Kini, pemilik harus pertimbangkan peralatan ini. Setiap rumah harus miliki SK magic terbaharu ini yang mampu singkir 99.99% Virus Covid-19 dari rumah. Ramai yang akan bertanya benar atau tidak? SK magic bukanlah satu produk yang baru bertapak dalam industri kelengkapan rumah ini.
Dalam usaha melindungi rakyat Malaysia daripada Covid-19 secara berterusan, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic, mengumumkan pelancaran penulen udara terbaharunya, All Clean Virus Fit, sekali gus mengembangkan rangkaian produk SK magic yang berteknologi canggih.
Inovasi terbaharu ini telah didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) dan mampu menyingkirkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta. Ia juga mampu menyingkirkan bahan pencemar udara yang biasa ditemui dalam ruang tertutup seperti bakteria, virus, kulat dan habuk yang dapat mencetuskan masalah kesihatan.
Bagi menghadapi fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap menjadi keutamaan. Setakat ini, banyak perkara yang telah kita pelajari, dan kita sedar sistem imun amat penting dalam melawan Covid-19. Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.
“Di SK magic, kami sentiasa mencabar diri dan mencari penyelesaian inovatif bagi membudayakan gaya hidup yang sihat dan berkualiti menerusi produk kami. Sejak tercetusnya pandemik, kami giat membangkitkan kesedaran tentang kepentingan air dan udara yang bersih. Salah satunya melalui program CSR SKmagicCares baru-baru ini, kami turut menyumbang sebilangan penulen udara dan air ke pusat vaksin Covid-19, Hospital dan pusat beli-belah dengan tujuan memberi akses udara serta air yang bersih kepada rakyat Malaysia.
Bagi mencapai matlamat ini, kami berbesar hati memperkenalkan penulen udara All Clean Virus Fit
bagi membebaskan kediaman rakyat Malaysia daripada virus Covid-19 termasuk varian Delta. Seperti semua produk kami, All Clean Virus Fit dilengkapi teknologi serba canggih dan reka bentuk yang sofistikated pada harga berpatutan bagi memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan kami,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.All Clean Virus Fit SK magic bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan lapan langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah.
Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Penulen udara All Clean Virus Fit
berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, sebagai peralatan kesihatan dan perubatan bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.Penulen udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada hanya RM99 setiap bulan mulai 1 Oktober 2021. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic.
Segalanya terlah terjawab di sini, bagi yang belum ada penulen udara boleh la pertimbangkan untuk memiliki satu di rumah. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum terlewat.