Kini, pemilik harus pertimbangkan peralatan ini. Setiap rumah harus miliki SK magic terbaharu ini yang mampu singkir 99.99% Virus Covid-19 dari rumah. Ramai yang akan bertanya benar atau tidak? SK magic bukanlah satu produk yang baru bertapak dalam industri kelengkapan rumah ini.
Dalam usaha melindungi rakyat Malaysia daripada Covid-19 secara berterusan, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic, mengumumkan pelancaran penulen udara terbaharunya, All Clean Virus Fit, sekali gus mengembangkan rangkaian produk SK magic yang berteknologi canggih.
Inovasi terbaharu ini telah didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) dan mampu menyingkirkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta. Ia juga mampu menyingkirkan bahan pencemar udara yang biasa ditemui dalam ruang tertutup seperti bakteria, virus, kulat dan habuk yang dapat mencetuskan masalah kesihatan.
Bagi menghadapi fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap menjadi keutamaan. Setakat ini, banyak perkara yang telah kita pelajari, dan kita sedar sistem imun amat penting dalam melawan Covid-19. Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.
Ads
“Di SK magic, kami sentiasa mencabar diri dan mencari penyelesaian inovatif bagi membudayakan gaya hidup yang sihat dan berkualiti menerusi produk kami. Sejak tercetusnya pandemik, kami giat membangkitkan kesedaran tentang kepentingan air dan udara yang bersih. Salah satunya melalui program CSR SKmagicCares baru-baru ini, kami turut menyumbang sebilangan penulen udara dan air ke pusat vaksin Covid-19, Hospital dan pusat beli-belah dengan tujuan memberi akses udara serta air yang bersih kepada rakyat Malaysia.
Bagi mencapai matlamat ini, kami berbesar hati memperkenalkan penulen udara All Clean Virus Fit bagi membebaskan kediaman rakyat Malaysia daripada virus Covid-19 termasuk varian Delta. Seperti semua produk kami, All Clean Virus Fit dilengkapi teknologi serba canggih dan reka bentuk yang sofistikated pada harga berpatutan bagi memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan kami,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.
Ads
All Clean Virus Fit SK magic bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan lapan langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah.
Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Ads
Penulen udara All Clean Virus Fit berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, sebagai peralatan kesihatan dan perubatan bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
Penulen udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada hanya RM99 setiap bulan mulai 1 Oktober 2021. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic.
Segalanya terlah terjawab di sini, bagi yang belum ada penulen udara boleh la pertimbangkan untuk memiliki satu di rumah. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum terlewat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kehadiran vertical garden pada tembok kediaman sama ada interior mahupun exterior bukan sahaja menambah nilai kualiti dekorasi sesuatu kediaman, Ia juga dapat melembutkan struktur konkrit yang keras. Namun, ramai beranggapan verticle garden ini memerlukan sistem khas dan modal yang banyak untuk membinanya. Hakikatnya, ada cara atau kaedah lain yang boleh dilakukan dan menariknya hasilnya lebih cantik dari menggunakan sistem verticle garden yang mahal:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak Sangaka 4 Barang Yang Kita Selalu Guna Ni Punca Kanser. Kanser adalah pembunuh no. satu di seluruh dunia. Untuk atasi nya sudah pasti gaya hidup sihat seperti penjagaan pemakanan amat di titik beratkan. tapi pernah dengar tak sedara anda ke, jiran atau sahabat yang dah amalkan cara gaya hidup sihat tetap menghadapi kanser.
Menurut Persatuan Kanser Amerika, kanser adalah disebabkan oleh perubahan dalam sel DNA. Perubahan ini boleh diwarisi, atau boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar. Karsinogen tidak selalu menyebabkan kanser. Ia bergantung kepada berapa banyak seseorang itu terdedah kepada karsinogen dan juga genetik orang itu.
KENAPA PERKARA INI BERLAKU?
Sebenar secara tidak sedar ada objek isi rumah yang boleh menyumbang kepada pengaktifan sel kanser. Dan barang-barang atau objek tersebut anda gunakan setiap hari. Antaranya ialah:
Penyegar Udara
Kebanyakan penyegar udara – walaupun yang bertanda “semulajadi” atau unscented “mengandungi sebatian toksik berbahaya yang diketahui menyebabkan kanser. Satu kajian dari University of Colorado mendapati bahawa beberapa bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan penyegar udara mencetuskan pertumbuhan tumor.
Sebagai pilihan, gunakan minyak pati aroma terapi yang tidak menggunakan sebarang kandungan seperti aroma tiruan. Produk pati minyak asli dari Tanamera ni harganya tak lah terlalu mahal dan dieprakui dari sumber semulajadi 100%. Boleh je klik link sini kalau nak beli online https://invol.co/cl9jd7n
Berhati-hati dengan bahan kimia alkylphenols, triclosan dan tetrachlorethylene. Menurut Tabung Kanser Payudara, ini adalah bahan kimia yang biasa terdapat dalam produk pembersihan yang telah didapati mengandungi karsinogenik.
Lilin pewangi
Kebanyakan lilin wangi mempunyai sifat karsinogenik yang sama dengan penyegar udara. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk menggunakan lilin lebah yang menggunakan sumbu kapas.
Bekas plastik
Plastik mengandungi bahan kimia yang dipercayai mengandungi endokrin yang boleh membawa kepada tumor kanser. Bekas plastik mengandungi ikatan BPA yang tidak stabil dapat menyebabkan sejumlah kecil zat kimia ini terlepas ke dalam makanan terutamanya ketika ia dalam keadaan panas atau di panaskan. Oleh itu, Walaupun ada bekas makanan yang di katakan sesuai untuk kegunaan gelombang mikro, sebenarnya tidak. Jadi anda perlu lebih hati-hati.
Menurut Universiti Harvard, anda boleh memindahkan makanan ke dalam gelas atau bekas seramik sebelum menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk mengelakkan plastik daripada mencemarkan makanan anda. Oleh itu, Anda digalakkan menggunakan bekas plastik tanpa bisphenol-A atau BPA.
Tak Sangaka 4 Barang Yang Kita Selalu Guna Ni Punca Kanser
Sumber: Asian Parent
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KUALA LUMPUR – Jotun hari ini mengumumkan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha memulihara warna-warna bangunan dan laluan-laluan yang telah memudar di Kuala Lumpur, bersempena pelancaran cat Jotashield AntiFade Colours baharu dan ditambah baik.
Kerjasama dengan DBKL akan menyaksikan beberapa laluan-laluan dan bangunan di Kuala Lumpur dicat menggunakan Jotashield AntiFade Colours di dalam usaha bersama bagi melindungi dan meningkatkan penampilan lokasi-lokasi menarik ini. Inisiatif untuk memperindahkan jalan-jalan di Kuala Lumpur akan berlangsung secara berterusan antara Jotun dan DBKL dan merupakan kali pertama mereka berkerjasama.
Selama lebih 25 tahun, Jotun telah menjadi jenama pilihan bagi arkitek dan pereka yang mencari cat yang memberikan prestasi warna hebat dan mampu bertahan di bawah cuaca yang paling teruk. Cat Jotashield AntiFade Colours serba baharu kini memberikan prestasi warna hebat dengan perlindungan UV yang mampu bertahan 50% lebih lama berbanding sebelum ini dan dua kali ganda lebih tahan lama berbanding sebarang cat lain. Ia juga direka untuk bertahan sehingga 8 tahun. Mengecat semula laluan dan bangunan paling ikonik Kuala Lumpur dengan Jotashield AntiFade Colours memastikan prestasi warna bertahan lama bagi memastikan bangunan tersebut kekal cantik dan menarik.
Bersama dengan kempen ini, DBKL kini melaksanakan projek baharu bersama Think City untuk membaik pulih laluan di Kuala Lumpur dan membina persekitaran kehidupan berdaya tahan bagi penduduk tempatan. Dikenali dengan pilihan luas gerai-gerai peniaga dan juadah tempatan yang lazat, Lorong Yap Ah Loy menjadi laluan pertama untuk diberi wajah baharu di dalam usaha bersama ini. Proses yang pertamanya termasuk mengadakan “pop-up” percubaan bagi menilai minat komuniti setempat, kemudian disusuli dengan kajian semula bagi mengumpul maklum balas komuniti dan akhirnya, peringkat pelaksanaan bagi mengubah wajah keseluruhan laluan itu akan bermula Oktober 2018.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.