Pemilik Kediaman Rasa Tertipu, Rumah Dibeli Bersambung Tembok Rumah Jiran Belakang. Kasihannya dengan keluhan pemilik kediaman ini yang rasa tertipu dengan pihak pemaju. Manakan tidak, rumah yang baru dibeli rupanya bersambung dengan tembok rumah jiran belakang, malah mempunyai beberapa binaan tambahan lain, yang ‘mencacatkan’ permandangan rumah sendiri.

Berikut seperti yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini;

Saya buat posting ni sekadar nak tanya pendapat semua je.. semoga ada keputusan yang baik untuk saya.

Al-kisahnya, minggu lepas saya baru sahaja dapat calling daripada pihak pemaju untuk ambil kunci (tapi kunci belum ambil lagi). Masa sign SnP dulu, pemaju tak ada pulak beritahu yang rumah saya akan bersambung dengan tembok rumah orang belakang rumah .. (rasa macam tertipu je 😣 ke saya yang kurang arif bab pembelian rumah ni?😕).

Masa dalam pembinaan tu saya rasa macam tak sedap hati dah, saya datang jenguk tapak pembinaan dan memang benar belakang rumah saya bersambung dengan tembok rumah B. Saya cuba husnuzon.

Lepas tu bila rumah hampir siap, saya cari plot rumah saya dan ternyata rumah B dah ada buat beberapa sambungan (mungkin dibina beberapa tahun sebelum kewujudan taman perumahan baru ni). Antaranya adalah:

Ads

1. Awning tingkap melebihi sehingga 2 kaki ke kawasan rumah saya.
2. Grill tajam melepasi kawasan rumah saya.
3. CCTV menghala ke kawasan kejiranan.

Pemilik Kediaman Rasa Tertipu, Rumah Dibeli Bersambung Tembok Rumah Jiran Belakang Pemilik Kediaman Rasa Tertipu, Rumah Dibeli Bersambung Tembok Rumah Jiran BelakangPemilik Kediaman Rasa Tertipu, Rumah Dibeli Bersambung Tembok Rumah Jiran Belakang Pemilik Kediaman Rasa Tertipu, Rumah Dibeli Bersambung Tembok Rumah Jiran Belakang

Bila saya report pemaju, pemaju minta rumah siap dulu baru boleh report. Sekarang rumah dah siap, kunci je saya belum ambil. Orang lain happy nak masuk rumah baru, saya pulak sedih hmmm.. saya kalau boleh tak nak ada salah faham dengan jiran.. tapi dalam masa yang saya nak hak saya sebagai pemilik rumah.

Ads

Apa tindakan yang perlu saya buat? Ada tak yang ada pengalaman mcm saya? Mohon bantuan.

Mesti Baca: Renovasi Rumah, Jangan Lebihkan Sempadan Tanah Bukan Kita Punya!
Baca Lagi Di Sini: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Artikel Menarik: Ambil Tahu Perkara Ini Elak Rugi Bila Renovasi Rumah

Ads

IMPIANA: Kasihannya dengan pemilik kediaman apabila berdepan dengan situasi begini. Langkah sebaiknya adalah berbincang dahulu dengan jiran, apa yang perlu ditanggalkan dan mendapat kesepakatan bersama. Jika jiran masih enggan memberi kerjasama barulah membuat laporan kepada pihak berwajib.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI