiasan rumah) Jenis Kediaman: Banglo Setingkat Spesifikasi Ruang: 4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur, beranda, ruang keluarga.
*Kod Cat: Jotun Majestic 01 White & Jotun Tar 5366
IMPIANA: Cantik rekaan dan dekorasi rumah ini, semoga menjadi inspirasi buat yang berhasrat untuk memiliki rumah impian sendiri.
Ramai rang berminat dengan konsep walking wardrobe atau rak baju terbuka. Namun permasalahnya, untuk memiliki sebuah sistem yang lengkep mengikut keperluan, harganya agak mahal. Apa kata, kita guna sistem penyangkut baju Mulig kelauran IKEA. Harganya hanya RM 19.90. Sistem Penyangkut baju Mulig yang tidak rumit dan sangat mudah dipasang ini sesuai di olah mengikut reka bentuk dan keperluan anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menghias ruang bilik yang sempit mungkin mudah dan juga menyukarkan. Tip dan teknik menghias yang betul dapat membantu anda mengubah suasana ruang bilik yang sempit menjadi lebih menyenangkan dan menarik. Jom mula menghiaskan bilik anda dengan perabot multifungsi yang sesuai untuk ruang kecil.
Gunakan sedikit varian warna
Jika menggunakan warna putih untuk keseluruhan bilik pasti sudah biasa bagi anda, mungkin anda dapat menambah warna lain kesukaan anda. Namun pilihan warna haruslah tepat supaya seimbang dan tidak keterlaluan. Anda boleh menggunakan warna merah dan kuning kerana kedua-dua warna ini sangat serasi dengan tembok batu bata dan perabot kayu. Imbangi dengan warna putih agar memberi kesan ruang agar lebih luas.
Pencahayaan dari luar
Gunakan fabrik langsir yang minimalis untuk ruang kamar yang sempit agar cahaya natural dari luar dapat masuk ke dalam bilik. Cukuplah sekadar menutup jendela dengan roller blind atau penutup jendela dari renda atau voile.
Ruang simpanan yang maksima
Dengan menggunakan almari berukuran besar yang mencapai langit-langit bilik, anda dapat memanfaatkan tiap sudut bilik anda semaksima mungkin. Almari tersebut dapat berfungsi sebagai rak buku, tempat penyimpanan barang-barang peribadi, tempat untuk meletakkan berbagai hiasan, foto atau dapat berfungsi sebagai meja belajar atau tempat menggantung lampu mengikut rekaan almari anda.
Ilusi cermin
Buat ilusi ruang menggunakan cermin. Trik ini sangat sesuai digunakan untuk ruang bilik yang sempit. Penggunaan cermin akan membuatkan ruang kelihatan dua kali lebih luas.
Gunakan custom furniture
Ukuran bilik yang sempit akan melimitkan anda untuk memilih perabot. Lakukan custom furniture yang sesuai dengan bilik anda mengikut reka bentuk yang anda sukakan. Dengan ini ia dapat memanfaaatkan tiap ruang yang ada dengan sempurna.
Be Bold
Untuk bilik anak kecil atau remaja, anda boleh menggunakan wallpaper dengan warna dan corak yang bervariasi dan berani. Gunakan wallpaper yang berbeza di setiap tembok dan lengkapkan dengan perabot yang sederhana.
Gunakan almari atau rak di atas tempat tidur
Menggunakan almari di atas tempat tidur adalah salah satu cara yan tepat untuk memaksimakan ruang yang ada di bilik anda. Anda dapat membuat almari custom yang berfungsi sebagai meja di samping tempat tidur dan rak buku.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Singapura sebuah negara yang berkembang pesat dari segi ekonomi, banyak tempat pelancongan yang menarik menjadi tarikan pelacong luar untuk datang berkunjung ke negara ini, tidak hairanlah jika di Singapura terdapat banyak hotel butik yang menarik untuk pelancong kunjungi.
Bersempena meraikan warisan tempatan Singapura yang mewujudkan semangat tropika, Hotel Soloha yang mempunyai 45 buah bilik kesemuanya cukup menarik perhatian dengan seni bina tingkap kayu yang dikenakan dengan warna biru indigo. Bangunan lama yang diberi nafas baru ini tampak menyerlah berbanding binaan bersebelahan. Tetapi ia masih mengekalkan reka bentuk fasad asal banggunan lama ini.
Karya seni dan juga perabot hiasan yang diilhamkan oleh artis tempatan ini cukup sempurna untuk sentuhan dalam hotel butik ini. Hotel Soloha direka oleh firma reka bentuk dalaman Avalon Collective dan Arkitek Asolidplan. Karya seni yang menjadi titik tumpu dipamerkan di lobi hotel, lif dan bilik dihasilkan oleh artis tempatan Ethrisha Liaw dan Danielle Tay yang cukup menawan.
Fasad Hotel Soloha pada suasana malam..
Hotel Soloha menjemput para tetamu memulakan perjalanan untuk mengenali hotel butik ini. ‘Soloha’ menggabungkan idea yang ekspresif dalam memberi penekanan kepada sesuatu yang mampu ‘mengembang lebih jauh’ dan ‘aloha’, adalah perkataan Hawaii yang membawa maksud tentang kehidupan. Ini bermakna dalam perjalanan yang mencabar atau percutian hujung minggu yang sentiasa ada peluang untuk anda menikmati Soloha dengan sempurna.
Pilihan jubin lantai pada laluan hadapan Hotel Soloha ini cukup sepadan dengan seni bina bangunan lama seakan konsep peranakan..
Di Hotel Soloha, perkara penting apabila memasuki bilik, tetamu disambut dengan mesra serta elemen hangat dan menarik seperti panel kayu yang memberi aura selesa dalam sentuhan yang tersendiri. Manakala hamparan kertas dinding yang digandingkan dengan perabot rotan klasik serta pemilihan perabot moden dengan palitan warna yang agak berani dan terang membuatkan ruang tersebut lebih harmoni dalam sentuhan tersendiri. Pemilihan kertas warna sepadan dengan hiasan dalaman yang lain membuat kamar ini lebih menarik dengan ciri moden tanpa disedari. Dalam kamar di Soloha ini terdapat satu kolaj eksperimen oleh pereka cetakan tempatan, Ethrisha Liaw, menghias dinding kamar yang membuatkan ia tampak lebih mewah. Kemudahan yang selesa dalam setiap bilik membuatkan ramai pengunjung akan meninggalkan kenangan indah di Soloha ini.
Tertarik dengan ruang reception ini, dengan binaan kayu pada siling serta kerusi tinggi moden melengkapi ruang hangat ini. .
Hotel butik ini menjanjikan kepuasan untuk pelanggan yang menginap di Soloha, dengan ciri hotel lima bintang, dengan menyediakan akses seperti YouTube, Netflix dan Spotify kepada pelanggan untuk melayari tanpa had. Bukan sahaja ruang bilik tidur yang kompak tetapi selesa dan bakal memuaskan hati para penginap.
Di Soloha, ia menawarkan sempurna untuk malam yang panjang bagi yang gemar bersendirian siri televisyen yang pastinya menepati dan memuaskan dihidangkan.
Kamar mandi semestinya menajdi perhatian utama bila menjejakkan kaki ke dalam sebuah bilik hotel. Para tetamu pastinya akan lebih teruja dengan kelengkapan manja diri di bilik mandi Soloha ini,dengan pancuran jenama Hansgrohe Raindance yang direka khas, binaan panel kaca memberi elemen sensual dalam kamar mandi ini. Sentuhan mewah ini memberi lebih bermakna dengan tambahan cermin serta ruang kelengkapan dandanan yang selesa. Mandian dan syampu yang disediakan dengan bauan mewah iaitu lemongrass dan lavender pasti menenangkan malam anda di Soloha.
Bilik mandi yang dikemasi dengan mamar pada keseluruhan membuatkan ia lebih kemas dengan gaya moden elegan..
Tetamu yang mendaftar masuk dengan keluarga mereka atau dalam kumpulan yang lebih besar boleh memilih untuk Soloha Loaf atau Suite. Sementara itu loteng yang terletak di tingkat atas, termasuk dua katil double dan siling tinggi ditambah pada ruang tersebut bagi keselesaan. Manakala Suite dengan ciri terbuka dengan tab mandi yang membolehkan pemandangan keluar halaman ini lebih menarik. Tetamu boleh menempah beberapa bilik di sekitar halaman dan nikmati privasi penuh ruang, sesuai untuk bersantai pada waktu malam.
Menariknya, Bilik Suite ini dilengkapi dengan tab mandi yang diletakkan pada ruang luar untuk menyuntik rasa yang lebih santai dan bergaya urban..
Loft adalah bilik yang sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak, ruang tidur yang kompak dan selesa dengan pemandangan luar sebalik bukaan tingkap membuatkan ia menjadi tarikan pelancong asing. .
Ruang bilik suite yang memberi pandang terus ke ruang courtyard ini lebih menekan pada rasa santai. Lantai kayu memberi rasa hangat yang mendamaikan. .
Ruang acara juga disediakan untuk tempahan. Hotel ini menawarkan bar & lounge, ruang F&B, di halaman. Bilik permainan, dilengkapi dengan meja tenis persendirian dan beregu terdapat juga meja yang lebih selesa seperti di bilik mesyuarat.
Courtyard yang terletak pada tingkat dua ini dilengkapi dengan set perabot yang lebih santai untuk ciri outdoor yang sempurna. .
Ruang Sosial ini direka khas dengan mengetengahkan konsep lebih privacy. .
Di sini juga terdapat Takeshi Noodle Bar yang menyajikan hidangan yang gemar akan makanan fusion ramen. Soloha menhidangkan menu yang pastinya mengiurkan pengujung di sini. Jika anda ini merasai kehebatan Hotel Soloha ini sendiri, apa kata saya cadangkan hujung tahun ini anda boleh menempah bilik hotel ini, untuk dijadikan destinasi percutian anda.
Ruang Sosial yang lengkap untuk gaya santai pengunjung. .
Hidangan Jepun yang menjadi pilihan pengunjung, Takeshi Mentaiko Oysters..
Salah satu hidangan yang menjadi pilihan di sini, Takeshi Seafood Szechuan Mala Iberico Tonkotsu. .
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.