Siapa sangka perabot lama yang dilihat usang dan buruk mampu kelihatan baru. DIY yang dihasilkan oleh seorang pemuda kreatif, Imran Zainal Abidin ini bukan sahaja cantik hasilnya malah mempunyai karakter yang tersendiri. Bagi menghasilkan diy perabot ini anda hanya perlu menggunakan teknik semburan. Bagi anda yang memiliki meja sebegini, anda boleh ‘makeover’ menjadi lebih cantik seperti ini.
Pertama sekali anda harus bersihkan meja anda daripada sebarang kotoran.
2. Gosok permukaan meja kayu anda dengan menggunakan mesin sander. Pastikan keseluruhan permukaan kayu licin dan sekata.
3. Cat kan perabot anda dengan menggunakan cat kayu berwarna putih untuk lapisan pertama.
Ads
4. Kemudian sapukan pula dengan cat warna hitam. Jangan cat pada keseluruhan perabot, anda perlu campurkan dengan warna lain untuk dapatkan reka bentuk yang menarik.
5. Tutup permukaan yang telah di cat untuk memulakan cat warna lain pada bahagian hadapan perabot.
Ads
6. Sapukan cat pada bahagian laci perabot.
7. Kemudian sapukan cat warna gold.
Ads
Jom lihat antara perabot lain yang telah dihasilkan oleh Encik Imran.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gubahan orkid tiruan menjadi penyeri dekorasi kediaman tidak kira apa sahaja konsep dekorasinya. Namun, untuk memiliki jambangan orkid tiruan yang siap diubahsuai harganya agak lumayan. Akan tetapi, Puan Zaza Zalina berkongsi cara untuk menghasilkan sebuah jambangan bunga orkid hanya dengan modal lebih kurang RM 150 sahaja. Jika di beli gubahan orkid ni harganya mencecah RM 300-500
Bahan-bahan:
5 Batang orkid (sebatang RM 14.00)
Daun tiruan campur-campur
Ranting (RM 7.50
Pasu (RM 35.00)
4 biji span bunga (RM 2.50)
Lumut kering (RM 4.00)
Sekulen (RM6.50)
Gam kraf
batu lumut tiruan (RM 6.50)
Cara-cara: 1. Pasu yang digunakan agak besar, letakkan surat khabar oada bahagian tersebut sebelum di masukkan span
2. Lekatkan lumut kering dengan menggunkan gam kraf dalam pasu gubahan orkid
3. Setelah kering sepenuhnya cucuk orkid did bahagian tenagh. Tapi sebelum itu, ikat buluh pada ranting buluh dan susun secara kreatif
4. susun daun, sekulen dan daun tiruan di bahagian pangkal bunga orkid secara kreatif
Tip: untuk elak pasu gubahan orkid merosakkan permukaan perabot, letakkan span pelekat Jom sertai bengkel smart farming bersama Mommy Mai. Untuk pendaftaran klik link yang tertera https://toko.ideaktiv.com/product/impiana-workshop/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY Almari Tudung Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.
DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.
Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.
Bahan Diperlukan:
Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)
Total: RM 169
Cara Membuat:
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.
2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.
3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.
4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
Total kos hanya RM169 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.
IMPIANA: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.
Hiasan dinding besi (iron wall decor) memamg ramai yang minat. Tapi harganya boleh tahan mahal juga. Kalau beli online pun, harganya cecah lebih seratus bergantung kepada saiz dan design. Tapi hisan ini hanya bermusim. Nanti nak tukar konsep dekor lain, mungkin iron wall decor ni dah tak sesuai.
Teringin tapi taknak berapa nak ada bajet atau membazir, apa kata DIY sendiri je macam perkongsian youtube chenal Kuti Bari
Bahan-bahan:
Kepingan foam
Kertas surat khabar
Gam kraf
Gam panas
Warna metalik
Gunting
Pisau
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.